Arissa menjuntaikan kakinya ke dalam kolam renang. Zafir yang sedang asyik berenang dipandang oleh Arissa. Bibirnya senyum apabila Zafir melambai ke arahnya.
Hati Zafir senang. Entah kenapa senyuman Arissa seperti sedang memanggil namanya. Zafir berenang ke arah Arissa.
"Kau taknak mandi ke ?"
"Taknak lah. Aku tak pandai berenang."
Zafir mengangukkan kepala. Zafir keluar dari kolam dan duduk disebelah Arissa. Rambutnya disisir ke belakang.
"Lapar tak ?" Soal Zafir
Laju kepala Arissa mengangguk dan memegang perutnya.
"Naik atas. Mandi, solat. Tunggu aku dekat dobi."
"Baiklah."
Arissa bangun dari duduknya. Namun, imbangan badannya hilang apabila dia dilanggar oleh dua orang budak kecil yang berlari-lari tepi kolam renang.
Arissa jatuh ke dalam air. Terkapai-kapai Arissa di dalam air. Zafir gelak. Sangkanya, Arissa sengaja membuat lawak.
"Dah lah Ris, naik sini."
Arissa masih terkapai-kapai. Tangannya melambai-lambai. Tubuhnya semakin hilang. Zafir yang mula panik. Terus, dia melompat ke dalam kolam renang dan menyelamatkan Arissa.
Arissa dibawa naik ke tepi kolam dengan bantuan orang awam di situ. Arissa dibaringkan. Zafir panik. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Wajah Arissa yang pucat itu membuatkan dia semakin kalut.
"Bagilah CPR !!"
"Cepat bro !"
Zafir terkulat. CPR ?! Pernafasan mulut ke mulut ??
"Bang, cepat bang."
Akhirnya...
Arissa tersedak. Air keluar dari mulutnya. Terus, Zafir menyandarkan Arissa ke bahunya. Tudung Arissa dibetulkan oleh Zafir.
Orang awam yang tadi berkerumun di sisi Zafir dan Arissa mula kurang.
"Akak minta maaf. Anak akak langgar isteri adik. Akak minta maaf ya ?"
"Tak apa kak. Is.. err.. tu... haa isteri saya okay." Ujar Zafir.
Arissa tersentak. Wajah Zafir dipandang. Wanita itu berlalu meninggalkan mereka berdua.
Arissa menumbuk lengan tegap Zafir.
"Jahat !! Kau gelak kan aku tadi !!"
Air mata Arissa menitis.
"Ris.. jangan lah nangis. Aku.. aku tak sengaja.."
Arissa bangun. Langkah nya terus menuju ke biliknya. Zafir menggaru kepala yang tidak gatal.
Apa aku nak buat ni.. aduh Zaf ! Buat hal lah kau !!
______
"Ris, kau demam ni."
Tangan yang berada di dahi Arissa, di turunkan oleh Arissa. Zafir menanti balasan jawapan Arissa.
"Ala. Demam sikit."
"Kita pergi klinik nak ?"
Arissa menggeleng.
"Kita tak sebilik tau Ris. Kalau sebilik, aku boleh jaga kau."
Arissa mengetap bibir.
"Aku okay Zaf. Jangan risau."
"Mestilah risau, aku yang buat kau demam."
Spagetti disuap ke dalam mulut. Namun, kunyahan Arissa perlahan. Tekaknya terasa perit.
"Kalau tak boleh makan, jangan paksa. Aku order bubur. Nak ?"
Arissa mengangguk. Zafir memanggil pelayan restoren tersebut dan memesan bubur ayam. Selang beberapa minit, pelayan tadi datang bersama makanan yang dipesan.
"Habiskan tau. Nanti, kita cari farmasi. Kita beli ubat."
Arissa menganggukkan kepala. Bubur di makan perlahan. Melihat keadaan Arissa yang tidak bermaya, Zafir mula diserbu rasa serba salah.
"Aku minta maaf tau Ris.. tak tahu pula sampai kau demam."
"Dah lah Zaf. Aku sihat kan ?"
"Sihat apa muka pucat macam tu."
Arissa senyum.
"Malam ni.. aku jaga kau.."
"Mana boleh ! Kau nak kita kena tangkap khalwat ke ?"
Zafir mengeluh.
"Aku minta tolong Mak Long eh ? Aku risaukan kau. Boleh eh Ris."
Arissa melepaskan keluhan. Akhirnya dia mengangukkan kepala.
"Terima kasih Arissa."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.