A/N; I won't write in Sabahan dialect anymore sebab tak berapa reti hehe. So korang anggap je lah dorang ni berbual dalam dialek Sabah, okey? Alright, selamat membaca!
"DEANNA bila sampai?"
"Dalam pukul 12.00 tengah hari tadi nek." Deanna menghenyak punggung di atas katil lalu menyalami Nek Arha yang bersandar di kepala katil itu.
"Lain betul Deanna sekarang. Dah besar panjang cucu nenek ni." Kepala Deanna diusap.
"Mestilah nek. I'm a grown up woman. See? I coloured my hair. Cantik kan?" Ujar Deanna ceria sambil menayangkan rambutnya.
Nenek Arha hanya tersenyum kecil. Walaupun si bongsu itu dah semakin matang dan membesar, Deanna masih kelihatan seperti anak-anak kecil di matanya.
"Culture shock thingy." Nick yang berdiri di muka pintu itu tiba-tiba mencelah.
Deanna mengangkat muka. "Eiiii biarlah. Sibuk je." Dijelingnya Nick.
Liya hanya tergelak kecil. Lucu melihat dua beradik yang tak berapa nak ngam tu.
Nick memang selalu cari pasal dengan Deanna dan kerap membuat gadis itu marah. Namun dia tahu jauh di sudut hati lelaki itu, dia sangat menyayangi adik-adiknya, tidak kiralah bagaimana sekalipun perangai mereka.
"Deanna balik sana pula bila?" Soal Nek Arha.
"Nek, Deanna dah habis belajar dah. Tunggu grad je. So, Deanna tinggal sini!"
"Iya? Wah, cepat je kan masa berlalu? Empat tahun habis macam tu je."
"Ya, nek. Deanna pun rasa macam tu. Rasa macam baru semalam je Deanna menangis-nangis dekat airport tinggal korang. Pejam celik pejam celik, eh dah habis belajar dah pun. Sekarang, Deanna dah balik and boleh jaga nenek!" Bahu Nek Arha didakap erat.
Jelas terpancar kerinduan dan kegembiraan Deanna apabila dapat pulang semula ke tanah air. Nek Arha senyum segaris. Turut gembira akan kepulangan cucu bongsunya itu. Pelukan Deanna dibalas.
Nick dan Liya di situ hanya tersenyum. Syukur, keluarga mereka kini kembali lengkap.
"Eh jap, Liya. Nick baru teringat." Nick menghampiri Liya.
"Ika duduk bilik Deanna kan? Habis tu nanti Deanna macam mana?" Soal Nick berbisik, tidak mahu kata-katanya didengari oleh Deanna.
"Haah la, lupa pula Liya pasal tu."
Liya berjalan mendekati Deanna lalu memanggilnya. Deanna yang duduk di birai katil itu mendongak melihat ke arah kakaknya.
"Kenapa?"
"Buat masa ni Deanna tidur dengan Liya tau. Bilik Deanna Ika guna."
"What?!" Kerutan di dahi Deanna jelas kelihatan.
"Siapa benarkan perempuan tu duduk bilik Deanna?" Soal Deanna berang.
"Kitorang. Kenapa?" Jawab Nick.
"Deanna stay je la dekat bilik Liya dulu." Ujar Liya memberi cadangan.
"No. That's my room. Kenapa pula Deanna nak kena mengalah dengan dia?"
"Alaaa sekejap je pun, seminggu je. Deanna guna je la bilik tu macam biasa cuma waktu tidur tu Deanna tidur dengan Liya."
"Tak, tak nak. I want my room back."
"Deanna.." Meleret suara Liya. Cuba memujuk si adiknya yang keras kepala.
"Apa? Deanna ada hak okay? Itu bilik Deanna dan Deanna tak nak kongsi dengan dia. Dia orang luar."

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomansaUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...