Chapter 50

136 19 8
                                    

AKU menukar posisi badan untuk keseribu kalinya. Baring sudah, mengiring sudah, meniarap pun sudah. Aku memeluk erat bantal dalam dakapan, cuba memaksa diri untuk tidur namun hasilnya tetap sama.

Give up.

Aku bangun dari pembaringan dan mula mencapai telefon pintar. Jam sudah menunjukkan pukul 3.40 pagi. Aku menghela nafas panjang. Penat sebenarnya, tetapi tak tahu kenapa tak boleh juga nak lelapkan mata ni.

Setelah termenung buat beberapa minit, aku akhirnya memutuskan untuk ke bilik air. Tudung sarung yang tersangkut aku pakai terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik. Aku melangkah keluar. Gelap. Semua orang masih lagi nyenyak di alam mimpi.

Suis lampu di dapur aku hidupkan, memberi sumber cahaya. Lega bila dah cerah, berkurang sikit rasa takut aku. Kemudian, aku meneruskan tujuan asal aku iaitu ke bilik air.

Selepas menunaikan hajat, tiba-tiba sahaja tekakku terasa haus. Aku menapak ke arah mesin Coway untuk mengambil air kosong. Dua gelas jugalah aku minum sehingga dahaga betul-betul hilang.

Baru sahaja aku ingin berjalan ke singki untuk membasuh gelas, tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kaki. Terus satu badan aku mengejung.

Ada seseorang datang ke sini!

Siapa lagi yang tak tidur? Ke ada orang lain dalam rumah ni?

Dengan keberanian yang ada, aku memalingkan kepala untuk melihat si gerangan yang datang.

Tangan dah siap mencapai senduk sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ika?"

Aku menghembus nafas lega apabila melihat kelibat Aril.

Fuh..

Aku kembali meletakkan senduk di tempatnya. Nasib baiklah bukan perompak ke apa. Risau aku. Aku bukan boleh tengah-tengah malam ni. Overthinking.

"Kau tak tidur lagi?" Soalnya. Dia berjalan ke arah aku.

"Tak boleh tidur." Balasku senada.

"Oh.."

Bibir dikemam rapat. Aku menguatkan pegangan di gelas. Nervous. Allah saja yang tahu betapa berdebarnya aku sekarang ini. Nak lari boleh tak?

"Awak kenapa belum tidur lagi?" Soalku cuba menutup getar.

Sementara itu, anak mataku melihat ke arahnya yang mengenakan hoodie hitam tanpa lengan dengan seluar pendek bawah lutut. Sleeveless hoodie yang dipakainya itu menyerlahkan lagi biceps nya yang berotot.

Weh, lemah aku macam ni.

Nak tidur pun hensem ke?

"Aku terjaga. Lepas tu terus tak boleh tidur. Aku terdengar bunyi pintu bilik kau buka tadi, tu aku datang jenguk."

Uish, dengar eh.

Tahulah bilik kami berdua sebelah-sebelah, tapi takkanlah aku buka pintu pun dia boleh dengar?

"Oh, saya nak pergi bilik air je ha." Jelasku. Aril hanya ber ohh lalu mengangguk perlahan.

Suasana kemudian berubah sunyi. Aku dan Aril masing-masing diam membisu, tak tahu apa lagi yang ingin dibualkan. Untuk mengelakkan rasa janggal itu, aku mengisi air lagi ke dalam gelas. Air tersebut diteguk.

Hah, minumlah kau sampai nak terkencing!

"Ika, boleh aku nak bercakap dengan kau sekejap? Ada benda aku nak bincang." Aril mula bersuara.

Sebelah keningku terjongket. Sedikit terkejut dengan tingkah laku Aril. Satu, dia minta izin nak bercakap dengan aku. Dua, dia sangatlah softspoken.

Still With YouWhere stories live. Discover now