HUBUNGAN aku dan Eiz semakin membaik hari demi hari. Tiada apa yang paling aku nantikan selain mendapat perhatian suamiku kembali. Walaupun kami berdua berhubungan secara rahsia, bagi aku itu pun sudah cukup memadai.
Ada kalanya aku masih kurang senang juga dengan sikap Deanna yang gemar menempel di sisi lelaki itu. Kalau boleh setiap masa lah nak 'abang Aril' dia tu.
Lagi-lagi bila kami berdua berbual di ruang tamu atau semasa makan malam. Ada sahaja benda yang Deanna tu nak menyampuk. Aku tahu dia tak suka aku dekat-dekat dengan Eiz. Dan yang paling aku sakit hati, dia boleh sentuh-sentuh Eiz depan aku? Liya even freehair pun tak pegang Eiz tau, masih tahu batas pergaulan dengan bukan mahram.
Deanna? Hmmm...
Tapi sekarang aku dah kurang cemburu sikit dengan dia. Sikit je lah.
Sebab apa?
Sebab Eiz tak layan dia!
Padan muka.
Kesian juga aku kadang-kadang dengan budak tu. Macam syok sendiri pun ada. Tapi nak buat macam mana, aku kena rampas semula apa yang asalnya hak milik aku.
"Urm, nek.."
Liya yang tiba-tiba bersuara itu mencuri perhatian kami sekeluarga di meja makan.
Nek Arha memanggung kepala, melihat Liya yang memanggilnya. Pada masa yang sama, sesudu nasi goreng disuap ke dalam mulut.
"Sabtu ni dia nak datang sini tau." Liya separuh berbisik, namun masih lagi dapat kami dengari.
"Siapa?" Soal Nek Arha kehairanan.
"Alaaa dia tu la."
Nek Arha berkerut seketika sebelum turut tersenyum simpul. "Oh dia tu..."
"Siapa nak datang?" Sampuk Eiz. Liya dan nenek dipandangnya silih berganti. Aku yang sedang menjamah nasi di meja itu turut memasang telinga.
"Siapa lagi. Boyfriend dia lah." Jawab Nick tanpa melihat ke arah Eiz. Matanya masih fokus menghadap makanan.
Eiz ternganga seketika, teruja.
"Woahh, Liya.."
"Apa?"
"Aishhh dah tak lama eh."
"Ya lah, takkanlah sampai ke tua nak membujang." Jawab Liya sambil tersengih menggigit bibir. Tangannya ralit menguis-nguis nasi di atas pinggan. Angau.
"Wah, tahniah Liya.." Ucapku, turut gembira mendengar berita baik itu.
"Boyfriend Liya tu tengah cuti ke sekarang?" Tanya Eiz.
"Haah, itu yang Liya ajak datang. Alang-alang dia tengah free. Biar dia kenal-kenal dulu dengan keluarga kita."
"Liya nak nikah terus ke tunang dulu nanti?" Soal lelaki itu lagi. Eh, banyak tanya pula dia.
"Menikah terus lah. Malaslah nak tunang, nanti kena tunggu lagi. Benda baik buat apa nak lewat-lewatkan kan?"
Tertawa kecil kami semua di situ.
Nek Arha kemudian membuang pandang ke arah cucu sulungnya yang dari tadi diam membisu. Senyap je dia.
"Nick bila pula? Liya dah nak bawa menantu dah sorang untuk nenek." Tegur Nek Arha, sengaja mahu mengusik.
Nick tersenyum kecil.
"Kalau ada jodoh tu, adalah nek." Balasnya senada. Dia merenung sekilas ke arah Eiz di hadapannya.
"Nick dah ada dah tu. Tunggu nak propose je. Kan kan." Liya menyiku bahu Nick perlahan. Gadis itu mengenyit sebelah mata.
Nick hanya berdecit dan menggeleng, menafikan kata-kata Liya. Namun dalam diam, sembunyi-sembunyi dia melakarkan senyuman.
YOU ARE READING
Still With You
Lãng mạnUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...