Chapter 28

97 16 5
                                    

SETELAH menghantar Cikgu Laila dan Cikgu Kamil serta pelajar-pelajar ke airport pada petang tadi, terus aku bertolak ke hotel yang sudah ditempahku dua hari lepas. Aku ke sana dengan menaiki kereta sewa.

Boleh je naik grab sebenarnya, tapi aku rasa macam renyah. Jadi aku lebih prefer sewa kereta, drive sendiri. Nak bergerak ke mana-mana pun senang. Tak perlu nak tunggu driver grab pick up.

Aku tiba di hotel pada pukul 6.30 petang. Kali ini sengaja aku cari hotel mewah 5 bintang untuk bermalam. Nama pun self reward, kenalah ada class. Hehe.

Selesai urusan check in, aku segera menarik bagasi dan membawa langkah ke lif. Butang nombor 3 ditekan. Lif mula bergerak ke atas.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku kembali meneruskan langkah, mencari nombor kamar milikku. Dalam kepala otak aku sekarang ni dah terbayang katil je. Tak sabar nak baring, buka tudung, berendam dalam bath tub..

Ah, nikmatnya!

Sejak jadi cikgu ni, lama betul aku tak luangkan masa bersendirian. Jadi sekaranglah waktu yang terbaik untuk aku ambil peluang itu.

Access card diletakkan pada pemegang pintu.

Klik!

Pintu ditolak lalu aku melangkah masuk ke dalam. Aku menarik senyum kecil apabila melihat susun atur perabot di ruang bilik yang luas itu.

Pleasant, exclusive and elegance.

Sangat berpuas hati.

Hari ini aku nak terperap je dalam hotel. Nak berendam dalam bath tub sambil pasang alunan piano dari telefon. Dah lama aku simpan bath bomb dalam closet aku. Sekarang baru boleh nak guna.

Al-maklumlah rumah aku mana nak ada bath tub!

Esok pagi barulah aku akan keluar jalan-jalan. Banyak tempat aku dah plan nak pergi. Tak sabar pula rasanya.

Okaylah. Jom, nak berehat!


********


"Akak, keluar je lah.."

"Tak nak."

"Akak please,"

"Edhan bagitahu je lah dia yang akak tak ada."

"Dia tak percaya."

"Edhan reka je lah apa-apa alasan pun!"

"Edhan dan cakap dah. Dia berkeras juga tak nak balik. Dia nak jumpa akak." Balas Edhan di sebalik pintu dengan wajah cemberut. Berkerut-kerut habis dahinya.

Puas nak memujuk kakaknya yang seorang ini.

Izzah di dalam mendengus perlahan. Tangan naik memegang sisi kepala. Serabut.

Tiba-tiba je Ryan datang rumah.

Izzah betul-betul malas nak bersemuka dengan Ryan. Hubungan mereka sedang tidak baik sekarang ini.

Sejak hari Izzah mendapat tahu bahawa Ryan keluar dengan Ika di tasik, dia tidak lagi berhubung dengan teman lelakinya itu. Dia kecewa. Dia terasa.

Izzah betul-betul marah dan berjauh hati dengan kekasihnya itu.

Ryan yang menyedari perubahan Izzah itu puas menelefon dan menghantar pesanan. Namun tiada satu pun yang berbalas. Sengaja Izzah mahu buat lelaki itu sakit hati. Biar dia sedar akan kesalahannya sendiri.

"Akak, kau keluar je lah. Bincang elok-elok dengan Ryan tu, settle." Rungut Edhan yang bercekak pinggang di luar.
Letih mahu melayan kedua pasangan ini.

Still With YouWhere stories live. Discover now