Chapter 37

89 19 0
                                    


SELIMUT ditarik menutupi tubuh Nek Arha. Selimut tersebut ditarik perlahan hingga ke paras dada, tidak mahu mengejutkan nenek yang sudah dibuai mimpi.

Botol ubat dan bekas makanan di atas meja sisi katil aku kemaskan. Segala benda yang tidak diperlukan, dibuang ke dalam bakul sampah. Pinggan mangkuk yang digunakan tadi, aku basuh di singki bilik air.

Satu helaan dilepaskan.

Okay dah boleh rehat kejap.

Aku kembali duduk bersandar di atas sofa. Nek Arha di atas katil aku pandang sekilas. Syukur, keadaan nenek semakin membaik. Emosi nenek pun dah stabil dan ceria seperti biasa. Tak lama lagi, nenek dah boleh balik rumah semula! Selepas ini, tinggal nak cari personal physiotherapist je untuk datang rawat nenek dekat rumah.

Aku mencapai telefonku. Aplikasi whatsapp dibuka. Aku mula menaip pesanan untuk dihantar kepada seseorang.

👩 Zulfa Az-Zuyyina
Online

Uittt

Busy ke?

Yow

Sekarang free je

Asal?

Sebaik sahaja Zulfa membalas pesanan tersebut, terus aku mendail nombor dan menelefonnya.

"Hello.." Panggilku di telefon.

"Yeee.." Jawab Zulfa di talian.

Aku tersenyum.

Lama betul tak berbual dengan kawan baik aku yang seorang ni. Korang ingat lagi kan? Zulfa Az-Zuyyina.

Alhamdulillah, sudah bergelar seorang doktor sekarang. Zulfa kini berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Melaka. Dia baru je dapat kerja situ, stay Melaka dengan keluarga kecilnya.

Dan ya, Zulfa pun sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Anak dua orang dah pun, kembar lelaki perempuan lagi kau!

Aniq Muhammad Rayqal dan Aniq Nur Raisya. Comel gila! Masing-masing copy paste muka ayah diorang. Muka Zulfa ada sikit je.

Itulah hakikat menjadi seorang ibu. Dia yang penat-penat melahirkan, last-last anak ikut muka suami. Sabor je lah.

Kadang terbit juga rasa cemburu aku pada Zulfa. Ya lah, mana taknya. Pada usia yang masih muda, dia sudah miliki segala-segalanya.

Kerja tetap, suami, anak-anak...

Sedangkan aku?

Kahwin bukan main awal, waktu sekolah menengah lagi. Tapi sekarang tengoklah apa je yang aku ada? Kerja tak ada, lelaki tak ada, anak pun tak ada. Langsung tak ada apa-apa.

Huh, fikir positif sajalah Ika.

Anggap sahaja lah masih belum ada rezeki untuk aku. Mungkin ada sesuatu yang lebih besar Allah nak beri.

"Asal ni tiba-tiba call aku? Jarang kau nak call aku macam ni." Ujar Zulfa sambil tersengih mengejek.

Aku menjuling mata ke atas.

"Eleh, kau tu yang sibuk memanjang. Kalau aku whatsapp, tahun depan pun belum tentu kau nak balas. Ni dah ada masa ni, aku call je la terus." Perliku dengan nada merajuk.

Still With YouWhere stories live. Discover now