KEADAAN di rumah sekarang ini tidak sunyi seperti sebelumnya. Gelak tawa manusia yang kendengaran dari arah dapur jelas menyatakan bahawa ada tetamu yang datang ketika ini.
Aku yang kini lengkap bertudung memandang sekilas jam di dinding . Jarum pendek berada tepat pada angka nombor sepuluh.
Siapa pula yang datang awal-awal pagi macam ni? Kawan-kawan Mama ke?
Langkah diatur ke dapur. Membesar mataku apabila mendapati tetamu yang hadir itu ialah Eiz dan adik-adiknya. Semua orang ada. Eiz, Izzah, Edhan dan Isyraf.
"Ha, baru bangun!" Tegur Eiz.
"Mana ada. Saya baru lepas mandi lah." Jawabku lalu menyengetkan hujung bibir.
"Tak bagitahu saya pun kata nak datang?"
"Saja tak nak bagitahu." Eiz yang duduk di meja makan itu tersenyum nipis.
Aku buat muka toya.
"Rajin bawa budak-budak ni sekali. Umi abah mana?" Soalku lagi.
"Umi Abah ada kerja sikit. Kena pergi mana tah. Diorang kirim salam je." Celah Izzah yang baru saja selesai membasuh tangan. Sambil-sambil itu, langkahnya diatur ke arahku untuk bersalam.
Eiz tersenyum ringkas. "Asal tu nak datang seorang je. Izzah dengan Isyraf ni yang nak ikut sangat."
"Dah tu Edhan?" Aku menjongket kening sambil melihat Edhan yang dari tadi tak berganjak dari kerusi yang didudukinya.
Macam biasalah dia, main game. Telefon tu memang tak lekang dari tangan.
"Along paksa." Jawabnya tanpa melihat ke arah kami. Matanya masih fokus kepada permainan.
"Orang nak duduk rumah sorang-sorang, along tak bagi. Kena ikut juga lah." Sambungnya lagi sambil mengangkat bahu.
Muka cemberut tak payah cakap. Nampak sangat tak nak datang tu.
Aku tergelak kecil melihat Edhan. Selamba je jawab depan along dia. Eiz apa lagi, buat muka menyampah.
"Akak!"
Budak yang berusia lima tahun itu meluru ke arahku lalu memeluk kuat kakiku.
Muncul juga budak ni. Ingatkan hilang pergi mana.
"Ya Isyraf." Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Laju dia menyambut tanganku kemudian tersengih.
"Isyraf pergi mana tadi?"
"Isyaf buat kerja dengan Papa Zain tadi. Best!"
Sebelah keningku diangkat. Wah, pandai pula Papa layan budak kecil.
Papa bercuti dari kerja selama seminggu. Jadi, masa dihabiskan sebaik-baiknya di rumah. Berehat.
Sebelum ni, jarang sungguh Papa nak ada kat rumah untuk meluangkan masa dengan kami. Ya lah, balik kerja pun dah malam. Penat, masuk bilik terus je.
Yang masih tak tahu, Papa aku kerja sebagai manager hotel. Walaupun jawatan dan gajinya tinggi, kerja dia bukan duduk goyang kaki ya. Sebab tu selalu sangat tak ada kat rumah.
"Isyraf buat kerja apa dengan Papa?"
"Papa Zain ajak Isyaf cat rumah kucing. Lepas tu Isyaf cat lah colour biru sebab Isyaf suka warna biru."
Haah la, ni mesti Papa buatkan rumah untuk Sugar, kucing aku.
"Pandai ke Isyraf cat tu? Entah-entah comot." Kutuk Eiz. Nak mengusik.
"Mana ada! Isyaf cat cantik lah. Kalau tak percaya jom la pergi tengok." Tanganku ditarik.
Eh, aku pula yang ditariknya.
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...