PERHATIANKU terganggu apabila melihat telefon pintar itu berdering. Melihat nama yang terpapar pada skrin, automatik aku mengukir senyum nipis.
Izzah S-I-L
Apa tu S-I-L?
Sister-in-law
Telefon dicapai. Jari menolak punat hijau.
"Hello.." Telefon dirapatkan ke telinga.
"Hello akak! Sibuk ke?" Balas Izzah ceria.
"Tak lah, akak tengah tulis notes je ha. Kenapa?" Anak mata mengerling sekilas ke arah buku nota dan pen bewarna-warni yang berselerakan di atas meja.
"Lah ye ke, sorry lah Izzah ganggu."
"Ish, tak apalah. Lagipun akak memang nak stop dah ni."
Aku dapat dengar Izzah menarik nafas lega di hujung talian. Tersengih aku. Kelakar.
"Akak sihat ke?"
"Alhamdulillah, sihat. Izzah?"
"Sihat je.."
"Ryan macam mana, sihat?" Soalku lalu ketawa kecil. Sengaja nak mengusik.
"Eii akak ni! Sengaja kan."
"Mana ada. Betullah, akak dah lama tak chat dia tau. Izzah kan girlfriend dia, mesti tahu dia sihat ke tak."
"Ergh ya lah ya lah. Sihat je dia. Terlebih sihat sampai makin gatal." Balas Izzah sambil mengutuk.
Aku hanya ketawa mendengar bebelan Izzah. Dalam hati, terbayang macam mana lah conversation diorang. Mesti comel kan?
Ryan tu dah la sama gatal je dengan Eiz sebenarnya. Izzah pula garang. Aku rasa Ryan mesti selalu kena marah dengan Izzah kan. Tapi tak tahulah, mungkin dengan partner, Izzah jadi manja ke?
We don't even know right?
"Ha, ada apa call akak ni? Selalunya whatsapp je." Selorohku sambil menarik senyum sinis. Aku tahu mesti ada sesuatu. Izzah tak akan saja-saja nak call aku macam ni.
"Hehe.. Sebenarnya.."
"Izzah nak tanya, akak still marahkan along lagi ke?" Soal Izzah teragak-agak.
Aku berdecit perlahan. "Ni mesti along suruh Izzah call akak kan?"
"Ermmm.."
"Haah, akak marahkan dia lagi. Kenapa?" Balasku tanpa berselindung. Aku malas nak memanjangkan cerita, jadi aku straight to the point je.
"Maaflah, Izzah bukan nak menyibuk urusan korang dua tapi along yang minta tolong Izzah."
"Tak apa, akak tak marah Izzah pun."
"Sekarang ni telefon along dah kena kutip so dia tak boleh dah call akak. Tapi, Izzah merayu sangat-sangat kat akak.. Tolong jawab panggilan dia hari Khamis ni. Malam tu dia nak kena bertolak pergi Filipina dah."
Berkerut keningku. "What? Filipina?"
"Haah. Satu kontinjen pergi. Diorang ada latihan tambahan, katanya dengan kerjasama unit PBB Filipina. Itu yang diorang pergi situ tu."
"Oh, berapa hari?"
"Yang itu Izzah tak tahu la pula. Along tak bagitahu. Yang pasti, akak kena jawab call along Khamis ni okay? Pukul 4.30 petang. Please.." Ujarnya seakan merayu.
Aku menghela nafas panjang. "Hm, tengoklah macam mana nanti."
"Tolong jawab tau, Along nak sangat dengar suara akak sebelum dia pergi. Dia kata dia akan menyesal seumur hidup kalau tak dapat dengar suara akak sebelum bertolak ke sana."
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...