"AMBOI, sakan sembang. Dengan siapa tu?"
Ika mengukir senyum sinis kepada Widya yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Lama betul minah tu otp kat luar. Sembang dengan siapa pun tak tahulah.
"Adalah."
"Hek eleh. Bagitahu je lah. Nak rahsia-rahsia pula."
"Adalah. Sibuk je." Widya menjeling lembut.
"Kedekut. Macam ni la kawan, belagak. Ada story tak nak cerita. Dah ada boyfriend tak bagitahu."
"Ish, bukan boyfriend lah! Kawan aku je pun." Widya mendengus geram.
Inilah mindset orang zaman sekarang. Asal otp je boyfriend, asal senyum kat phone je boyfriend.
Tolonglah, I ramai kawan-kawan yang kelakar okay!
Ika ketawa kecil. Tahu sebenarnya, tapi sengajalah nak menyakat. Mana tahu si Widya ni tiba-tiba ada boyfriend betul.
"Ya lah ya lah."
Ika kembali meneruskan kerjanya sejak tadi iaitu melipat baju yang bertimbun. Dah macam gunung weh.
Biasalah budak asrama. Suka kumpul baju banyak-banyak dulu, baru basuh. Jawabnya, memang banyak jugalah yang nak kena lipat.
Widya kembali memberikan fokusnya kepada telefon di tangan. Belakang badan disandarkan pada loker besi miliknya. Lutut kaki sebelah kiri diangkat.
Ika pula masih dengan kerjanya. Sehelai baju ditarik dari timbunan pakaian itu. Dia tersentak apabila melihat sehelai jersey ungu yang sudah berada di tangan. Automatik bibirnya mengukir senyum.
Ianya jersey pemberian Eiz.
Kain lembut itu digenggam erat dan dibawa ke hidung lalu dicium. Terangkat hujung bibirnya.
"Haih rindunya.."
"Weh cantik sia jersey kau!" Jersey tersebut tiba-tiba dirampas.
"Bila beli ni? Jersey baru eh?" Soal Widya teruja.
Ika tersenyum nipis. "Tak beli pun, orang bagi."
"Baru lagi la?"
"Haah. Cuti mid-sem hari tu."
"Patutlah, sebab aku tak pernah nampak kau pakai baju ni sebelum ni."
Jersey itu dibelek penuh minat. Tak lekang matanya dari menilik setiap inci jersey tersebut. Cantik dan elegan sangat!
"Siapa bagi?" Soalnya lagi.
"Boyfriend la you." Ika senyum bangga. Kedua belah keningnya dijongket.
"Hm, untung ler.." Widya tayang muka cemberutnya. Bebola mata diputar.
Penatlah asyik menyendu macam ni. Orang lain dah dapat macam-macam hadiah boyfriend bagi.
Dia?
Satu habuk pun tak ada.
"Tak payah nak buat muka sangat. Tak lawa pun."
"Nah lah, ambil balik." Jersey itu dilempar ke arah Ika.
"Jeles lah aku macam ni. Aku je ke dalam dunia ni yang tak ada orang nak?" Rungut Widya.
"Hek eleh tak payah nak pasrah sangat. Ramai je nak kat kau. Kau tu yang memilih sangat."
"Of course lah kena memilih. Aku mestilah pilih orang yang tepat untuk jadi partner aku. Kau ingat cari boyfriend ni boleh sebarangan orang ke?"
YOU ARE READING
Still With You
RomanceUs || BOOK 2 "Distance gives us reason to love harder," ♡♡♡ Setelah berpisah dalam tempoh masa yang lama, kepulangan Eizzaril kembali menceriakan hari-hari Zulaikha. Kalau dulu dia asyik nak mengelak daripada Eiz, tapi sekarang tak lagi. Eiz tak a...