"YOU guys what?!"
Aku terkesima. Masih terkejut dengan apa yang aku dengar.
"Yeah, we broke up." Ujar Izzah selamba sambil ketawa kecil.
What the..
"Tapi kenapa?" Soalku masih tak percaya. Kerutan di dahi jelas kelihatan.
"Siapa yang putuskan semua ni? Ryan ke? Izzah bagitahu akak apa yang dia cakap. Biar akak ajar dia. Dia tu tak bersyukur-"
"Izzah yang minta putus."
Jawapan Izzah membuat aku terkedu. "Izzah.."
"Ryan tak salah pun akak. Dia dah minta maaf dengan Izzah pun. Izzah sendiri yang nak putus." Izzah tersenyum kelat. Pandangan dihala ke arah siling.
"But why? Izzah pun sendiri tahu kan yang Ryan sayangkan Izzah? Izzah dah tak sayang Ryan lagi ke?" Balasku.
Izzah menghela nafas panjang.
Entah mengapa sukar baginya untuk menjawab soalan tersebut.
"Tak tahulah kak. Anggap je lah kitorang tak ada jodoh." Jawabnya ringkas.
"Izzah, akak tahu Izzah cintakan Ryan sangat-sangat. I know both of you very well. You guys love each other. Takkan lah senang-senang je korang nak lepaskan hubungan ni? Korang dah nak tunang pun."
Izzah tersenyum mendengar bebelanku. Diam saja gadis itu menadah telinga. Namun pujukanku tidak berjaya mengubah pemikiran gadis itu terhadap keputusan yang telah dibuat.
"Kalau sebab akak korang putus, akak minta maaf. Akak betul-betul tak ada niat. Nanti akak cuba bincang dengan Ryan-"
"Akak.." Izzah mencelah. Memotong percakapanku.
"Kan Izzah dah cakap, Izzah sendiri yang minta putus. Tak ada siapa pun bersalah dalam hal ni, either you or him. Tak ada siapa pun yang paksa Izzah. Izzah sendiri yang buat keputusan ni."
Bahuku mengendur. Kecewa.
"Tapi kenapa? Akak tak faham. Cuba bagi reason kenapa Izzah buat macam ni? Akak rasa bersalah tau. Akak rasa akak yang jadi punca korang putus."
Aku tahu betapa Ryan dan Izzah saling mencintai. Walaupun Ryan tu nampak macam gatal, tapi percayalah, dia betul-betul sayangkan Izzah. Aku tahu betapa dia tekad ingin menghalalkan gadis itu. Aku kenal Ryan macam mana.
"Entahlah akak. Izzah rasa Izzah dah tawar hati." Ujar Izzah senada.
"Izzah dah tak nampak lagi hala tuju Izzah dengan Ryan. Jadi, apa je boleh buat? Break up is the only choice we have." Sambungnya.
Aku melepaskan keluhan berat. Tidak tahu lagi apa yang hendak dibalas.
Aku terdiam sejenak. Memikirkan nasib dua sejoli ini. Macam manalah Ryan kat sana tu? Mesti dia broken gila.
"Umi dan Abah dah tahu?"
"Dah." Izzah mengangguk.
"Kitorang dah settle kan dah dengan parents masing-masing. Alhamdulillah semua okay. Umi Abah faham, mak ayah Ryan pun faham."
"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu."
"Tak apalah akak. Akak janganlah risaukan kitorang. Kitorang dah okay. Izzah tak benci Ryan pun, kami berdua masih berkawan macam biasa. It's better for us to stay like this."
Aku mengeluh tatkala menggeleng perlahan. Masih berat untuk menerima hakikat.
Namun selepas dipujuk berkali-kali oleh Izzah, akhirnya aku dapat menerima kenyataan.
![](https://img.wattpad.com/cover/247132391-288-k695814.jpg)
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...