"TERIMA kasih. Saya jual ya." Baki wang dihulur. Senyuman manis dihadiahkan kepada pemuda tinggi di hadapanku.
"Sama-sama kasih..." Ujar pemuda tersebut dengan nada meleret sambil tersenyum gatal. Kemudian, dia mengenyit sebelah mata.
Eh?
Dah kenapa?
Aku hanya menayangkan wajah kosong. Sehinggalah pelanggan tersebut benar-benar hilang dari pandangan, aku mula buat muka jelik.
"Gatal."
"Ehem ehem,"
Aku menoleh ke arah gerangan yang berdehem itu. Ternyata Eiz yang tiba-tiba muncul dan sedang berjalan menghampiri aku.
"Kena mengurat dengan customer nampak?"
"Nak buat macam mana, dah saya cantik kan."
Eiz buat muka nak termuntah.
Eh eh dia ni. Betul apa aku cakap?
"Asal? Awak cemburu?"
Eiz berdecit sambil tergelak kecil.
"Tak ada masa aku. Setakat kenyit mata tu, small matter je lah. Aku bukannya kuat cemburu macam kau. Sikit-sikit nak jealous."
"Hello? Small matter awak cakap? Kalau saya tersuka orang tadi tu macam mana?" Aku menjegil ke arah Eiz.
"Suka je lah. Tak kisah."
Tak guna.
"Tapi kalau kau betul-betul suka dia tu, maksudnya kau tak ada taste." Kata Eiz lagi.
"Dah tu awak ingat awak tu kacak sangat?"
"Of course lah. Kalau tak, tak adalah kau tergila-gilakan aku. Kan?" Ujar Eiz dengan bangganya. Sebelah keningnya dijongket-jongket.
"Bapak perasan. Dia tak tahu ke Nick lagi handsome dari dia." Gumamku perlahan sambil membuat muka menyampah.
"Apa kau cakap?" Soal Eiz tak puas hati.
"Saya cakap, Nick handsome." Kataku betul-betul di hadapan mukanya.
Eiz mengangguk-angguk perlahan sambil bermain lidah di dalam mulut. Mengecil matanya usya aku tak puas hati.
"Apa pandang-pandang? Memang betul pun Nick tu handsome. Jauh lagi handsome daripada awak."
"Suka Nick cakap ah."
"Alah, saya cakap Nick handsome je. Yang awak tak puas hati kenapa? Yang itu pun nak cemburu ke? Small matter je kot." Balasku sarkastik.
Aku lihat Aril tergelak sinis. Bawah bibirnya digigit sebelum dia masuk ke dalam kaunter untuk mendapatkan aku.
"Sini kau!"
Belum sempat aku melarikan diri, tubuhku sudah ditarik oleh Eiz. Dia mengunci leherku dengan lengannya yang sebesar paha ayam itu.
"Aaaaa!"
"Eiz, apa ni!"
Aku dengar dia tergelak. Kepalaku diluku dengan buku limanya.
"Sakitlah, gila! Tangan awak tu dah la besar." Kataku cuba melepaskan diri.
"Padan muka. Siapa suruh kena-kenakan aku?"
"Dah memang betulkan? Nick je pun, yang awak nak jealous sangat tu ken- aduh aduh!"
"Haa sebut lagi sebut."
"Eiz, lepaslah. Nanti Nick nampak kita!"
Eiz akhirnya merungkaikan tangannya. Tercungap-cungap aku. Owning tudung yang dah senget-benget aku betulkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...