Chapter 59

161 15 5
                                    

DENGAR sahaja pintu bilik Ika tertutup rapat, terkocoh-kocoh Eiz bangun dari pembaringan. TV yang masih menayangkan berita pagi itu dibiarkan menyala tanpa ada sesiapa yang menonton. Pantas kakinya melangkah, menjejak langkah Ika. Tersenyum dia melihat susuk tubuh itu di dapur. Ralit menyusun pinggan mangkuk yang telah kering kembali ke tempatnya semula.

"Haih, comel betul bini aku." Walaupun hanya dengan T-shirt berlengan panjang dan tudung sarung, Ika tetap nampak sangat cantik di matanya.

Kenapalah dia tak pernah sedar betapa cantiknya wanita ini sebelum ni? Dulu asal nampak Ika je, ada saja benda tak kena. Ada sahaja topik nak cari gaduh. Sekarang hm, pantang nampak, asyik nak berkepit je setiap masa.

Pinggang Ika dicuit dari belakang. Tersentak gadis itu akibat terkejut.

"Ish, awak ni. Terkejutlah saya." Ika menjeling lembut. Namun anak matanya tiba-tiba jatuh pada lengan Eiz yang terdedah. Dengan hanya mengenakan tanktop hitam dengan seluar pendek paras lutut, Eiz dah mampu membuat hatinya goyah di pagi hari. Kemudian, Ika kembali menyambung kerjanya tanpa menghiraukan Eiz yang masih berdiri di sebelah.

"Comellah kau pakai tudung sarung ni. Macam budak sekolah menengah baru balik tusyen."

"Suka hati je kata kita budak." Ika mengherotkan bibir.

"Betul lah. Ini kalau kau berdiri sekali dengan anak-anak murid kau, tak dapat beza pun yang mana cikgu, yang mana pelajar."

Ika menggeleng perlahan. Tertarik hujung bibirnya, terhibur dengan ke-random-an Eiz.

Apa-apa je lah Eiz..

"Kau nak masak apa hari ni?" Soal Eiz. Anak mata langsung tak lepas dari memandang Ika yang ke hulu ke hilir mengeluarkan bahan-bahan dari rak dapur dan peti sejuk.

"Erm, mi goreng je kot. Itu je paling simple. Awak okay je kan?"

"Eh, apa pula tak okay. Kau masak apa pun semua aku makan."

"Yang lain pun makan je kan? Nenek, Nick, Liya, Deanna?" Tanya Ika lagi. Mengambil kira selera keluarga yang lain. Kalau ada yang tak makan, bolehlah dia sediakan lauk lain juga.

Anggukan daripada Eiz menandakan bahawa dia boleh teruskan dengan pilihan menu hari ini. Baiklah, nampaknya dah boleh mula masak.

"Ika," panggil Eiz. Langkah dibawa merapati gadis itu yang sudah mula memotong sayur.

"Ya?"

"Boleh tak hari ni kau buat puding roti dengan kuah kastard yang kau pernah buat sebelum ni? Aku mengidamlah." Ujar Eiz sambil mencebik. Dari hari tu lagi dia teringin sebenarnya tapi selalu terlupa nak beritahu Ika.

"Boleh je. Tapi roti dengan susu cair ada ke?" Selang beberapa saat, terlepas tawa Ika melihat wajah polos Eiz yang terkebil-kebil itu.

Aduh, kau pun Ika. Silap orang nak tanya. Dia tu tahu apa? Walaupun Eiz membesar kat sini dah lima tahun, dia yang baru hampir dua bulan tinggal sini pun lagi pro bab selok-belok dapur ni. Eiz ni tahap teruk dia tu kalau minta senduk, entah dia tahu ke tidak senduk letak dekat mana.

"Cuba awak check kat kabinet atas tu. Ada tak? Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kena beli." Arah Ika.

"Tak ada." Jawab Eiz sambil memunggah bahagian kabinet atas. Pintu kabinet ditutup semula. Okay, baru dia tahu selama ini tepung, susu tin dan bahan-bahan masak yang lain disimpan dekat sini.

"Ha awak pergi beli. Kejap lagi saya buat. Oh, alang-alang tu awak tolong belikan udang juga boleh? Beli sikit je. Nak masak dengan mi goreng ni."

"Boleh tu boleh, tapi aku tak pandai. Apa kata kau ikut sekali? Bolehlah kau ajar aku macam mana nak pilih udang." Ajak Eiz semangat. Sengaja sebenarnya nak suruh Ika ikut.

Still With YouWhere stories live. Discover now