AZAN yang berkumandang mengejutkannya dari lena. Selimut yang menutupi wajah diangkat. Telefon di atas laci dicapai malas. Terkebil-kebil dia melihat skrin, dah masuk waktu Subuh.
Dalam keadaan mamai, Eiz bangun dari pembaringan. Rambut diramas perlahan. Mengeliat tubuhnya meregangkan urat-urat sendi. Keadaan sekeliling dipandang lagi dan barulah dia sedar bahawa hanya dia seorang diri di dalam bilik.
"Nick dah bangun agaknya."
Belakang tangan menutup mulut yang menguap luas. Dengan mata yang masih terasa berat, dipaksa juga kaki melangkah ke bilik air. Bilik Ika dilintasinya. Gelap. Belum terjaga lagilah tu.
Eiz meneruskan niatnya ke bilik air untuk membersihkan wajah dan mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum kembali semula ke situ untuk mengejut si isteri.
"Ika..." Pintu bilik diketuk.
"Bangun sayang, dah Subuh."
Sementara itu, sempat dia melihat keadaan rumah yang sudah mulai cerah. Seisi rumah nampaknya sudah mula bangun kecuali Ika. Dalam masa yang sama, tercari-cari juga dia akan keberadaan Nick.
Pintu diketuk lagi, kali ini lebih kuat. "Ika..."
Masih tiada respon.
Malas lagi hendak menunggu lama, Eiz akhirnya memulas tombol pintu dan menapak masuk ke dalam bilik. Suis lampu dihidupkan.
Bagaikan kaca terhempas ke lantai, Eiz merasakan hatinya hancur berkecai.
"Astaghfirullahaladzim, Zulaikha." Bergetar suaranya ketika menyebut nama itu, apa yang dilihatnya bagai pisau yang menghiris jantung. Ika, isterinya sedang berpelukan di atas katil bersama abangnya, Nick.
Tergeleng Eiz melihat imej yang tak pernah-pernah dia sangka. Tanpa sedar matanya berkaca.
Cahaya lampu menyedarkan Ika dari lena panjang. Terkebil-kebil gadis itu mencelik.
"Urmph, dah pukul berapa ni..." Sisi kepala dipegang, pening. Ika berdecit sakit sebelum memandang Eiz dan beralih pula ke arah insan di sebelah.
Terbuntang matanya apabila menyedari Nick yang berada di sebelah dalam keadaan tidak berbaju. Ika tunduk melihat tubuh sendiri, bajunya terkoyak di bahagian bahu dan sedikit terdedah di bahagian dada. Seluarnya pula sudah melorot hingga paras lutut.
Terpempam Ika di situ. Laju selimut ditarik membaluti tubuh, menutup bahagian badan yang terdedah.
Astaghfirullah, apa yang jadi?
Bagai ada yang menekan butang rewind di kepala, pantas Ika bangun dari pembaringan setelah menyedari apa yang telah berlaku semalam.
Ya Allah, tak mungkin...
"Eiz, saya boleh jelaskan. Semua ni bukan macam yang awak sangka..."
Nick yang baru sahaja membuka mata dituju Eiz tanpa sempat dia memproses apa yang sedang berlaku. "Kau memang tak guna!" Bahagian tulang pipi Nick ditumbuk kuat.
"Eiz–"
Sekali lagi tumbukan disasarkan pada wajah Nick, semakin lama semakin kuat. Berkali-kali tumbukan membunuh hinggap di wajah sehinggalah terhasil percikan darah.
"Yang kau tidur sekatil tu, isteri aku!"
Eiz semakin hilang kawalan. Dia cuba untuk memukul Nick lagi dan lagi. Sedang Ika bergerak untuk menghentikan Eiz, rasa sakit di leher tiba-tiba menyengat. Pedih. Bahagian luka tersebut dipegang kejap, menyebabkan pergerakannya terhalang.
"Aril, sudah!" Dengan sedikit kudrat yang tinggal, Nick cuba melawan. "Aril, aku boleh jelaskan, semua ni salah faham." Ucapnya lemah tidak berdaya. Wajahnya sudah penuh dengan kesan luka dan darah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...