Chapter 18

230 17 4
                                        

SEMAK-SAMUN yang menghalang laluan ditebas. Akar-akar pokok yang menjalar di tanah kelihatan. Berhati-hati Eiz mengatur langkah supaya tidak tersadung. Keadaan sekitarnya diperhatikan.

Tebal sungguh hutan ni. Risau juga kalau tiba-tiba muncul haiwan buas. Kedudukan senjata di tangan diperkemas. Harap-harapnya dapatlah mereka keluar dalam keadaan selamat.

"Raf," Eiz berpaling. Mencari sahabat baiknya itu.

"Kenapa?" Rafael menyahut.

"Saja panggil."

Rafael mendengus kecil sambil mengguling anak mata. Main-main pula dah. Ingatkan ada apa tadi. Dia kembali memantau sekitar. Ahli pasukannya yang lain juga turut dipandang.

"Weh sumpahlah diorang buat checkpoint dekat tengah-tengah hutan ni?" Salah seorang daripada kelompok mereka bertanya.

"Tu lah, kau tahu tak apa. Bapak tebal hutan ni. Ini kalau buat main ni boleh hilang." Sampuk pelatih lain.

"Sekarang ni last check point dekat pantai tau. Masalanya first check point pun tak jumpa lagi." 

"Dah la makin gelap. Risau aku kalau terjumpa jin ke apa."

"Oii," Tegur Rafael bersama jelingan maut. Dia mendengus kuat. "Dalam hutan kan, cakap tu elok sikit."

Mencebik kedua orang pelatih itu. Tayang muka tak puas hati. Itu pun nak marah.

Alief di belakang hanya diam. Tidak mengambil peduli. Hanya buat hal sendiri. Lelaki berwajah beku itu hanya sibuk menebas semak-samun serta mengikat tanda pada ranting pokok.

Anginnya sekarang tidaklah berapa baik. Tidak semangat. Kenapa dalam banyak-banyak kumpulan, nama dia mesti dalam kumpulan ini? Kumpulan yang sama dengan Eiz.

"Korporal, aku rasa kita dah lari dari trek dah ni. Dari tadi tak sampai-sampai."

"Tu ah. Sejam dah weh kita berjalan." Mengeluh. Pelatih itu memberhentikan langkah lalu membongkok memegang kedua lutut. Penat.

Eiz menoleh melihat rakan-rakan sepasukannya. Masing-masing dah tak larat. Berjalan kaki dari tadi lagi tapi masih tak jumpa apa-apa..

"Korang penat ke?" Soal Eiz.

"Penatlah juga."

"Kita rehat jap dulu Eiz. Mengah."

Rafael dan Eiz saling berpandangan.

"Kita stop jap ah. Kejap lagi sambung balik." Cadang Rafael. Dia juga mahu berehat sebentar. Eiz hanya mengangguk, memberi keizinan.

Mereka pun apa lagi. Masing-masing cari port untuk duduk. Beg galas dibelakang ditanggalkan. Botol air dikeluarkan lalu diagihkan. Dahaga.

"Walkie talkie sapa pegang?" Soal Eiz.

"Aku." Jawab Alief.

"Bak sini." Minta Eiz. Alief tanpa membantah hanya menurut arahan. Walkie talkie yang disangkut di pinggangnya diberikan kepada Eiz.

Alat tersebut dirapatkan ke bibir. Butang pada alat itu ditekan.

"Kapten. Korporal Eiz ingin membuat laporan, roger." lapor Eiz. Lima saat kemudian, satu suara kedengaran dari pembesar suara itu. Tak lain tak bukan, suara Kapten Taufiq. 

"Ya? Semua baik-baik korporal?" 

"Pasukan 8 sesat kapten." ujar Eiz. Ahli-ahli pasukan yang lain juga turut memberi perhatian kepada Eiz. Senyap. Menunggu balasan daripada kapten. 

"Kami pasukan 5 sesat juga kapten. Tak jumpa jalan keluar." Satu suara lain turut kedengaran.

"Pasukan 2 kehabisan air kapten. Tak dapat cari arah pantai." Lapor seorang pelatih dari kumpulan lain pula.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang