Chapter 42

96 20 4
                                        

MATAKU bersinar-sinar seolah ia sedang memantulkan cahaya. Senyumanku melebar tatkala melihat sungai di depan mata.

Akhirnya, penantian kami telah berakhir. Usaha aku dan Aril mencari sumber air sejak semalam tidak sia-sia.

Entah berapa kali bibirku menitip kalimah syukur. Yang pasti, aku rasa sangat beruntung kerana masih diberikan peluang untuk hidup. Melihat air sungai yang terbentang di depan mata ini, membuatkan tekakku semakin kering.

Ah aku nak minum air!

Aku segera meluru ke tepi sungai. Baru sahaja tanganku mahu mencedok air, perbuatanku tiba-tiba dihalang oleh Aril.

"Jangan minum!" Aril mendekat.

Perbuatanku terhenti.

"Kenapa?" Soalku pelik.

"Jangan minum air tepi sungai. Haiwan banyak buang najis dekat sini, terutamanya tikus. Kalau nak minum, minum air di bahagian tengah. Situ kawasan air mengalir, jadi air lebih bersih."

"Oh.."

Okey, satu lagi ilmu baru yang aku dapat daripada Aril hari ini.

Haih, nasib baiklah Aril ada. Kalau tak, memang dah lama aku mati keracunan sebab main bedal je minum air ni.

Tak pernah terfikirlah pula aku haiwan akan kencing dekat tepi sungai ni. Tapi betul juga, takkan mereka nak ke tengah sungai pula kan?

Aku kembali memandang air sungai yang mengalir tenang itu.

Tak tahu kenapa, tetapi badanku tiba-tiba saja terasa seram sejuk. Aku menarik nafas dalam lalu menghembuskannya. Kemudian, terus aku beristighfar perlahan.

Terlupa pula yang tubuh aku ni lemah. Sepatutnya aku mana boleh datang ke  kawasan sungai ni.

Abah dan Umi selalu larang aku dari pergi ke kawasan air terjun, sungai atau hutan. Bahaya untuk aku. Ini kalau mereka tahu ni, memang habis aku kena ceramah. Tapi apa yang aku boleh buat? Dah tersesat dah pun.

Aku menoleh memandang Aril yang sedang menanggalkan selipar.

Kalaulah Eiz ada dengan aku sekarang, mesti dia akan marah dan membebel sebab datang ke tempat macam ni. Dia seorang yang sangat pentingkan keselamatan aku. Keselamatan aku adalah keutamaan dia. Dia cukup marah kalau aku buat sesuatu yang membahayakan diri.

Tanpa sedar, aku tersenyum kecil. Rindu.

"Oii, kau memang nak tercangak dekat situ je ke?" Aril bersuara, mematikan lamunanku.

Aku buat muka, menjuling anak mata ke atas. Sibuk je dia ni. 

"Tadi bukan main kering tekak lah, dahagalah apa. Ni air sungai dah depan mata, tak nak masuk pula." Kata Aril sambil menyenteng seluarnya hingga ke paras betis. Tak tunggu lama, terus dia merendamkan kaki ke dalam air.

"Saya bukannya tak nak masuk,"

"Habis tu?"

"Saya tak boleh ke tengah sungai."

"Kenapa?" Soalnya.

Patut ke aku beritahu? 

"Ni mesti kau tak pandai berenang kan. Kau takut lemas ek?" Ujar Aril dengan senyuman mengusik.

"Hello, saya tahu berenang okayy." Apa dia ingat aku ni lekeh sangat ke?

Aril tergelak melihat reaksiku.

"Dah tu? Kau takut pacat?"

Haah lah, pacat! Macam manalah aku boleh terlupa pasal tu. Zaman sekolah menengah dulu siap kena cium dengan lintah dekat betis, Ika. Takkan kau dah lupa kot?

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang