MALAM itu kami berempat makan malam bersama di dapur. Segala hidangan di atas meja, Liya yang masak. Dah la sedap-sedap pula tu.
Aku yang makan memilih ni pun approve masakan dia tau.
Hmm.. semakin bertambah minat aku dekat Liya ni. Apa je yang gadis ini tak boleh buat?
Sewaktu memasak tadi, adalah juga aku tolong sikit-sikit, Bantu sekadar yang mampu. Kerana kebanyakan makanan yang dimasak adalah makanan Sabah.
"Sedap Ika?" Tanya Liya di sebelahku.
"Sedap! Sedap gila." Balasku bersama mata yang membulat. Liya hanya tersenyum lebar mendengar pujian aku.
"Tch, nak bodek lah tu." Aril tiba-tiba menyampuk. Dia siap jeling aku lagi nyah.
Liya hanya memutar bola mata. Dia kemudian menggeleng dan memberi isyarat agar aku tidak menghiraukan Aril. Aku hanya tersenyum nipis.
"Liya, saya tak pernah makan makanan Sabah tau. Ini first time. Sedap gila." Aku meneruskan perbualanku dengan Liya.
"Iya?"
Aku mengangguk.
"Nanti awak ajarlah saya. Mana tahu bila balik Semenanjung nanti saya craving ke, boleh masak sendiri."
"Boleh! Boleh sangat! Nanti free saya ajar." Aku dapat mengesan wajah Liya yang berubah ceria. Excited betul nampaknya.
Dah serupa Mama pula rasanya. Mama pun suka bila orang puji masakan dia.
Haih, rindu Mama lah pula.
"Liya, esok siapa nak jaga kedai? Aku dengan Aril lagi ke?" Nick tiba-tiba menyoal.
Aku memandang sekilas ke arah Nick.
Zuppp!
Terus aku menundukkan kepala sebaik sahaja pandangan kami bertembung. Mulut dikemam rapat. Aku kembali fokus kepada makanan di depan mata.
Haish, aura Nick ni seram lain macam. Dia pandang je pun aku dah takut.
"Haah, Aril dengan Nick lagi ke jaga kedai esok?" Aril turut mencelah.
"Kita bertiga lah jaga." Jawab Liya polos.
Aku di sebelah diam menjamah makanan. Membiarkan tiga beradik itu berbincang.
"Habis tu siapa nak jaga nenek?" Soal Aril.
"Ika lah." Jawab Liya bersama kening yang bertaut. Hairan dengan soalan yang diajukan oleh adik sepupunya itu.
Aril tersenyum sinis. Sempat dia menjelingku sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah Liya.
"Dia ni? Jaga nenek?"
"Ika datang sini nak jaga nenek kan? Then let her." Balas Liya.
"Kau percaya perempuan ni? Dia mana boleh harap. Dia tahu ke apa yang nenek suka, apa yang nenek tak suka? Tak kan?" Ujar Aril sarkastik.
Aku tertunduk. Melarikan pandangan.
"Kau tahulah nenek macam mana. Nenek cerewet. Entah dia tu tahu ke tak jaga orang tua." Perli Aril lagi.
"Benda boleh belajar kan?" Liya menghadiahkan sebuah jelingan kepada lelaki itu.
"Siapa nak ajar dia?"
"Liya lah ajar."
"Aku tak harap dia ni jaga nenek." Aril menggeleng, berkeras dengan keputusannya.
"Yang Aril tak puas hati sangat ni kenapa?" Liya menjegil ke arah Aril.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...