"SORRY Ameera, cikgu pun tak boleh nak janji bila cikgu nak balik. Mungkin dalam sebulan dua macam tu cikgu stay sini."
Pembesar suara diaktifkan. Aku meletakkan telefon di atas meja lalu kembali menyambung kerjaku yang tergendala sebentar tadi. Butang pen ditekan.
"Lahh ye ke.." Aku dengar Ameera mengeluh.
"Tak apa lah kalau macam tu. Baru ingat nak join kelas tutor dengan cikgu sebab exam pertengahan tahun lagi dua minggu je."
"Oh ye ke. Tak apa, tak apa. Awak buatlah study group dengan kawan-kawan."
"Erm, saya study sendiri je kot cikgu." Ujar Ameera janggal.
Aku menepuk dahi.
Terlupa pula,
Ameera ni manalah ramai kawan dekat sekolah. Dia nak study dengan siapa Ika oii?
"Oh boleh je, tak ada masalah. Awak study sendiri, lepas tu kalau awak nak tanya apa-apa whatsapp je cikgu. Cikgu tak kisah." Balasku sambil menekan kalkulator. Kemudian, aku mencatat sesuatu pada buku nota kedai.
"Kalau saya screenshot and send soalan yang saya tak faham dekat cikgu boleh je kan?" Tanya Ameera lagi.
"Eh, boleh sangat. Apa pula tak boleh..." Bibirku menarik senyum. Bagus Ameera ni. Pelajar macam ni la cikgu suka. Rajin bertanya.
"Tapi malamlah cikgu tengok eh. Sebab waktu siang cikgu busy sikit." Sambungku.
"Okay, baik Cikgu Yumna." Balas Ameera ceria. Kemudian kami berdua diam buat beberapa saat.
"By the way, cikgu dekat Sabah buat apa? Lamanya cikgu stay dekat sana." Tiba-tiba Ameera menyoal lagi.
Ah sudah, nak bagi jawapan apa ni?
"Ada kerja sikit. Hal family." Tipuku.
"Oh patutlah."
Tersentak aku apabila pintu tiba-tiba sahaja dibuka dari luar. Aril yang tidak berperasaan itu selamba masuk ke dalam mini office. Langsung tidak menghiraukan keberadaan aku di situ.
Dia ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke?!
"Okaylah Ameera. Cikgu nak kena letak call ni, ada kerja." Ujarku sambil anak mata mengerling ke arah Aril.
"Oh okay okay. Maaf cikgu menganggu."
"It's okay. Nanti nak telefon cikgu, telefon waktu malam tau. Boleh kita sembang lama-lama sikit." Kataku.
"Okay in shaa allah."
Tiba-tiba, aku dapat mendengar seperti ada seseorang yang sedang berbual dengan Ameera. Keningku mengerut.
"Kenapa tu Ameera? Suara siapa tu?"
"Oh, tak ada apalah cikgu. Abang saya je. Dia kirim salam."
Dengar saja dia mention abang dia, terus aku mengguling bebola mata. Lupa pula aku yang Ameera ni adik kepada Amir.
Menyampah.
"Hm, waalaikumsalam." Jawabku tak bernada.
"Okaylah Ameera, cikgu end call dulu ya. Bye, assalamualaikum."
"Okay cikgu. Take care kat sana. Bye, waalaikumsalam."
Akhirnya talian dimatikan.
Perhatianku terus diberikan kepada Aril yang masih berada di dalam bilik ini. Lelaki itu sedang mencari-cari sesuatu di rak.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...