Chapter 6

253 15 2
                                        


"BAIKLAH , jadi itu sahaja untuk kelas kita pada hari ini."

Semua pelajar mula mengemaskan alat tulis dan buku. Masing-masing tak sabar untuk pulang.

"Thank you madam!" Suara pelajar bergema di seluruh dewan kuliah.

Setelah pensyarah muda itu keluar, terus sahaja pelajar bangkit dan berpusu-pusu ke pintu utama. Seorang demi seorang bersurai meninggalkan dewan kuliah yang semakin kosong.

Laju betul.

Tengok aku ni, rileks je.

Aku menggosok kedua tapak tanganku lalu diletakkan ke bibir. Nafas dihembus untuk mengurangkan rasa sejuk.

Tiga jam oi duduk dalam dewan kuliah ni. Nak beku aku dibuatnya. Aircond bukan main kuat diorang pasang.

"Ahhh, penat!"

Widya di sebelahku merengangkan kedua-dua tangannya, mengeliat. Kemudian, jari pula diletup-letupkan. Lenguh tangan sebab asyik menulis tak berhenti.

"Ika."

"Ya?"

"Kau nak terus naik bilik ke? Tak nak singgah kafe dulu?"

Soalan Widya berjaya membuat aku tergelak. Tahu sangat dah perangai dia ni.

"Kau ni fikir makan je kan?" Widya ni, harap je badan kecil. Bab makan nombor satu!

Gadis kecil itu tersengih.

"Hehe. Kau tak lapar ke?"

"Lapar lah juga. Tapi.."

"Ha dah lapar tu jom la pergi kafe. Kesian perut aku asyik berbunyi je dari tadi." Potong Widya sambil memegang perutnya.

"Ya lah.."

Buku dan alat tulis dimasukkan ke dalam beg Puma hitam milikku. Zip ditutup lalu beg diangkat dan digalas ke bahu. Aku dan Widya beriringan keluar dari dewan kuliah. Langkah diatur terus ke kafe.

Jarak antara dewan kuliah dengan kafe agak jauh. Mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk sampai.
Sempat juga la aku dan Widya bergosip mengenai beberapa hal.

Setibanya di kafe, aku dan Widya mengambil tempat di meja kegemaran kami yang terletak di belakang. Aku suka duduk situ sebab meja dia bawah kipas dan tak sesak.

"Kau nak makan apa? Biar aku tolong belikan." Widya volunteer.

"Serious la?"

"Ya lah."

"Baik pula kau hari ni." Hujung bibirku menarik senyum.

"Hello? Aku memang hari-hari baiklah." Ujar Widya sambil memutarkan bola mata. Kemudian, kaca matanya dibetulkan. Buat muka belagak.

"Ya lah, budak kecik. Belikan aku nasi goreng ayam." Sekeping not RM10 dihulur.

"Belanja aku sekali kan?" Soalnya tak malu. Oh, ada udang di sebalik batu rupanya!

"Sejak bila?" Mataku dijegil ke arahnya.

"Kau cakap kan tadi. Baru je." Bohongnya.

"Acik kau! Guna duit sendiri la."

"Ala Ika, bolehlah.." Lenganku dicuit-cuitnya. Widya tayang muka simpati sambil memuncungkan mulut.

"Tak nak."

"Boleh lah please.." Gadis itu berlari-lari anak lalu memeluk leherku dari belakang.

Dia start dah..

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang