Arissa yang anggun menggayakan kurung kedah bercorak bunga kecil dan beg tangan nya itu, berjalan sopan ke arah Alin yang sedang khusyuk menghadap laptop. Arissa menarik kerusi di hadapan Alin, lalu dia melabuhkan punggung di situ. Alin memandang wajah Arissa sekilas, sebelum kornea mata nya kembali tertumpu ke skrin laptop.
Minuman milik Alin, disedut perlahan oleh Arissa. Arissa memandang ke arah sekeliling kafe miliknya itu. Ramai orang seperti biasa.
"Bila kau kahwin Lin?" soal Arissa.
"Ikut plan, hujung bulan ni." jawab Alin.
Arissa mengangguk faham.
"Aku tengok kau dari tadi tak bergerak dari laptop ni. Kau buat apa?" soal Arissa lagi.
Alin memandang wajah Arissa.
"Aku emm.. Aku er..." Alin gugup.
Arissa mengangkat kening sebelah. Dahi nya berkerut. Apa masalah minah ni? Tiba-tiba gagap.
"Kau apa? Cakap betul-betul boleh tak?" ujar Arissa.
Alin menggaru kepala yang tidak gatal. Adui... Macam mana nak bagitahu Arissa ni. Hm...
"Aku... Err... Susahlah Ris nak cakap." ujar Alin.
Arissa diam. Hanya menanti jawapan dari Alin. Riak wajah Arissa sudah berubah. Alin semakin kalut.
"Aku tengah cari kerja kosong." jawab Alin dengan perlahan. Serentak itu pandangan matanya tidak lagi memandang Arissa. Alin memandang ke arah bawah.
Arissa tersentak. Wajah Alin dipandang lama olehnya.
"Oh." ringkas jawapan Arissa. Alin yang mendengar sudah mengigit bawah bibir nya.
Entah kenapa, Arissa terasa. Hatinya kini sungguh sensitif. Arissa bangun dari duduknya. Laju Alin mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Arissa.
"Ris, kau marah aku ke?" soal Alin perlahan.
"Ha? Marah? Tak lah, mana ada." jawab Arissa.
"Habis tu, kau nak pergi mana ni?" soal Alin lagi.
"Aku? Err.. Oh aku nak pergi mart."
"Bukan baru dua minggu lepas ke kau pergi mart? Ini pergi lagi?"
"Haah. Zafir, dia nak makan daging blackpepper. Aku nak pergi beli bahannya"
Dengar jawapan Arissa. Tangannya lincah mengemas segala barang-barang nya. Laptop di tutup lalu di pegang olehnya.
"Kau tunggu sekejap. Aku nak ikut."
Belum sempat Arissa membalas. Alin sudah pergi bersama laptopnya. Seketika kemudian, Alin kembali bersama beg tangan nya yang terletak cantik di bahu nya.
"Jom Ris. Aku drive."
Alin berjalan keluar tanpa menunggu jawapan dari Arissa. Arissa memandang susuk tubuh Alin yang kini sudah berada di luar kafe nya. Dengan perlahan, Arissa mengatur langkah lalu berlalu keluar dari kafe nya.
Alin sudah masuk ke dalam perut kereta. Kini, Arissa pula. Seat belt dipakai oleh mereka berdua. Enjin kereta mula dihidupkan. Arissa memandang ke arah Alin.
"Aku tak ada ajak kau pun. Pandai-pandai je ikut." ujar Arissa.
"Aku tahu kau nak ajak aku, itu yang kau tiba-tiba je kan duduk depan aku tadi." jawab Alin.
"Perasan!"
Alin hanya tersenyum nipis. Kereta nya kini sudah meluncur laju di atas jalan raya. Arissa memandang ke arah luar tingkap. Macam tak pernah tengok dunia luar persis nya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.