Prolog

418 26 2
                                    


"KAU balik dengan apa esok?"

"Bas. " jawabku sepatah.

"Ohh.."

"Kau?" Aku menyoal kembali.

"Parents ambil."

Mendengar jawapannya, aku mengangguk seraya memuncung bibir. Untunglah rumah dekat.

"Kau dah kemas barang belum?" Gadis di hadapanku menyoal lagi.

Aku membalas soalannya dengan anggukan.

"Laju."

"Of course. Rindu rumah kot. Dah berbulan-bulan tak jejak." Jawabku.

Bayangkanlah, waktu awal-awal masuk sini pun aku dah homesick macam apa. Kalau rumah dekat tak apa lah juga, boleh balik setiap hujung minggu.

Sekarang, barulah aku faham perasaan orang yang belajar jauh dari rumah macam mana. Seksa jiwa dan raga!  Walaupun dulu aku stay asrama, tapi rumah aku dekat je dengan sekolah. 20 minit je dah sampai.

Kalau dulu aku lebih suka duduk di asrama berbanding rumah, tapi sekarang tidak ya.

Kau ingat life dekat sekolah menengah dengan life di matrik sama ke? Jauh beza dik oi! Sibuk kalah Perdana Menteri. Tu yang sebab aku nak balik cepat-cepat. Nak rest.

And yeah..

Aku masih seorang Zulaikha yang sama dari cerita Us tu. Aku masih seorang yang sombong. Tak berapa suka bergaul dengan ramai orang,  jenis buat hal aku je. Ya, Ika Zain Syahrin masih sama, tak ada yang berbeza. Cuma cantik tu je lah makin bertambah. Eheh

Budak depan aku ni pun, aku rapat dengan dia sebab dia roommate aku. Lagipun, dia second intake. Tak kan lah aku nak buat sombong pula kan?

Asalnya aku memang tak ada roommate do. Aku pun tak faham kenapa dalam banyak-banyak orang, aku juga yang bernasib malang. Setiap bilik akan ada dua orang penghuni. Dan disebabkan bilangan batch tahun ni ganjil, so nama aku terpilih untuk duduk berseorangan.

Tak faham betul. Boleh je kalau pihak asrama nak letak tiga orang satu bilik.

Mungkin sebab nama aku mula dengan huruf Y, jadi nama aku ada di senarai paling bawah. At last, diorang pun pilih la nama aku sebagai orang bertuah yang tak ada roommate.

Heh,

Tapi itu pendapat aku je lah..

Bayangkanlah aku menyendu seorang diri selama dua minggu kat matrik ni. Lonely gila. Dah la aku ni tak berapa nak reti sangat approach orang.

Sedih betul hidup kau Ika. Sekolah menengah dulu tak ada kawan, sini pun tak ada kawan.

Bukanlah aku ni tak ada kawan langsung. Cuma aku tak ada kawan yang sekepala, yang kamceng dengan aku, yang betul-betul rapat.

Aku punya tahap kesunyian tu sampai hari-hari aku call Zulfa dan member Whites yang lain. Kesian diorang kena kacau dengan aku sebulan.

Tapi sehinggalah dia ni datang, riuh la sikit bilik tu. Aku pun dah tak bosan  macam dulu. Tambah pula budak ni orangnya banyak mulut. Sporting pun sporting juga. Aku bersyukur aku boleh masuk dengan dia ni.

Oh, lupa nak bagitahu nama dia Widya.

Aku sekarang sedang menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, aliran perakaunan. Lusa dah start cuti final sem 1, sebulan. Jadi, esok semua orang dah boleh balik ke kampung masing-masing.

Sebenarnya, aku pun tak sangka yang aku akan sambung bidang ni. Korang tahu kan aku memang tak suka Math? Tu lah orang kata. Benci-benci, akhirnya yang tu juga kau dapat. 

Aku letak matrik ni dalam pilihan terakhir sekali dalam sistem kot. Last-last UPU bagi aku yang ni?! Bengang gila aku. Sumpah aku rasa nak smackdown je orang yang urus UPU tu.

Dan aku juga sangatlah membenci diri sendiri sebab letak course akaun dalam pilihan tu.

Padan muka kena belajar add math lagi!

Subjek kira-kira ni bukan jiwa aku. Kenapa lah aku selalu dapat benda yang aku tak suka? Memang hidup aku selalu diktakdirkan macam ni ke?

Huhu..

Merungut-merungut, sekarang dah habis sem 1 dah pun. Redho ja lah sis!

Aku menghela nafas perlahan. Cuba menyedapkan hati sendiri. Allah lebih tahu yang terbaik.

Lama pula kau bermonolog Ika..

Mataku kembali memandang gadis kecil di hadapanku ini, Widya.

"Habis tak lagi makan tu?"

"Dah." Ujar Widya sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Pinggan yang sudah kosong ditolak ke depan.

"Jom." Aku mula mencapai telefon di atas meja.

"Kau tak nak order apa-apa ke?" Soalnya lalu memandang sekilas ke gerai yang terdapat di kafe.

"Tak nak."

"Betul ni? Kau dah la makan pagi tadi je."

"Tak apa, aku lapar aku pau lah makanan dalam loker kau." Hujung bibirku menarik senyum.

"Dah agak." Widya mengguling mata. Faham sangat dengan perangai aku yang malas nak beli makanan kat kafe.

"Dah jom."

"Jom." Kami berdua bangkit lalu beriringan pulang ke bilik.














Prolog done ✔

So setakat ni saja dulu. Utk yg dh baca Us, mesti korang rindukan Ika kan hehe. And for the new readers yg masih x kenal Ika, korang boleh baca Us utk tahu perangai Ika dgn lebih lanjut.

But if korang x nak baca pun ikut lah. Its ur choice 😗

Ready for the 1st chapter?

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang