"Siapa mamat tadi tu ?"
Arissa memandang wajah Zafir sekilas sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Bekas tunang."
Zafir hanya menganggukkan kepala. Bekas tunang.. patutlah benci lain macam..
"Sebab putus ?" Soal Zafir.
Arissa berhenti mengunyah. Air yang berada di sisi, disedut perlahan. Matanya kini fokus dengan Zafir. Zafir pula menanti jawapan Arissa.
"Kalau aku cakap, sebab putus, sebab kau. Kau rasa logik tak ?"
Laju saja kepala Zafir menggeleng. Memang tak logik ! Sebab dia baru kenal Arissa sebulan bukan bertahun.
"Maka, kau tak perlu tahu sebab apa aku putus tunang."
"Eleh.. itu pun nak berahsia."
"Bukan berahsia. Menjaga aib."
Arissa kembali menjamu selera. Mereka hanya berbual kosong sehinggalah pinggan mereka licin tanpa ada sedikit sisa. Arissa mengelap mulutnya menggunakan tisu yang berada di atas meja.
Sejujurnya, kedai makan tepi jalan antara kedai makan yang paling sempoi dalam dunia.
"Siapa nama bekas tunang kau tu ?" Soal Zafir.
Arissa mengeluh. Sangka nya, isu 'bekas tunang' sudah tamat, rupanya masih belum jumpa noktah.
"Muhammad Ashraf."
"Sedap nama dia."
"Tapi, tak kena dengan tuan empunya nama."
Zafir terdiam. Kebetulan perkerja kedai makan tersebut lalu di hadapan mereka, terus Zafir menahan lelaki tersebut.
"Aku bayar." Ujar Arissa sambil tangan nya sudah menghulurkan sekeping not 20 kepada pekerja kedai makan tersebut.
"Simpan. Aku bayar." Kini giliran Zafir pula menghulurkan sekeping not yang sama ke perkerja kedai itu.
Pekerja kedai itu tergelak kecil. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Dik, ambil duit akak. Jangan ambil duit dia." Ujar Arissa.
"Jangan dengar cakap dia. Ambil duit abang ni."
Pekerja lelaki itu menggaru kepalanya lagi. Arissa mula rasa kasihan. Akhirnya.. dia mengalah. Huluran diturunkan. Zafir tersenyum. Duit yang berada di tangan Zafir sudah bertukar tangan.
Setelah selesai membayar, mereka langkah bersama ke kereta.
"Asal kau bayar ?" Soal Arissa.
"Saja."
Arissa mencebik. Pintu kereta dibuka saing. Mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta. Seatbelt dipasang sebelum kereta meluncur laju di atas jalan raya.
"Mana kereta kau ?" Soal Zafir.
"Rosak."
"Asal kau makan luar ?"
"Lin dia pergi dinner date dengan Naz. Aku malas nak masak."
Suasana sepi. Yang temankan mereka hanya lagu yang terpasang di radio.
"Kita nak pergi mana ni ?" Soal Arissa apabila dia menyedari Zafir sedang memandu ke arah lain.
"Teman aku."
Arissa mula berfikiran melalut. Temankan dia ? Okay Ris ! Konsep teman ni banyak, konsep mana satu yang dia maksudkan ??
"Jauh ke ?" Soal Arissa.
"Boleh tahan. Sampai tahap esok kau kena tutup cafe."
Arissa tersentak.
"What ?! Weh ! Kau nak buat apa haa kat aku ?" Soal Arissa dengan nada cemas.
Tidak semena-mena, dahi Arissa dijentik oleh Zafir. Arissa mengaduh kesakitan. Dahi yang terasa sakit dipegang.
"Kau ingat aku ni jahat sangat ? Kau tidur lah. Dah sampai nanti aku kejut."
"Kau culik aku !!"
"Tak."
"Habis tu apa ?"
"Aku curi hati kau."
______
Arissa membuka mata apabila telinga nya seperti menangkap desaran ombak pantai yang sangat mendamaikan. Suasana bilik yang serba putih itu dipandang sepi. Tudung yang masih tersarung dikepala, dipegang. Mula timbul pelbagai soalan.
Macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik ni ? Zafir dukung ? Ish ! Tak kan lah.. tapi kalau ya ? Ah gila ! Segan..
Dengan longlai. Arissa keluar dari bilik dan berdiri di koridor. Tersegam indah di hadapan nya pantai yang biru, dan matahari pagi yang cerah. Arissa tersenyum.
Ketukan di pintu mematikan senyuman Arissa. Kakinya melangkah ke pintu, daun pintu dikuak. Hampir berterabur iman nya apabila kornea matanya menjamah penampilan Zafir.
Zafir yang segak berbaju hitam bersama spec Rayban. Rambut yang panjang, dilepaskan tidak di ikat.
"Baru bangun ke ?"
Soalan Zafir mematikan lamunan Arissa. Arissa hanya mengangguk.
"Kita dekat mana ?" Soal Arissa.
"Port Dickson."
Arissa diam lagi.
"Pergilah mandi, nak sarapan tak ?"
"Aku mana bawa baju."
"Nah"
Beg kertas yang saiz serdahana besar Zafir hulur kepada Arissa. Arissa menyambut. Isi dalam nya diselongkar satu per satu sehinggalah matanya memandang pakaian dalam. Terus, wajahnya merona merah.
Zafir yang faham dengan riak wajah Arissa itu terus berdehem.
"Kalau yang tu, bukan aku yang belikan tapi Mak Long aku. Ni resort dia."
"Aku.. err.. tapi.. macam mana mak long tahu saiz aku ?"
Zafir menahan gelak. Arissa memandang bawah, menahan rasa malu.
"Aku scan, lepas tu aku beritahu kat mak long."
"Miang !!"
Tanpa menunggu jawapan Zafir terus Arissa menutup pintu biliknya. Muka yang terasa bahang terus ditampar olehnya sendiri.
Tuala yang telah disediakan diambil sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.
______
"Kenapa ajak aku pergi sini ?" Soal Arissa kepada Zafir yang sedang duduk di sisinya sambil memandang ke arah pantai.
"Sebab dekat sini lah aku jumpa ketenangan aku."
Arissa diam. Tudung yang ditiup angin, dibetulkan.
"Kalau aku tahu kau nak culik aku ke sini, aku bawa laptop."
"Kenapa ?"
"Boleh lah aku update novel baru aku. Banyak sikit idea aku."
Zafir tersenyum.
"Kita lama tau dekat sini."
Arissa tersentak. Lama ?? Baju yang dia sediakan tadi, bukan nya banyak mana. Takkan lah nak cuci baju lepas tu pakai semula ?
"Tapi weh, baju aku mana cukup. Lepas tu, cash dalam purse aku tu sikit je. Aku malas nak pergi bank."
"Disebabkan aku culik kau, maka, semuanya aku sediakan dan aku bayar. Okay ?"
Arissa diam. Angguk tidak, geleng tidak.
"Kenapa lama sangat stay sini ?" Soal Arissa.
"Aku nak kita sama-sama 'lari' dari luka dua tahun lepas."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.