Chapter 64

153 12 5
                                        

Jeritan nyaring Deanna mengejutkan beberapa orang di dalam rumah itu. Eiz yang pertama keluar dari bilik bergegas mendapatkan Deanna, dilihatnya gadis itu sudah terduduk di bucu dinding sambil menggigil ketakutan. 

"Deanna, kenapa ni? Deanna okay tak?" Soal Eiz. Terketar-ketar Deanna menunding jari ke arah biliknya dengan pintu yang terbuka luas. Eiz segera masuk ke dalam bilik untuk memeriksa apa yang terjadi.

Pada masa yang sama, Nick pula muncul. 

"Ya Allah, Deanna kenapa ni?" Nick melutut di hadapan Deanna, memeriksa keadaan adik perempuannya. 

"Apa dah jadi? Deanna tak apa-apa kan?"

Deanna yang kelihatan trauma itu hanya diam membisu, dia ingin memberitahu perkara sebenar tetapi bibir terasa berat untuk digerakkan. Kedua tangannya memeluk lutut sendiri.

"Deanna, beritahu Nick kenapa? Apa yang Deanna nampak?" 

"Pe... perompak..." 

"Tak ada sesiapa dalam bilik." Kata Eiz yang baru sahaja keluar dari bilik Deanna. Sudah diperiksanya setiap sudut bilik, namun langsung tiada apa-apa tanda atau kesan yang ditinggalkan oleh perompak itu.

Pelik. Macam mana perompak itu melarikan diri? Tak ada jalan keluar lain melainkan tingkap dan pintu. Dia lihat tadi tingkap masih tertutup rapat.

Tak sedap hati, Eiz kembali ke bilik tidurnya semula untuk mengambil telefon.

"Aku call polis." Nick mengangguk, mempersetujui tindakan Eiz.

"Deanna nampak muka perompak tu?" Soal Nick kepada Deanna.

Gadis itu menggeleng laju. "Tak nampak, dia.. dia pakai topeng."

"Dia ada sentuh Deanna ke? Dia buat apa-apa tak kat Deanna?"

Senyap.

"Deanna?"

Gadis itu masih diam membatu. Lama dia mengelamun, tidak tahu bagaimana mahu untuk menerangkan perkara yang terjadi. Anak matanya tertumpu ke suatu sudut di dalam rumah.

"Deanna, jawab ni Nick tanya. Dia buat apa dekat Deanna?" Bahu Deanna digoncang lembut.

Deanna tersedar dari lamunan. Bebola matanya bergerak-gerak, cuba menjawab soalan yang ditanya abangnya.

"Dia..."

Soalan Nick masih tergantung. Sedaya upaya Deanna cuba untuk menjawab soalan itu tapi tidak boleh. Bayangan lelaki tadi masih bermain-main di ingatannya.

"Dia...."

Deanna menekup kepala. Akhirnya terburai juga tangisannya di situ.

"Dia cuba nak bunuh Deanna, Nick. Deanna takut..." Menggigil-gigil tubuhnya menandakan dia benar-benar takut.

Tubuh si adik dipeluk erat. "Shhhh.. it's okay. Nick ada." Bahu Deanna diusap, memujuk.

"Deanna? Nick?" Tegur Liya yang tiba-tiba muncul. Akibat bunyi bising di luar, dia terjaga dari tidur lena. Langsung tidak menjangka bahawa ada sesuatu yang buruk telah terjadi. Perlahan-lahan dia berjalan menghampiri mereka. Tangan naik menggosok kelopak mata.

"Deanna okay? Kenapa ni? Apa dah jadi?" Wajah Nick dipandang meminta penjelasan. Seketika, dia menguap luas. Masih mengantuk.

"Perompak pecah masuk bilik Deanna."

"Apa?!" Terjerit Liya. Akhirnya seratus-peratus sedar ke dunia nyata. "Ya Allah, Deanna okay tak? Mana dia? Dia ada buat apa-apa ke kat Deanna? Dia ada sentuh Deanna tak?"

Still With YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang