Chapter 12

233 18 2
                                    



"HEY perempuan,"

Ika menoleh untuk melihat gerangan yang memanggil. Tertarik hujung bibirnya, tersenyum sinis.

Bawa geng lagi ramai pula ke kali ini?

Malas untuk bersuara, Ika hanya menghayun dagu ke arah gadis itu. Memberi isyarat 'kau nak apa?'

"Kau jangan ingat lepas apa yang kau buat dekat aku, aku takut dengan kau. Nope." Kata Melati.

Langsung tidak gentar untuk berhadapan dengan Ika kali ini. Sebab dia bawa geng lagi ramai.

Ika tersenyum lagi. Beg galas di belakang dibetulkan. Anak matanya tepat memandang ke arah Melati.

Melati berjalan menghampiri Ika. Kini jarak mereka sangat dekat.

"Kau buat apa dengan Amir semalam?" Sebelah keningnya dijongket.

Ya Allah, tak habis-habis lagi ke pasal Amir buruk tu?!

Ika mendengus geram. Menyampah.

"Kau nak jumpa aku sebab ni je? Pft, tolonglah. Boringlah wei." Ujar Ika.

"Kau nak sangat mamat tu, ambil lah. Aku tak kebulur pun lah nak lelaki." Sindirnya.

Ika mula menapak pergi, namun laluannya dihalang oleh geng-geng Melati itu. Lima orang semuanya.

"Back off. You guys block my way." Ika memanggung kepala melihat satu-persatu wajah mereka.

Dalam hati, Ika dah sumpah seranah geng-geng ini. Apa masalah lah dah 20 tahun pun nak buat perangai macam ni. Ingat dia takut ke?

Acah berani je diorang ni. Ramai-ramai boleh lah, cuba bagi seorang. Kecut perut, lari dulu. Tambah-tambah Melati kembang tu. Dah la gemuk.

Ika rasa seperti bercakap dengan tunggul. Mereka berlima langsung tak berganjak. Malas nak lawan lebih-lebih, Ika berpaling untuk menggunakan jalan yang satu lagi. Namun dikepung pula oleh Melati.

"I saw something on you finger. Apa tu? Amir bagi eh?" Melati cuba merampas cincin di tangan Ika.

Terbeliak matanya. Itu cincin pernikahan dia dengan Eiz. Sebelum ni Ika simpan dalam drawer je, tapi hari ini dia terasa nak pakai.

"Jangan pegang la, bodoh!" Badan Melati ditolak kuat sehingga jatuh.

"Melati!" Dua orang kawannya datang membantu.

Ika pandang mereka tiada perasaan. Serabut fikirannya tika ini.

"Aku penat la layan orang-orang bodoh macam korang ni. Korang nak apa sebenarnya? Aku tak faham la. Aku buat salah apa dengan korang?"

Melati yang sudah berdiri itu tersenyum sinis.

"Nak buat kau berambus dari matrik ni."

Ika mengemam bibir sambil meraup kepalanya. Kalau boleh dia nak hempuk si Melati ali baba ni sekarang juga. Tapi dia dah berjanji dengan diri sendiri, dia akan cuba selesaikan masalah dengan baik. Dia tidak mahu mencederakan siapa-siapa lagi.

Ika melihat ke atas, mencari-cari sekiranya terdapat CCTV di kawasan tersebut. Mana tahu dia boleh terselamat daripada puak-puak samseng ni.

Malangnya, tiada CCTV di situ.

Satu keluhan dilepaskan.

"Aku buat salah apa kat kau Melati? Aku tak pernah kenal kau pun, dah tiba-tiba je nak cari pasal dengan aku ni kenapa? Kau nak sangat kat Amir tu ambik je lah! Aku dah cakap banyak kali dah aku tak ada apa-apa dengan dia." Jelas Ika. Cuba untuk selesaikan masalah ini dengan cara baik.

Still With YouWhere stories live. Discover now