Arissa memandang ke arah Zafir yang sedang fokus dengan pemanduannya. Usai sarapan, Arissa dan Zafir meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati ingin bercuti lebih lama, tetapi disebabkan masing-masing ada kerja, mungkin lain kali sahaja datangnya.
Zafir yang perasan dirinya ditenung oleh Arissa, memandang sekilas ke arah Arissa dan tersenyum. Arissa membalas senyuman Zafir. Arissa memandang ke arah luar tingkap. Fikiran nya kini terus memikirkan soal sejauh mana hubungan dia dan Zafir.
Arissa mula teringat akan abahnya. Mudah betul abah berkenan dengan Zafir, sedangkan dulu tika aku kenalkan Ashraf kepada abah, ada saja soalan pelik ditanya. Tapi kini, berlainan pula dengan Zafir.
Dulu, tika aku kata ingin bertunang dengan Ashraf, abah lah orang yang paling banyak menasihati aku, pernah juga dia meminta aku untuk fikir lagi. Tetapi kini ? Dia pula yang bagi kata putus.
Arissa pening. Kepala dilentokkan ke tingkap kereta. Zafir yang perasan dengan keadaan Arissa, menarik lengan Arissa perlahan dan menyebabkan Arissa duduk dengan stabil. Kepalanya tidak terlentok lagi.
"Awak ngantuk ke ?" Soal Zafir.
Arissa menggeleng.
"Janganlah lentok kepala kat cermin. Sakit nanti kepala tu."
Arissa mengangguk dan senyum. Arissa mula teringat perbualan Zafir dan abahnya. Abah meminta Zafir berbincang dengan ibu bapa Zafir mengenai hubungan kami.
"Bila awak nak bawa saya jumpa parents awak ?" Soal Arissa.
Zafir sedikit tidak terkejut. Dia sebenarnya sudah mengagak soalan itu yang akan keluar dari mulut Arissa.
"Nanti bila saya free, saya bawa awak jumpa mama papa saya ya ? Minggu ni saya sibuk sikit."
Arissa cuba memahami pekerjaan Zafir yang tidak menentu itu. Dia hanya senyum dan mengangukkan kepala. Zafir mula diserbu rasa serba salah. Bagaimana aku nak jelaskan kepada Arissa keadaan keluarga aku sebenarnya ?
Takkan sampai ke sudah aku nak bagi alasan, alasan, alasan, alasan dan alasan ?
"Awak marah ke ?" Soal Zafir.
Arissa menggelengkan kepala.
"Saya minta maaf." Ujar Zafir.
"Awak... awak tak ada salah pun, kenapa minta maaf bagai ni ?" Soal Arissa.
Zafir diam. Bagi awak saya tak ada salah. Tapi saya ada salah. Saya rahsiakan hal yang sepatutnya awak tahu.
"Lambat-laun saya akan jumpa keluarga awak juga kan ? Saya okay."
"Saya sayang awak. Ingat perkara ni Arissa."
Arissa senyum.
"Saya sayangkan awak lebih dari awak tahu."
Zafir membalas senyuman Arissa. Otaknya mula memikirkan cara untuk temukan Arissa dan keluarganya. Sebenarnya, caranya senang. Tetapi yang menyebabkan pertemuan ini sukar kerana...
Oh ya ! Syifa !!
_____
Zafir melangkah masuk ke dalam studio. Kamera yang dibawa olehnya diletakkan di atas meja. Naz yang kebetulan baru datang, terus menegur Zafir.
"Macam mana Penang ? Okay ?"
"Okay je bro. Tak ada yang tak okay."
Naz sengih. Dia meletakkan begnya di atas meja dan melangkah ke arah pantri.
"Zaf ! Nak coffea tak ?" Laung Naz dari pantri.
"Buat lah satu." Laung Zafir pula.
Zafir mengemas alatan kameranya sambil menunggu Naz. Sedang ralat dia mengemas, pintu studionya dibuka oleh seseorang. Zafir memandang ke arah dua figura yang sedang berjalan ke arahnya.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.