Chapter 61

262 10 9
                                        

"NICK, Liya tak datang kedai ke hari ni?" Aku berhenti sebentar apabila ternampak kelibat Nick yang sedang bermain telefon di belakang rak bahan basah, sedap duduk bersila di atas lantai. Ceh, mentang-mentanglah dia bos sekarang, duduk goyang kaki je.

"Haah, dia ada appointment dengan client hari ni. Kenapa?" Pandangan dialih dari melihat skrin telefon bimbit. Mendongak Nick melihat aku yang hanya beberapa meter sahaja darinya.

"Oh, patutlah saya whatsapp dia tak reply." Nasiblah aku tak telefon Liya tadi, tak pasal-pasal mengganggu pula dia tengah berurusan dengan client.

"Nick, saya nak tanya, awak tahu tak dekat sini kedai bakeri mana yang sedap?"

"Bakeri? Ada satu dekat kedai hujung simpang tu. Sedap-sedap kek dia, tapi harga mahal sikitlah. Kenapa?"

Aku menggigit bibir. Anak mata meliar melihat sekeliling dengan harapan agar Eiz tidak muncul di sini. Ini kalau dia nampak, jenuh aku nak mengarang alasan. Aku membawa diri menghampiri Nick lalu duduk bercangkung di sebelahnya.

"Lusa hari jadi Eiz."

"Ya?" Membulat mata Nick. Tak pernah pula dia tahu tentang tarikh lahir sebenar lelaki itu. Sebelum ini, mereka hanya menipu Eiz saja tentang hari jadinya. Main bedal je ambil tarikh.

Aku mengangguk. "Awak boleh tolong saya? Saya nak suprise dia."

"Boleh je. Kau nak aku tolong buat apa?" Telefon bimbit di tangan dimatikan. Perhatian Nick diberikan sepenuhnya kepada aku.

"Okay, macam ni."

++++++++++++++

Habis sahaja kerja, Eiz dan Raf singgah makan tengah hari di sebuah warung yang selalu menjadi tempat lepaknya bersama Nick. Tetapi, kali ini Nick tak dapat turut serta. Sudah puas mereka mengajak, tetapi ditolak. Katanya ada kerja. Ika juga tak dapat ikut kerana perlu menjaga kaunter. Kebetulan ramai pula pelanggan tadi.

Jadi, hanya mereka berdua sahajalah yang keluar makan tengah hari sekarang.

"Teh ais satu. Kau, Raf?" Pesan Eiz kepada pelayan yang mengambil pesanan.

"Teh O ais limau."

"Oh, satu lagi kak. Bagi nasi goreng kampung, bungkus. Nak pedas eh. Terima kasih.."

"Untuk Ika ke?" Soal Raf setelah pelayan tersebut beredar. Pinggan berisi nasi campur di atas meja ditarik mendekatinya.

"Haah." Doa makan dibaca terlebih dahulu sebelum tangan yang telah dicuci bersih menggaul nasi di dalam pinggan. Lapar sangat dah ni, dari pagi tadi lagi tak makan.

"Asal Nick tak ikut weh?"

"Entah." Eiz menjongket bahu. Nasi disuap ke dalam mulut.

"Aku baru nak lepak-lepak dengan dia. Nak bonding dengan bakal abang iparlah katakan.." Raf tersengih kecil. Namun, dia betul-betul maksudkan kata-katanya itu.

Sehingga hari ini, dia jarang dapat peluang untuk bersembang dengan Nick berdua dan mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Personaliti Nick yang beku dan pendiam itu membuatkannya sukar untuk disapa. Raf pun kadang-kadang tak berani nak tegur Nick dulu. Kalau mereka berbual pun, itu pun bila tengah ramai-ramai. Sewaktu ada Liya, Deanna, Nek Arha dan juga Ika.

Ingatkan keluar ni dapatlah mereka lepak sekejap, borak antara lelaki. Tapi sayang, Nick tak ikut pula.

"Pelik juga aku sebenarnya dia tak ikut kita makan hari ni. Selalunya dia paling laju ajak aku lunch." Ujar Eiz.

"Ada kerja lah kot. Biasalah dah jadi bos besar sekarang." Kata Raf menyedapkan hati. Takut juga sekiranya dia yang menjadi punca kenapa Nick tak nak ikut.

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang