Chapter 20

240 18 5
                                        



LANGKAH diatur lemah ke bilik. Pegangan plastik di tangan dikuatkan, menahan ia daripada jatuh. Bibir digigit sekuat hati. Menahan sakit yang berterusan menyiat-nyiat diri.

"Suami Ika.."

"Hilang."

Tak adil,

Dunia ini sungguh tak adil.

Kenapa?

Kenapa dalam banyak-banyak orang, Kau pilih aku?

Can you let me be happy once?

Aku menguatkan gigitan di bibir.

Sungguhpun aku dapat mengawal emosiku ketika ini, aku memilih untuk tidak mengawalnya. Aku tak mahu. Aku tak nak percaya dan aku tak boleh terima semua ni.

Gila?

Ya, aku memang gila.

"Eiz hilang, Ika."

Aku memejam mata sesaat.

Tolonglah, berhenti..

"Mama cakap benda betul sayang."

Diam!

Pandanganku hanya terhala ke hadapan. Keadaan sekeliling langsung tak dihiraukan. Setapak aku melangkah, semakin sakit rasa ini mencengkam jiwa.

Aku lajukan langkah.

"Eiz.."

Bibirku mula menggeletar.

Sudah Ika,

Cukup..

"Eiz dah tak ada."

"Aaarrgghhhhhhh!"

Aku menjerit nyaring kemudian jatuh terduduk. Plastik di tangan dilepaskan lalu isi di dalamnya jatuh bertaburan di atas lantai. Kedua telingaku ditekup. Aku menangis teresak-esak.

Satu asrama dapat mendengar jeritan aku. Ramai yang keluar dari bilik untuk melihat apa yang sedang terjadi.

Ya, korang pun tahu aku bencikan perhatian. Kalau ikutkan hati, aku tak nak menangis kat sini. Aku benci orang tengok sisi lemah aku.

Tapi aku tak boleh..

Apa yang aku boleh buat?

Aku tak tahu nak buat apa.

Eiz, saya nak awak...

Tangisanku semakin kuat. Meraung. Keadaan di blok asrama puteri semakin bingit dengan jeritanku dan desas-desus suara penghuni.

"Weh apa jadi?"

"Asal wei ada orang kena histeria ke?!"

"Entah, aku tak tahu."

"Tu bukan Ika Zain Syahrin ke?"

"Asal dia tu? Memang suka cari perhatian ek?"

Tekupan di telinga dikuatkan. Aku mengepal tanganku erat. Apa yang hanya aku dengar sekarang adalah bunyi gelak tawa dari sekeliling.

"Diam!"

Something is not right..

Kepalaku mula pusing. Dadaku berdebar maha hebat. Bunyi orang ketawa itu kedengaran semakin kuat di telingaku. Seolah-olah mengejek dan mentertawakan aku.

"Ya Allah, Ika!" Widya dari jauh berlari ke arahku.

"Ika, kenapa ni?"

Aku menarik Widya lalu memeluknya erat. Badanku menggigil.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang