Chapter 58

121 14 5
                                    

"MEMANG Deanna yang padam semua gambar tu. Puas hati?" Pengakuan Deanna menyebabkan kesemua orang di dalam bilik itu mengucap panjang.

"Astaghfirullahaladzim.. Apa nak jadi dengan Deanna ni? Kenapa Deanna dengki sangat dengan Ika? Sanggup Deanna aniaya orang macam ni?" Marah Nick.

Liya di situ dah menggigit bibir sambil memegang hujung kepala, menutup sebahagian mata. Liur ditelan menahan marah. Tika ini dia memilih untuk hanya berdiam diri. Dia tahu jika sekali dia buka mulut, memang habis si Deanna tu dia kerjakan.

Liya betul-betul marah. Tak sangka adik yang paling rapat dan paling dia percaya musnahkan kepercayaannya. Sekarang ni biar Nick je yang sekolahkan dia.

"Deanna tak suka perempuan tu! Deanna benci dia. Dia rampas abang Aril dari Deanna. Dia rampas semua orang dari Deanna. Tengoklah apa dia buat dekat korang semua sekarang? Korang semua bela dia. Korang tak sayangkan Deanna."

"Ya Allah Deanna, kami semua sayangkan Deanna-"

"Habis tu kenapa Nick bela dia? Semua orang dalam rumah ni sukakan dia. Semua orang nak berpihak pada dia. Abang Aril reject Deanna sebab dia! Deanna benci dia!"

Nick meraup belakang leher. "Kalau Deanna benci Ika sekalipun, itu tak bermaksud yang Deanna boleh aniaya dia macam tu. Deanna senyap-senyap masuk bilik dia, padam semua gambar dalam galeri.... Itu privasi dia. Deanna tak ada hak nak selongkar apa yang ada dalam telefon dia. Gambar-gambar dia yang lain, gambar dengan keluarga dia, screenshot untuk kerja ke. Kau tak fikir? Aril tu suami dia, Deanna. Deanna pun tahu Aril sayangkan Ika, dia tak pilih Deanna sebab dia hanya anggap Deanna sebagai adik. Kenapa nak berkeras lagi? Kenapa? Dengan delete semua gambar tu Deanna rasa Aril tu boleh sukakan Deanna ke?"

"Deanna padam semua gambar tu sebab Deanna tak nak dia tunjuk gambar-gambar tu dekat nenek. Deanna tak nak nenek kesiankan dia! Sebab Deanna tahu kalau nenek tengok gambar tu, nenek akan lepaskan abang Aril. Deanna tak sanggup... Deanna tak nak Aril pergi. Nick tak akan faham. Korang tak akan faham. You don't know what it's like to be rejected!" Luah Deanna. Hampir sahaja tubir matanya pecah, namun ditahan sebaik mungkin.

Tak ada siapa akan faham dia. Nick dan Liya tak akan pernah faham!

Nick melepaskan satu keluhan kecil.
"Yes, I do. That's what I'm going through now."

Tertoleh Liya dan Nek Arha melihat Nick. Faham akan maksud yang disampaikan oleh lelaki itu.

Deanna masih tak melepaskan tautan matanya dengan Nick. Tersedu-sedu gadis itu menahan diri daripada menghamburkan tangis. Dia kena kental! Dia kena buktikan dia seorang yang kuat. Jadi Nick tak akan sesekali memandang rendah terhadapnya.

Pandangan tajam Nick berubah redup. "Cinta tu tak semestinya memiliki, Deanna. Nick tahu sakit. Tapi Deanna kena belajar melepaskan dan terima hakikat. Kalau Deanna sayangkan Aril, Deanna kena biarkan dia pilih jalan yang dia nak, jalan yang akan buat dia gembira. Deanna yakin ke kalau Aril pilih Deanna, dia akan bahagia?"

"Deanna tahu abang Aril sayangkan Deanna. I knew it from his gaze. Sebelum ni dia cakap dia sayangkan Deanna. Dia nak jaga Deanna."

"Itu sebelum dia tak ingat apa-apa Deanna. Sekarang Aril dah mula ingat kisah silam dia, dia dah tahu yang Ika tu isteri dia. Cinta pertama dan terakhir dia. Deanna ingat Deanna boleh menang ke?" Soal Nick sinis. Langkahnya dibawa merapati adik bongsunya itu.

Deanna hanya mengetap gigi. Mati kata. Kedua tangan di sisi digenggam kejap.

"Nick tahu Deanna bukan macam ni. Deanna seorang yang baik. Semua orang sayang Deanna. Nenek, Nick, Liya, semua sayangkan Deanna. Deanna cantik, pandai, baik, ceria, manja... Deanna boleh cari lelaki yang lagi hebat daripada Aril tu. Deanna istimewa sangat. Ramai lagi kat luar sana yang pandang Deanna." Tutur Nick lembut. Terbit senyuman kecil di wajahnya. Deanna yang dari tadi meredam emosi, akhirnya senyap tidak lagi bersuara.

Still With YouWhere stories live. Discover now