ARIL mengatur langkah ke arah Ika lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya. Ralit betul gadis itu mengambil gambar, sampai kehadirannya di situ pun tak lagi diendahkan.
Tersenyum lebar Ika tatkala melihat pemandangan indah di depan mata. Bersinar-sinar matanya menayangkan teruja. Sudah lama betul dia mengidam nak pergi pantai, akhirnya dapat juga dia menjejakkan kaki di kawasan tanah berpasir ini. Bukan main lama dia duduk di Sabah, tapi tak pernah langsung dia singgah mana-mana pantai di sini.
Laut yang membiru itu membuatkan hati terasa tenang. Bunyi ombak yang memukul pasir seakan menyanyikan irama merdu, menjadi halwa telinga kepada setiap pendengarnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut menyentuh kulit, terasa seperti membelai-belai diri.
Ika memejamkan mata sesaat, healing.
Sepanjang hari ini, masanya hanya diluangkan bersama Aril. Tepat pukul 8.30 pagi lagi mereka berdua sudah keluar dari rumah. Nasiblah kedai cuti hari ini, jadi bolehlah mereka menghabiskan masa berjalan-jalan.
Waktu pagi, Ika dan Aril sarapan bersama di warung kegemaran lelaki itu. Kemudian mereka ke mall pula menghabiskan masa berdua. Tengok wayang, membeli-belah, lepak, makan, makan dan makan, dan akhirnya di sinilah mereka sekarang.
Di pantai.
Sebenarnya Ika lah yang meminta untuk singgah di pantai sekejap, nak tengok sunset katanya. Sengaja gadis itu tidak mahu pulang awal, hendak meluangkan masa sepuas-puasnya bersama Aril. Nanti dah balik rumah, dah tak boleh mesra-mesra macam ni lagi.
Aril menoleh melihat Ika.
"Happy?"
Ika menghadiahkan senyuman. "Sangat."
Melebar senyuman Aril tatkala menerima respon baik gadis itu. Lega. Seronok dapat membuatnya gembira.
Pandangannya dihala semula ke hadapan. Air Starbuck yang dibeli sewaktu dalam perjalanan ke sini tadi disedut membasahkan tekak.
Ah, sedapnya matcha!
Seketika, anak mata Ika jatuh ke arah face mask yang tersangkut di telinga Aril. Terbit senyuman kecil pada wajah gadis itu. Tergeleng kecil dia.
"Berapa kali saya cakap jangan pakai dah benda alah ni." Selamba, Ika menarik lembut tali mask hitam tersebut, menanggalkan ia daripada wajah Aril.
"Tak bolehlah. Aku buruk."
"Hello? Muka macam ni buruk? Awak nak kena makan penumbuk ke apa?"
"Betullah. Buruk. Aku tak suka tengok."
"Aril, muka awak tu dah sempurna sangat dah. Even dengan parut tu pun awak masih kacak." Mask dihulurkan semula kepada Aril.
"Ye ke?"
"Ya..."
Aril mencebik bibir. Mask yang kini berada di tangannya direnung sekilas.
"Tapi ada orang cakap buruk.."
"Siapa cakap?" Terjegil mata Ika mendengar kata-kata Aril itu.
Siapa berani-berani cakap Aril buruk? Buta agaknya dia tu.
Aril tertawa melihat reaksi Ika. Garang betul.
"Adalah, someone. Tak payah tahu." Balas Aril lalu menunduk bermain pasir dengan jarinya.
Ika menggulingkan bebola mata.
"Awak ni asyik berahsia daripada saya je. Macam mana saya nak percaya yang awak betul-betul nak berubah ni?"
![](https://img.wattpad.com/cover/247132391-288-k695814.jpg)
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...