Chapter 69

161 10 5
                                        

SEGALA alat tulis dikumpul lalu dimasukkan ke dalam kotak pensel. Tergesa-gesa Ika mengemas semua peralatan, mahu segera pulang. 

"Cikgu, nah duit." Sekeping not RM50 dihulur.

"Tak apa Ameera, ibu dah bayar tadi."

Eh? Ameera jeda sebentar. Kepala yang tidak gatal digaru. Tadi ibunya sendiri yang kirim duit ini kepada Cikgu Yumna sebelum dia keluar. Kenapa pula tiba-tiba boleh dah bayar?

"Cikgu balik dulu ya. Cikgu ada hal. Nanti kirim salam kat ibu."

"Biar betul cikgu? Cikgu tipu saya ek?"

"Mana ada lah. Betul, tadi ibu kamu transfer dekat cikgu. Simpan je duit tu. Nanti bagi ibu balik." Tipu Ika sambil memasang senyum palsu. Tangan dihulur kepada Ameera untuk bersalam. Ameera yang melihat wanita itu tergesa-gesa, hanya menyambut huluran tanpa soal banyak. 

Beg galas dibahu dibetulkan sebelum akhirnya dia mula beredar. "Cikgu balik dulu ya, Ameera. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Hati-hati cikgu."

Ika membetulkan cermin pandang belakang sementara menunggu enjin untuk panas. Tiba-tiba, tingkap di sebelah terasa gelap. Terhinjut bahunya apabila cermin tingkap diketuk seseorang dari luar.

Mata Ika membesar. Amir?

Macam mana dia boleh ada dekat sini?

Ameera beritahu dia tadi yang dia seorang saja di rumah. Ahli keluarganya yang lain semua tiada kerana pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ibunya.

Ke... Ameera tipu dia?

Ika pasang wajah beku. Cermin tingkap kereta diturunkan dengan hati yang berdebar.

"Hai, Ika."

Ika tunduk melarikan pandangan. Hm, buat penat je dia habiskan tutor awal kerana takut Amir dan ibu bapanya pulang. Boleh pula tiba-tiba lelaki itu muncul di sini.

"Sihat?" 

"Sihat." Sepatah sahaja Ika menjawab tanpa memandang ke arah Amir.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap boleh? Kali ini je. Tolong jangan lari lagi? Kita kena bincang tentang ni." Rayu Amir.

Semenjak kepulangan mengejut Eiz pada hari itu, Ika seakan mengelak daripadanya. Bila ditelefon, tidak angkat. Mesej pula, bila ditanya panjang lebar, Ika hanya membalas sepatah-sepatah. 

Amir mendepa sebelah tangan ke bumbung kereta, badan dibongkok sedikit agar dapat melihat Ika di dalam.

"Aku tahu kau pun mesti tengah serabut, tapi kau tak boleh terus diam macam ni." Lembut suara Amir menyoal. Sedaya-upaya dia cuba mengatur ayat agar tidak tersalah cakap.

"Macam mana dengan semua yang kita rancang sebelum ni? Macam mana dengan.."

Amir menarik nafas dalam sebelum kembali menyambung ayatnya. "Macam mana dengan penceraian kau dengan Eiz? Kau masih nak kahwin dengan aku?" 

Bawah bibir digigit. Kali ini Ika melepaskan keluhan kecil. Dia buntu. Sejujurnya, bukan sengaja dia mahu abaikan semua mesej Amir. Sumpah, dia langsung tak marahkan lelaki itu. Dia tahu semua ini salahnya sendiri. Dia yang pilih jalan ni, jadi dia perlulah fikir masak-masak dan buat keputusan yang betul tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

"Amir, saya..." 

Melihat wajah Amir membuatkan dia semakin dirundung serba-salah. "Boleh bagi saya masa? Saya minta maaf. Saya sebetul-betulnya memang tak sangka yang dia akan balik. Saya tahu ini semua salah saya, saya cuma–"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 15, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang