"WAH, Ika."
"Apa?"
"Aku masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi."
Aku berdecit perlahan sambil menarik senyum sinis. Kejadian tadi betul-betul memeranjatkan Widya. Sampai terjegil biji mata dia. Ya lah, mananya kawan tak kaget, aku memang tak pernah bagitahu dia pun yang aku blackbelt taekwondo.
"Aku kagum gila kau tahu tak! Aku macam 'wahh betul ke Ika ni?' " ujar Widya teruja.
"Respect ah. Aku ni setakat nak balah-balah mulut, kacang je. Nak tolak-tolak orang ni memang tak kuat, ya lah aku kan kecil. Tu yang aku kagum gila tengok kau hentam dia tadi."
"Padan muka. Baru sedar sikit. Dia ingat dia kuat sangat." Kutuk Widya.
"Entah. Acah je. Ingatkan kuat sangat sebab dah berani tolak-tolak orang macam tu, rupanya hm. Lembik." Balasku lalu mencampak beg galas ke atas katil.
"Kau belajar martial arts ke Ika?"
"Haah." Aku mengangguk. Meja study aku tuju lalu punggung dilabuhkan di atas kerusi.
"Taekwondo?"
"Yup. Black belt."
Makin bersinar-sinar mata Widya dibuatnya. "Wahhh..." Dia tersenyum suka. Sengihannya melebar sehingga ke telinga.
"Kau dah kenapa? Itu pun seronok ke?"
"Seronoklah! Rasa macam ada bodyguard tahu tak. Rasa dilindungi. Lepas ni kalau kita jumpa dengan si Melati tu, siap dia! Kau tumbuk-tumbuk je muka dia tu. Perasan lawa."
Aku ketawa kecil. Kepala digeleng perlahan.
"Biarlah dia tu. Malas aku nak layan. Orang macam tu lapar attention je. Memang layak kena ignore."
Widya mengiakan. Terangguk-angguk kepalanya mendengar kata-kata aku. Dia mula membaringkan diri di atas katil dan mengiringkan badan ke arahku.
"Tapi seriouslah, kau.. pernah pecahkan kepala orang?" Soal Widya teragak-agak.
Aku tersenyum nipis.
"Haah. Kenapa?"
"Unexpected."
"Asal? Kau rasa bahaya ke kawan dengan aku?"
"Tak lah. Aku cuma tak sangka je." Widya memuncungkan bibir.
"Ya lah, kau kan jenis tak bergaul dengan orang, buat hal sendiri je. Aku ingatkan kau ni jenis tak layan bila orang cari gaduh."
Aku tersenyum sinis.
"Aku tak akan mulakan pergaduhan. Tapi kalau ada yang mulakan, aku tak akan duduk diam."
"Hmmm, I see.."
"Tapi kan,"
Kepalaku terdongak sedikit, menunggu Widya untuk menghabiskan kata-katanya.
"Apa yang orang tu buat kat kau sampai kau pecahkan kepala dia? Tak boleh brain betul aku. Mesti dia tu musuh ketat kau kan?" Tebaknya.
Aku ketawa kecil. Hanya mengambil keputusan untuk diam dan tidak memberitahu. Aib aku, kenapa aku nak jaja kat orang pula kan?
Allah dah tutup aib kita baik-baik, kita pula yang nak sebarkan kepada orang. Mana pergi rasa malu tu?
Ya, memang salah aku pada awalnya sebab sebut pasal tu tadi. Tapi niat aku hanyalah untuk menakutkan Melati. Tak adalah sampai nak cerita semuanya.
"Adalah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
Storie d'amoreUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...
