AKU hanya menjadi pendengar. Ketika ini, kami sekeluarga sedang enak makan tengah hari. Liya, Nek Arha dan Nick rancak berbual bersama Raf. Deanna juga ada beberapa kali membuka mulut, menanyakan hal-hal berkaitan perancangan Liya dan Raf untuk bernikah. Selebihnya, dia hanya banyak berdiam diri.
Eiz juga di situ tak kurang ramahnya. Semua bendalah kalau boleh dia nak korek dari Raf pasal si Liya tu. Sengaja mahu mengusik gadis itu kerana Liya jarang nak berkongsi tentang hal peribadinya dengan keluarga, lebih-lebih lagi tentang hubungan istimewanya bersama Raf.
Dari perbualan mereka, aku dapat tahu yang Raf dan Liya kenal sejak awal tahun lepas, semasa Raf ditugaskan ke sini.
Katanya, waktu itu kereta Liya mengalami masalah, temperature level kereta terlalu tinggi dan menyebabkan dia terpaksa berhenti di tepi jalan. Raf lah yang berhenti menolong. Raf pun tunggu apa lagi, terus masuk line bagi nombor telefon dekat Liya, dan dari situlah mereka mula berkenalan dan mulakan hubungan.
Senang gila kan?
Tak ada pun complicated macam aku dengan Eiz ni. Kena gaduh sejuta kali dulu baru nak berbaik.
"Bila awak nak bawa balik Liya jumpa dengan family awak pula, Raf?" Soalku setelah sekian lama membisu.
"Tak pasti, tapi as soon as possible lah. Bulan depan mungkin, tengok masa Liya jugalah bila dia free." Raf menoleh melihat Liya di sebelah.
"I okay je bila-bila, cuma... I takut sebenarnya." Liya menggigit bibir.
"Ibu ayah I okay je sayang. Dorang tu yang lagi tak sabar, asyik tanya je bila I nak bawa you datang rumah."
"Pergi je Liya. Tak baik buat bakal mertua tunggu lama-lama. Nanti kang ha, melepas kamu." Nek Arha menyampuk. Sementara itu, air kopi O panas dihirup sedikit membasahkan lidah.
"Nenek izinkan ke?" Soal Liya.
"Pergilah cu, nenek izinkan. Nenek restu Liya dengan Rafael. Nenek nampak Rafael sayang sangat dekat Liya. Nenek percaya Rafael boleh jaga Liya dengan baik."
Terus tersenyum kedua-dua orang pasangan itu. Alhamdulillah, syukur hubungan mereka direstui. Ahli keluarga yang lain juga turut bergembira dengan berita tersebut. Nampaknya, tak lama dah lah rumah ni nak ada kenduri.
Yeay, makan nasi minyak!
"Eh, aku nak tanyalah macam mana korang berdua boleh ada dekat sini? Siapa yang jumpa kau, Eiz?" Pandangan Raf kini beralih ke arah aku dan Eiz. Kami berdua memandang sama sendiri sebelum sama-sama tersenyum nipis.
"Panjang ceritanya Raf. Nantilah." Bukanlah aku tak nak cerita sekarang, tapi rasanya macam tak elok pula cerita depan Nek Arha dan keluarga yang lain. Eiz ada di sini pun sebab mereka juga.
Nek Arha yang turut berada di situ hanya tersenyum nipis. "Nenek yang jumpa Aril, Rafael. Nenek jadikan Aril cucu." Celahnya.
Raf tersenyum ringkas sambil membawa pandangan semula ke arah Eiz. Jujur, jantungnya terasa mahu gugur sewaktu melihat Eiz tadi. Ingatkan pelanduk dua serupa, namun ternyata memang betul-betul Eizzaril Ikhwan yang ada di depan mata. Sahabat baiknya yang menghilang selama ini akhirnya kembali.
Jika diikutkan, dia hampir mahu menangis tadi. Tetapi oleh sebab tidak mahu merosakkan hari istimewanya dengan keluarga Liya, ditahan saja air mata daripada jatuh.
Tak sabar rasanya dia nak beritahu kapten dan rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, Eiz masih hidup.
"Merata kitorang cari kau, rupanya selama ni kau ada dekat sini je Eiz. Dengan girlfriend aku pula tu. Kecil betul dunia ni."
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...