TUBUHKU menggigil kesejukan. Bila dah mandi ni, sejuklah pula.
Mana tak menggigilnya, aku mandi pun dengan baju yang sama. Nak keringkan badan, tuala tak ada. Jadi, terpaksalah aku tunggu baju ni untuk kering sendiri.
Aku memeluk tubuh. Seketika, mataku tertancap pada Aril yang sedang memasang unggun api di tepi sungai.
Huaa nak duduk dekat dengan api juga! Sejuk gila ni weh!
Sementara nak keringkan badan ni, sengajalah aku duduk berjauhan dengan Aril. Segan pula aku nak pergi dekat dia dengan baju yang melekat-lekat. Kang nampak seksi pula. Aril tak apalah dia boleh tanggalkan baju terus. Lelaki kan.
"Sejuknya.." Aku menghembuskan nafas pada kedua-dua tapak tangan, lalu menggosoknya.
Setelah lima minit lebih aku mengeringkan diri, aku akhirnya memutuskan untuk duduk bersama Aril di tepi unggun api. Memang tak boleh tahan dah ni, sejuk sangat! Daripada bibir aku semakin membiru, lebih baik aku cari haba secepat mungkin untuk menghangatkan diri.
Aku menapak ke arah Aril lalu melabuhkan punggung di atas tanah, berhampiran dengan unggun api yang sudah menyala. Hari masih siang, tapi Aril menyalakan unggun api lebih awal supaya kami dapat mengeringkan badan. Masing-masing kesejukan selepas mandi tadi.
Waktu itu, aku baru perasan yang Aril sudah tidak berbaju. Namun, dia masih menutup bahagian depan badan dengan baju miliknya yang basah. Hanya belakang badannya sahaja yang terdedah.
Dalam diam, aku tersenyum seorang diri.
Bukan nak gatal ke apa, tapi bahu dia bidang, tegap. Yang paling lemah, biceps dia. Haih, berotot!
"Dah kenapa senyum sorang-sorang? Gila ke?" Tegur Aril yang sudah melihat ke arah aku. Lelaki itu tayang muka pelik.
Lah, dia perasan ke aku usya dia?
"Tak ada apalah." Aku menggeleng kepala.
"Tipu. Kau tengok aku tadi."
"Eii perasan. Buat apa saya nak tengok awak?" Cover.
Aril menyengetkan bibir, buat muka menyampah.
"Dah kantoi usya orang, nak tipu pula."
Aku tergelak kecil. Terhibur. Aril kemudian kembali mencampak ranting dan daun-daun kering ke dalam unggun api. Api semakin membesar.
"Tak segan pula awak tak berbaju depan saya? Dulu bukan main marah macam badan tu aurat dia." Perliku sambil tersengih panjang.
Aku lihat Aril memutar bola mata. Tangannya masih ligat mencampak ranting-ranting kayu ke dalam unggun api.
"Dah baju ni basah, aku bukalah. Takkan nak tunggu aku beku dulu baru nak buka." Balas Aril sarkastik. Aku hanya ketawa kecil. Dah tahu dia akan marah.
"Lagipun kau yang cakap kita kena percayakan each other kan? Dulu tu lainlah sebab aku tak suka kau." Sambungnya lagi.
"Oh, maksudnya sekarang awak suka saya lah?" Aku menggigit bawah bibir sambil tersenyum sinis. Mengusik.
"Kau ni kang eii!" Dibalingnya ranting kayu ke arah aku. Aku ketawa lagi sambil mengelak.
"Aku tarik masuk dalam sungai baru tahu. Panggil buaya, makan kau." Ujarnya.
Eleh, bab nak mengugut orang nombor satu. Bila orang mengusik dia, melenting pula.
Inilah definisi manusia jenis yang dia buat kita boleh, kita buat dia tak boleh!
"Aril, kita dah jumpa sungai. Selepas ini kita nak buat apa? Ikut jalan sungai pula ke?"
Aku dengar Aril mengeluh panjang.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...