Chapter 4

316 18 3
                                        


"MANA aci! Awak kacau saya tadi!"

"Ah tak ada, tak ada. Dah kalah tu kalah je lah."

"Tetap tak adil. Awak main tipu."

"Mana ada saya main tipu. Awak tu yang tak boleh terima kekalahan."

Fine.

Bibirku menarik muncung sedepa. Tak puas hati dengan Eiz. Aku melajukan langkah, berjalan melepasinya.

Sebenarnya, kami berdua baru saja habis shopping baju. Kebetulan dekat depan kedai baju tu, ada claw machine. Korang tahu kan mesin tangkap anak patung tu?

Entah kenapa, Eiz tiba-tiba saja cabar aku untuk main benda tu. Aku tanpa fikir banyak, setuju aje lah. Akhirnya, kami berdua pun buat deal, siapa yang berjaya dapatkan anak patung boleh minta apa-apa sahaja yang dia nak dan siapa yang kalah, kena belanja makan.

Dan ya, aku kalah!

Eiz main tipu. Aku dah hampir nak dapat anak patung garfield dalam mesin tu tapi dia tolak aku.

Tak pasal-pasal duit aku jadi mangsa pula.

"Cepatlah, saya lapar ni."

Eiz yang kini berjalan di sebelah, melingkarkan tangannya di leherku lalu menarik aku kuat. Sampai tertunduk aku dibuatnya.

"Ish, sabarlah." Kalut-kalut nak pergi mana mamat ni. Bukan makanan tu nak lari pun.

Kemudian, setelah sepuluh minit berjalan di dalam mall ini, kami pun akhirnya tiba di sebuah restoran makanan Thailand. Aku yang nak makan kat sini sebenarnya. Entah, tiba-tiba je mengidam benda-benda masam dan pedas. Eiz ajak makan kat tempat lain tadi, tapi kisah apa. Aku yang belanja ikut je lah.

Banyak songeh pula.

Maka, kami berdua pun mula mengambil tempat duduk. Aku dan Eiz duduk berhadapan. Barang-barang yang dibeli tadi diletakkan di kerusi sebelah. Tidak sampai seminit, seorang pelayan datang meletakkan menu di atas meja. Sebuah senyuman diukir kepada kami. 

"Order hantar di kaunter sana ya." Pesan pelayan tersebut sambil menunjukkan ke arah kaunter menghantar pesanan.

"Ya, baik. Terima kasih." Aku mengangguk sambil tersenyum. Pelayan tadi akhirnya beredar.

"Awak nak makan apa?" Soalku kepada Eiz. Helaian demi helaian menu diselak sambil mata membaca setiap menu yang ada.

"Tak kisah. Apa-apa pun boleh." Eiz mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket.

"Apa-apa tu apa?"

"Apa-apa je lah."

Aku memanggung kepala.

"Bagitahu je lah. Kang saya order nanti awak tak makan pula."

"Saya makan je semua benda."

"Betul ni? Kejap lagi jangan bising kata ni tak sedaplah apa lah."

"Eh, soal sedap tak sedap tu lain." Eiz mengalihkan pandangannya kepada aku.

"Semua benda saya makan. Kalau tak sedap tu saya komen, yang sedap saya puji. But still, saya habiskan je makanan saya. Bukan macam awak tu. Picky eater."

"Siapa cakap saya picky eater hah?" Mata dijegil kearahnya.

"Saya lah."

"Mana ada. Saya tak memilih okay?"

"Are you sure sayang? Ulam selalu makan habis tak? Tak kan? Ikan? Lagilah tak makan. Durian? Pandang pun awak tak nak."

Kata-kata Eiz berjaya membuatkan aku terdiam. Gigi diketap menahan geram.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang