Dalam kesejukkan malam, Arissa berjalan sendirian di tepi kolam renang. Cahaya lampu yang berwarna oren mendatangkan rasa damainya. Dengan penuh berhati-hati, Arissa duduk di tepi kolam, dijuntaikan kakinya ke dalam air.
Ketenangan malam itu membawa dia kepada detik kenangan bersama lelaki yang bakal menjadi imamnya tidak lama lagi.
Zafir Hadi...
Dua tahun lepas, Arissa pernah membenci lelaki tersebut, tetapi perasaan benci itu berubah kepada perasaan berterima kasih. 3 bulan yang lepas, dia mula sedari kehadiran Zafir pelengkap harinya. Dalam diam membenci, akhirnya kini sudah tersayang tanpa syarat.
Arissa senyum. Jika dikenang kembali ternyata lucu.
"Senyum teringat dekat siapa tu ?"
Arissa kaget. Zafir yang muncul entah dari mana mengambil tempat dan duduk disebelah Arissa. Arissa senyum.
"Saya teringat dekat kita."
Zafir tersenyum pula. 'Kita', tidak sangka dirinya dan Arissa mampu berubah menjadi 'kita.'
"Tak lama lagi, kita perlu galas tanggungjawab. Awak dah sedia ke Yang ?"
Arissa menayang sengih. Bahu dinaikkan tanda isyarat tidak tahu. Zafir tidak berhenti memandang Arissa.
Wajah manis ini lah yang buat aku semakin jatuh cinta, wajah ceria ini lah yang buat aku setiap hari rindu. Tidak dapat untuk aku bayangkan jika terpaksa jauh dari dia. Hati sudah terlalu sayang, tidak bisa aku jauh walau seinci jaraknya.
"Kenapa awak tenung saya macam tu ?" Soal Arissa. Tudung yang ditiup angin malam, dirapikan.
"Awak cantik."
"Agak baru tahu ke ?"
Zafir tergelak kecil. Dia menggeleng.
"Saya dah lama tahu awak cantik. Awak cantik bila awak merajuk, bila awak senyum, dan semakin cantik bila senyuman awak tu saya sorang je yang dapat."
Arissa tersipu malu. Kepala ditundukkan memandang ke arah kolam renang. Kakinya dikocak-kocak hingga menyebabkan seluar nya basah.
"Saya minta maaf Arissa."
Kocakkan Arissa mati. Matanya terus memandang wajah Zafir.
"Kenapa tiba-tiba minta maaf ?" Soal Arissa.
"Saya minta maaf sebab selalu sakitkan hati awak, buat awak terasa dengan ayat saya. Saya minta maaf."
Arissa senyum.
"Saya dah lama maafkan awak Zaf. Awak tak ada buat salah apa pun dekat saya. Kesalahan yang awak nampak tu bukan awak sorang je yang salah, saya pun ada salah."
"Tapi saya tetap nak minta maaf."
Arissa senyum lagi.
"Pegang janji saya Zaf, sebesar mana salah awak, sekecil mana salah awak, sebanyak mana ketidak sempurnaan awak, saya akan tetap maafkan dan saya akan tetap terima diri awak."
Zafir senyum. Hatinya saat itu gembira. Ikutkan perasaan ingin saja dia dakap tubuh Arissa, tetapi dia masih tahu batasnya. Hatinya terlalu bahagia. Dirinya gembira. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Lesung pipitnya masih terlihat.
"Saya sayang awak Arissa."
Arissa senyum.
"Awak nak tahu saya sayang awak sedalam mana ?"
"Nak."
"Sedalam lautan. Makin awak berenang ke bawah, makin dalam. Macam tu juga rasa sayang saya. Semakin saya kenal awak, semakin saya sayang awak."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.