BUKU dimasukkan ke dalam beg bimbit. Pen-pen yang berselerakan disumbat ke dalam pencil case. Meja dikemaskan. Aku mengerling sedikit ke arah jam kecil di atas meja.
2.00 p.m.
Sudah tiba masa untuk pulang.
"Nak balik dah, Yumna?"
Aku menoleh ke arah wanita tiga puluhan yang duduk bertentangan denganku, Cikgu Liza.
"Ya, akak tak balik lagi ke?" Jawabku bersama senyuman.
"Tak.. Akak ada kelas tambahan kejap lagi dengan kelas 5 Ikram, sampai pukul 2.30."
"Oh, patutlah."
"Akak sebenarnya malas nak buat waktu tengah-tengah hari macam ni. Letih kan, balik-balik sekolah. Student pun letih. Akak nak buat kelas malam, busy katanya. Diorang nak siapkan kerja sekolah ke apa en. Itu yang buat juga lepas habis sekolah." Adu Cikgu Liza. Membuka topik.
"Ermm, nak buat macam mana. Terpaksalah. Lagipun diorang nak exam kan nanti.."
"Ha, itu yang akak risau tu. Diorang bulan depan ada Ujian 1, tapi ramai lagi yang terkial-kial. Basic pun lemah lagi. Risau akak pun. Buat jugalah kelas tambahan."
"Waktu form 4 diorang honeymoon banyak sangat ni.." Gurauku.
"Itulah tu. Banyak sangat main." Sokong Cikgu Liza.
"Biasalah kak, lumrah pelajar. Biar diorang penat sekarang tak apa. Nanti hujung-hujung tak ada lah sakit sangat. Nak berjaya memang kena pulun dari awal. Saya pun ingat nanti nak buat kelas tambahan juga dengan kelas saya tu."
"Yumna ajar kelas mana?"
"Kelas 4 Ihsan dan 4 Hikmah."
"Oh.." Cikgu Liza mengangguk.
"Rajin betul akak tengok kamu. Mengajar sini teruslah, Yumna." Cikgu Liza tergelak kecil, diikuti dengan aku.
Dah mengajar dua kelas je memang rajinlah.
"In shaa allah kak, kalau ada rezeki." Jawabku sambil mencabut charger laptop dari pluck. Charger tersebut dimasukkan ke dalam beg.
"Yumna mengajar sini sampai bila je?"
"Tak pasti juga. Hari tu pengetua bagitahu sampai hujung bulan 4 ni, tapi tak tahulah kan. Selagi tak ada cikgu baru masuk, selagi tu lah saya mengajar." Jawabku polos.
Ya, aku bukanlah seorang guru tetap. Aku hanya bekerja di sini sebagai seorang guru ganti subjek Matematik. Sementara menunggu permohonan untuk bekerja aku diluluskan, aku diterima sebagai guru ganti di sini.
"Lah, sekejapnya."
"Nak buat macam mana kak, dalam kontrak dah kata macam tu."
"Selepas dah berhenti, Yumna plan nak buat apa? Sambung belajar ke or jadi guru ganti dekat sekolah lain pula?" Soalnya lagi.
"Erm, setakat ni tak ada lah pula plan apa-apa. Tapi sementara tunggu KPM luluskan permohonan kerja tu, saya adalah buat kelas tutor kat luar. Teruskan dengan kelas tutor tu je lah."
"Wah, kelas tutor? Baguslah tu. Lama dah ke buat?" Soal Cikgu Liza teruja.
"Baru dua minggu."
"Dah ramai ke student yang join?"
"Tak ramai sangat, adalah dalam lima enam orang." Aku memuncung bibir.
"Oh, okaylah tu. Satu kelas dah dapat berapa. Nanti bertambah anak murid tu, masyuk lah. Budak sekarang ramai juga yang join tutor luar ni."
![](https://img.wattpad.com/cover/247132391-288-k695814.jpg)
YOU ARE READING
Still With You
RomantikUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...