Part 64

1.7K 70 13
                                    

2 minggu berlalu dengan pantas. 2 minggu ini juga, Arissa terlalu sibuk di kafe sehinggakan kadang dia balik hingga lewat malam. Terlalu banyak hal hal kerja yang perlu disiapkan olehnya.

  Ketukan di pintu mematikan jarinya yang lincah menaip. Daun pintu di tolak oleh seseorang. Alin yang datang bersama segelas ice chocolate dipandang sekilas olehnya sebelum fokusnya kembali ke skrin laptop.

  Buku nota yang berada di sisi nya, diselak olehnya. Gelas yang berisi air kesukaan Arissa itu, Alin letakkan sedikit jauh dari kertas kertas manuskrip Arissa. Risau tertumpah di kertas kerja Arissa.

  Alin menarik kerusi di hadapan Arissa. Alin memerhatikan Arissa yang tekun menyiapkan kerja nya.

"Hari ni, kau balik lambat lagi ke?" soal Alin.

"Tak tahu lagi." jawab Arissa tetapi pandangan mata nya masih tertumpu di laptop.

"Jangan kerja kuat sangat Ris. Kesihatan tu kena jaga. Aku tengok waktu makan kau pun, dah berterabur jauh dah."

"Ala Lin, bukan nya aku tak pernah pun teraburkan waktu makan aku." ujar Arissa selamba.

"Kau ni kan! Ada je jawapan nya tau.. Aku cuma ingatkan je. Kau tu satu satu nya kawan yang aku ada. Mestilah aku kena risaukan kau."

  Arissa hanya mencebik.

"Dah nak pukul 3 petang dah ni. Kau dah makan tengah hari belum?" soal Alin.

  Arissa menggelengkan kepala.

"Ya Allah.. Tengok lah tu! Saja buat perangai kan.. Suami kau dekat sebelah je tau. Dia tak ada tanya ke kau dah makan ke belum?"

"Ada.." ucapannya mati. Dia menyedut ice chocolate. "Tapi aku cakap, aku dah makan." sambung Arissa lagi.

"Ya Allah.. Arissa? Tak baik tau menipu suami kau. Kau ni kan..."

  Arissa mengendahkan bebelan Alin. Fokusnya masih lagi di skrin laptop nya.

"Kau tunggu lah sekejap. Aku masakkan kau makanan. Kau makan apa?" soal Alin.

"Anything."

  Alin menganggukkan kepala. Dia kemudian nya turun ke bawah dan menuju ke dapur. Baru sahaja dia ingin masuk ke ruang dapur. Matanya terpandang akan seseorang yang amat dia kenali.

  Dengan berani, dia mendekati orang tersebut.

"Ashraf? Kau nak apa datang sini?" Alin memandang ke arah Ashraf yang jelas nampak serabut dan kusut. Tidak lagi berpakaian segak seperti selalu. Rambut nya sudah kusut dan baju nya juga sudah nampak lusuh.

"Arissa mana? Aku nak jumpa dia."

"Tak ada. Arissa tak masuk kerja harini. Dia ada hal." Tipu Alin.

"Bohong! Aku nampak ada kereta Arissa dekat luar. Kau tipu aku kan?"

  Alin memandang Ashraf. Dia kemudian nya memandang ke arah pelanggan kafe yang lain. Jelas mereka kurang selesa dengan kehadiran Ashraf di situ.

"Aku tak tipu. Betul. Dia tak ada harini. Dah lah Ashraf, balik lah. Kau menganggu orang lain tahu tak?"

"Ah! Kau tipu!! Aku tahu Arissa ada." Ashraf menjerkah. Dia kemudian nya menuju ke arah tangga. Alin yang menyedari tindakan Ashraf itu dengan cepat memanggil staff lelaki untuk menghalang Ashraf.

"Arissa!! Turun!! Saya tahu awak ada dekat atas!! Arissa!!!"

  Arissa tersentak. Baru sahaja dia ingin bangun duduknya. Dia menerima pesanan whatsapp dari Alin.

Jangan keluar. Ashraf ada kat bawah,

  Arissa mengetap bibir. Dia kembali duduk. Matanya masih memandang ke arah pintu pejabat nya. Gegendang telinga nya masih terdengar suara Ashraf memanggil nama nya.

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now