Chapter 34

101 17 5
                                        

"APA kau buat dekat sini?!"

Mampus.

Perlahan-lahan aku memusing ke belakang. Sebaik sahaja aku mendongak, wajah Aril yang beku dan dingin itu kini menyapa pandangan.

Aku menelan liur.

"Aa- Aril.."

Macam mana tiba-tiba dia boleh ada kat sini?

"Kau ni tak reti hormat privasi orang ke?" Soalnya. Perlahan tetapi cukup menyeramkan.

Tanganku sudah terketar-ketar.

"Saya.."

"Aku tanya, kau ni memang tak reti hormat privasi orang ke?!" Jerkahnya. Kali ini lebih tegas.

"Saya minta maaf." Aku tertunduk.

Aku dengar Aril mendengus kasar. Dilemparnya album itu ke meja. Kuat. Bahuku terhinjut akibat terkejut.

"Apa yang kau dah tengok?"

"Saya tak sempat tengok apa-apa." Aku menggeleng laju.

"Tipu! Apa yang kau dah tengok?!"

Aku tertunduk lagi. Kali ini lebih rapat. Kedua tanganku menggenggam erat tali beg tangan.

"Erm, sa- saya.."

"Jawablah!"

"Saya tengok gambar keluarga awak. Itu je. Selain tu saya tak sempat tengok." Balasku sambil menggeleng laju.

Aril menggigit dalam bibir. Tangannya naik meraup kepala.

"Kau ni memang- eii" Aril menghalakan penampar ke arahku. Hanya mengacah. Kalau dia tampar betul-betul, mampus.

Aku tertunduk. Takut. Baran Aril bukan boleh dibuat main. Silap haribulan, mati aku kena dengan dia ni.

Aku dengar Aril mendengus lagi. Kemudian, dia merenungku tajam. Setapak demi setapak, dia mendekat.

"Kau dengar sini eh." Aril merapatkan jarak.

Aku pula perlahan-lahan mengundur ke belakang sehinggalah belakangku tersandar pada meja. Aku menelan liur. Dah tak boleh lari. Aril mengepung aku dengan kedua tangannya.

Jantung aku berdetak laju seperti mahu berperang. Aku rasa jantung aku macam nak tercabut!

Ya Allah, dekat sangat ni. Ini lagi dekat dari waktu di hospital hari tu.

Aku mengemam bibir. Pegangan di tali beg semakin erat. Anak mata dilarikan, mengelak daripada pandangannya.

"Kalau bukan sebab nenek dengan Liya.." Aril mendekatkan wajahnya.

"Dah lama aku usir kau keluar!"

Bahuku terhinjut.

"Kau tahu kan apa yang kau buat ni salah?"

Aku mengangguk laju. Takut.

"Kalau aku beritahu semua orang yang kau senyap-senyap masuk bilik aku.."

"Jangan!" Aku mencelah.

"Kenapa? Dah memang salah kau. Ambil kesempatan seludup masuk bilik aku."

Mulutku kembali terkunci.

Itulah Ika. Tadi berani sangat. Sekarang ambil kau, kan dah kena ugut.

"Kalau Liya dengan nenek dapat tahu, mesti diorang dah tak percayakan kau kan? Mesti diorang sedar yang kau ni sebenarnya datang sini dengan niat buruk."

"Mana ada!" Bantahku.

"Saya mengaku saya salah sebab masuk bilik awak. Saya minta maaf. Tapi saya langsung tak ada niat buruk." Jelasku. Merayu.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang