ALAT kawalan jauh dicapai. Saluran televisyen aku tukar. Butang alat kawalan jauh itu ditekan-tekan tanpa henti, sehinggalah drama hindustan terpapar pada kaca tv.Hm, bolehlah tu.
Sebenarnya, bukanlah aku nak tonton sangat pun. Sajalah nak rilek-rilek dekat ruang tamu. Buka tv pun sekadar nak bagi ada bunyi bising sikit. Kalau tak sunyi saja rumah ni.
Tv rumah mereka ni tak pasang Astro. Kalau ada Astro bolehlah aku tengok K-Drama ke, kartun ke...
Ya anak-anak, walaupun dah besar saya masih tengok kartun. Kartun best okay?
Jam sudah menginjak pukul 3 petang. Selalunya waktu tengah hari begini, aku akan tidur. Tapi tak tahu pula kenapa kali ini aku langsung tak rasa mengantuk.
"Tengok cerita apa tu?" Nick tiba-tiba muncul entah dari mana. Bahuku sedikit terhinjut.
Haih dia ni, tak ada salam, tak ada apa, terus sergah aje.
"Oh Nick.. Tak ada apalah. Saja bosan. Tengok je lah apa yang menarik dekat tv." Balasku berbasa-basi. Lelaki itu kemudian melabuhkan punggung di sebelahku.
"Tv tu lama sangat dah tak terusik. Selama ni nenek je yang tengok, layan drama Melayu dia. Sekarang nenek ada dekat hospital, memang dah tak guna langsung." Jelas Nick.
"Itulah tu. Kita pula sekarang apa-apa pakai telefon je kan." Tambahku. Aku dan Nick sama-sama tersenyum.
Kemudian, suasana kembali sunyi. Aku dan Nick masing-masing diam, melayani fikiran masing-masing. Ceh, mata bukan main tak beralih daripada tv, tapi apa yang drama tu tengah tayang pun aku tak tahulah.
"Ika, umur kau berapa?" Nick tiba-tiba bersuara.
Aku berkerut sesaat mendengar soalan mengejutnya. Selepas itu, aku ukirkan senyuman.
"Tekalah." Aku jongket sebelah kening sambil tersenyum sinis.
"Aduh, main teka-teka pula. Aku tak pandai lah." Nick berdecit kecil.
"Teka je lah. Awak rasa saya umur berapa?"
"Erm, 30 something.." Ujarnya selamba.
Kurang asam.
Nick yang dari tadi dengan muka bekunya itu akhirnya tertawa kecil setelah melihat reaksi aku.
"Hello, I is muda lagi okey? Muda lagi daripada awak." Aku melemparkan satu jelingan maut.
Urgh, ikut suka hati je kata aku ni tua!
"Memandai je. Umur aku pun kau tak tahu."
"Tak payah tanya, tengok muka pun dah boleh tahulah." Balasku. Mogok.
Nick kemudian tergelak lagi.
"Dah tu betul-betullah, bagilah tahu umur kau berapa? Aku teka kau marah pula."
"Awak tu yang teka main-main. Memanglah orang marah. Ada ke patut cakap saya ni umur 30." Kataku sambil memeluk tubuh.
"Dah mata aku nampak kau macam tiga puluhan, jangan salahkan aku." Nick mengusik lagi.
Bibirku muncung sedepa.
"24 tahun, puas hati?" Ujarku sambil melemparkan sebuah jelingan.
Nick hanya ber ohh lalu mengangguk kepala.
"Muda lagi." Aku terdengar Nick menggumam perlahan. Memanglah aku ni muda pun. Dia tu yang tua kerepot.
"Ha, yang awak tanya umur saya ni kenapa?" Soalku pula sambil memandangnya atas bawah atas bawah.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...