"KENAPA kau tak berterus-terang selama ni?"
Aku menghela nafas panjang. Tak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu. Jari telunjuk bermain dengan muka gelas yang sudah kosong, membuat bulatan. Lama aku diam sebelum mula bersuara semula.
"Ianya tak semudah yang awak sangka Nick." Balasku tanpa melihat ke arahnya.
Ya, segalanya sudah terbongkar sekarang. Nick dah tahu.
"Saya tak nak buat keputusan meluru. Saya diam sebab saya cuba kumpulkan bukti."
Di gazebo itu, aku menceritakan segala-galanya kepada Nick. Bagaimana aku kehilangan Eiz, bagaimana aku begitu yakin bahawa lelaki bertopeng hitam di kedai runcit itu adalah dia, bagaimana aku jumpa dia ketika di hospital dulu dan bagaimana aku selidik satu-persatu perkara tentang Eiz untuk membuktikan bahawa dia benar-benar suami aku yang hilang lima tahun lepas.
Aku rasa dah tiba masanya untuk mereka tahu dan Nick adalah orang pertama yang aku percaya untuk ceritakan tentang hal ini. Sekali dengan gambar-gambar lama aku bersama Eiz aku tunjuk, untuk buktikan kepada Nick yang aku tak menipu.
"Saya tertanya-tanya, kenapa korang tak dedahkan je identiti sebenar Aril? Kenapa korang tak beritahu dia yang dia sebenarnya bukan darah daging korang? Kenapa korang semua menipu?" Bertaut keningku memandang lelaki itu. Dari dulu lagi persoalan ini terbuku di fikiran. Aku harap kali ini Nick berlaku jujur dan ceritakan hal yang sebenar.
Nick mengeluh kecil. "Bukan kami yang nak, tapi nenek."
Nek Arha?
Tapi kenapa?
"Aku pun tak tahu apa sebab nenek buat macam tu. Malam sebelum nenek ambil Aril di hospital, nenek minta kami adik-beradik untuk terima dia, layan dia macam adik kandung sendiri. Sedangkan aku sendiri pun tak tahu dari mana dia datang." Nick akhirnya membuka cerita.
"Kitorang pula jenis okay je. Apa yang nenek cakap semua kami ikut. So yeah, dari situlah kami brainwash Aril, layan dia baik macam keluarga sendiri, buat dia percaya yang dia berasal dari keluarga ni. Sedangkan semuanya dusta belaka. Kitorang bagitahu yang dia sepupu kitorang. Dia tinggal dengan kitorang sebab mak ayah dia dah tak ada sejak dia kecil."
"Tapi kenapa? Kenapa nenek buat macam tu?" Hati aku sedikit terguris. Mengapa mereka buat Eiz macam ni? Kenapa tak berterus-terang je yang dia sebenarnya hilang?
Kasihan Eiz. Agaknya apalah perasaan dia sebaik saja dia tahu yang dia sebenarnya ditipu?
"Aku tak tahu. Aku rasa kau patut tanya nenek sendiri pasal ni. Aku sendiri pun tak dapat jawapan. Setiap kali aku tanya nenek pasal ni, dia mesti akan berdalih dan tukar topik lain. Tak pun dia akan tanya, 'Nick tak suka ke Aril masuk dalam keluarga kita?' " Jawab Nick panjang lebar.
Semakin curiga aku selepas mendengar penjelasan Nick itu. Aku mengeluh perlahan sambil tangan naik mengurut pelipis. Bingung. Tak tahu lagi apa yang ingin dilakukan.
Dari mana aku nak mula? Macam mana aku nak bagitahu nenek tentang ni? Apa agaknya reaksi nenek nanti? Adakah nenek akan lepaskan Aril kepada aku?
Nick merenung aku yang sudah seperti cacing kepanasan. Bersimpati. Kalaulah dia tahu hal ini dari dulu, mesti dia dah lama bantu. Malangnya dia tak tahu. Ini pun nasib baiklah dia mencuri dengar perbualan aku dan Eiz di dalam bilik. Jika tidak, entah sampai bilalah perkara ini dirahsiakan.
Dia perlahan-lahan menarik nafas dalam lalu menghembuskan ia. Anak matanya dihalakan semula ke arah aku. "Aku akan tolong kau."
Aku mengangkat wajah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Still With You
RomansUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...