Chapter 63

158 9 5
                                    

Suasana lapangan terbang agak sibuk pada waktu ini dengan banjiran manusia. Angka jam sudah menginjak ke angka sembilan. Sebentar lagi, aku bakal meninggalkan bumi Sabah dan kembali ke tempat asalku di Kuala Lumpur.

Kaki dari tadi tak berhenti daripada bergerak. Ke hulu ke hilir aku berjalan, menunggu kehadiran seseorang. Aku melihat sekilas skrin telefon di tangan, sudah tiga jam berlalu. Satu keluhan berat dilepaskan. 

"Ika," Aku menoleh ke arah Raf yang mendekatiku.

"I'm so sorry. Aku dah cuba pujuk dia tapi dia tak nak dengar." Jelas Rafael serba-salah. Puas dia menelefon dan menghantar pesanan kepada Eiz, satu pun tak diendahkannya.

Sebagai rakan baik, dia tahu betapa besarnya cinta seorang Eizzaril terhadap Ika sejak dahulu lagi. Namun kali ini Eiz betul-betul keras kepala. Sejak semalam, sedaya-upaya dia memujuk rakan baiknya itu untuk memberikan Ika satu lagi peluang, tetapi lelaki itu tekad dengan keputusannya untuk kekal di Sandakan.

Dia faham Eiz kecewa dengan apa yang berlaku, dan dia juga tidak dapat bayangkan jika dia sendiri yang berada dalam situasi itu. Namun pada masa yang sama dia juga kasihankan Ika yang menjadi mangsa keadaan. Melihat wajah Ika yang lesu tidak bersemangat itu membuatkan hatinya terkesan. Dari awal, dialah menjadi saksi perjuangan Ika yang tidak berputus asa dalam mencari Eiz yang hilang sejak lima tahun lepas. Namun akhirnya, segala usaha gadis itu sia-sia hanya disebabkan oleh fitnah dan salah faham.

"Tak apa Raf, biarlah dia." Jawabku mengukir senyum pahit. Namun dalam hati masih tersisa sedikit harapan agar Eiz akan datang, sekurang-kurangnya untuk menghantar kepulanganku.

Aplikasi whatsapp dibuka, terpampang beratus-ratus pesanan aku kepada Eiz yang masih tidak berjawab.

Double tick

Eiz mana awak? 

Tolonglah datang...

Awak memang dah tak sayangkan saya ke?

Pengumuman penerbangan bergema di seluruh ruang, menyedarkan aku dari lamunan. Masa semakin suntuk. Aku akan berlepas tidak lama lagi.

Setiap kali ada susuk tubuh lelaki yang masuk ke terminal, hati aku berdegup kencang dengan harapan itu adalah Eiz. Namun segalanya sia-sia apabila setiap kali yang muncul itu bukanlah insan yang aku nantikan. Nampaknya dia memang tidak akan tukar fikiran.

Terima hakikat Ika, Eiz memang tak akan datang.

Raf dan Liya mula menghampiri aku. Hanya mereka berdua sahaja yang menghantarku ke airport. Ahli keluarga yang lain, sudah aku bersalam-salaman di rumah tadi.

Aku tak nak lah menyusahkan Nek Arha untuk ikut semata-mata hendak menghantar aku. Sempatlah kami berdrama air mata, mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Sesungguhnya aku amat terhutang budi dengan Nek Arha kerana menerima aku dalam keluarga ini dan melayani aku dengan baik sekali. Tanpa Nek Arha, aku tak akan dapat jumpa Eiz.

Aku juga sempat berterima kasih kepada Nick kerana telah menyelamatkan aku tempoh hari. Biarpun tragedi itu akhirnya menjadi mimpi ngeri, sekurang-kurangnya aku masih dapat bernafas sehingga hari ini. Deanna pula, aku cuma meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kerana membenarkan aku menggunakan biliknya dahulu. Dia juga ada meminta maaf atas sikapnya selama ini cuma dari gayanya, aku tak berapa pasti sama ada dia ikhlas atau tidak.

"Jaga diri baik-baik Ika." Mencebik bibir Liya, dia menarikku ke dalam pelukannya.

"Awak pun. Terima kasih Liya sebab sudi terima saya dalam keluarga ni, terima kasih sebab banyak tolong saya, baik dengan saya, buat macam-macam untuk saya..." Tanpa sedar air mataku jatuh setitik, sebak. 

Still With YouWhere stories live. Discover now