"Nah." Widya menghulurkan sebotol minyak angin. Tidak ditanya keadaanku sekarang ini kerana dia sudah maklum yang aku tidak okay.
"Teruk senggugut kau ni." Katanya bersama wajah risau.
Aku yang masih terbaring di atas katil diam tidak membalas. Mata dipejam rapat. Satu keluhan dilepaskan.
Senggugut aku buat hal lagi! Boleh pula ia serang waktu aku dan Widya tengah dalam perjalanan nak ke kelas. Pagi tadi aku dah mula rasa sakit, tapi sikit je lah.
Tiba-tiba pula petang ni senggugut datang serang, sakit dia tak boleh bawa bincang! Terbongkok-bongkok aku berjalan sebab perut rasa memulas. Semakin lama semakin menyengat rasa sakit tu. Tak tahan, terus aku jatuh terduduk dan menangis. Widya pun cuak sebab tiba-tiba je aku menangis.
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba menangis.
Waktu itu, ada juga orang tengah lalu-lalang dekat kawasan berhampiran kami. Jadi, Widya pun minta la tolong beberapa orang untuk papah aku ke bilik. Dan begitulah kisahnya bagaimana aku boleh terbaring kat sini.
Kenapa lah makin menjadi-jadi period pain aku ni? Sejak masuk umur 18, setiap kali period je mesti senggugut teruk. Sebelum ni tak adalah macam ni.
Sakit gila tahu tak! Perempuan je tahu macam mana azab senggugut ni.
"Tak apa ke aku tinggal kau sorang-sorang? Kau nak berjalan pun tak larat ni." Ujar Widya.
"Tak apa. Kau pergilah turun. Kelas dah nak mula tu. Nanti lewat masuk kelas pula."
"Betul ni?"
Aku mengangguk lemah. "Kau tolong bagitahu lecturer eh." Nampaknya, tak dapat aku masuk kelas petang ini.
Widya mengangguk lalu bingkas bangun dari kerusi. Ubat-ubatan dan botol air mineral yang dipegangnya diletakkan di atas meja bersebelahan katilku.
"Kau ada nak makan apa-apa tak? Balik kelas nanti aku tolong belikan." Soalnya sambil mencapai beg galas dan buku di atas meja.
Aku menggeleng perlahan. "Tak payah."
"Okay. Aku pergi dulu eh. Apa-apa whatsapp aku."
"Okay. Thanks Widya."
"No problem." Widya tersenyum kecil. Dia mula menyarungkan kasut dan akhirnya keluar dari bilik.
Aku mengeluh perlahan.
Susah la jadi perempuan ni. Sikit-sikit sakit. Ini baru senggugut, tak beranak lagi. Entah macam manalah ibu-ibu kita menghadap sakit beranak tu. Sakitnya seolah-olah tulang-belulang dipatahkan serentak. Itu pun anak-anak asyik melawan lagi!
*tampar diri sendiri
Aku mula mengubah posisi baring. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Tak selesa.
Jari mencalit lagi minyak panas pada perut lalu diusap dan diurut perlahan. Sendiri sakit, sendirilah tanggung. Dah besar dah. Tak ada dah orang nak tolong tengok-tengokkan.
Siling putih di atas ditenung lama bagai nak tembus. Fikiranku kosong. Blur. Tak tahu apa yang nak dibuat. Sebenarnya nak tidur, tapi rasa tak selesa dekat perut ni menyebabkan tidur aku terganggu. Jadi, aku tak boleh nak tidur dengan aman.
Ralit aku termenung, tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Terus sebelah tangan aku menggagau bawah bantal untuk mencari telefon pintar. Telefon di unlock dan aplikasi whatsapp dibuka. Nama contact Prince Charming dicari.
YOU ARE READING
Still With You
Lãng mạnUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...