Langkah Arissa mati. Matanya memandang tepat ke anak mata Zafir. Zafir hanya berdiri kaku, begitu juga dengan Arissa.
"Aku ada hal nak cakap dengan kau." Pinta Zafir. Arissa diam.
"Ikut aku."
Arissa menolak pintu cafe. Kakinya terus melangkah ke tingkat atas. Alin yang menyedari kehadiran Arissa bersama Zafir itu hanya memandang dengan penuh tanda tanya.
Pintu pejabat dibuka. Arissa duduk di sofa dan di ikuti oleh Zafir.
"Kau nak cakap apa dengan aku ?" Soal Arissa.
"Tentang dua tahun lepas"
Arissa tersentak.
"Kenapa ?" Soal Arissa lagi.
Zafir menghela nafas. Wajahnya ditunduk sedikit sehingga menyebabkan rambutnya yang panjang itu menutup separuh muka.
Kepala diangkat semula. Rambutnya yang panjang itu disisir ke belakang. Wajah Arissa dipandang
"Terima kasih."
Arissa terkelu lidah. Terima kasih ? Ini bermakna.. pertemuan dua tahun lepas sebenarnya bukan hanya beri kesedaran pada aku ? Tapi pada Zafir juga.
Lihat tiada jawapan Arissa. Zafir terus bersuara.
"Terima kasih. Kalau bukan sebab kau, mungkin sekarang aku takkan jumpa adik aku. Walaupun sekarang aku masih dibuang..."
Ayatnya mati. Dia senyum penuh ikhlas.
"Tapi apa-apa pun terima kasih Arissa. Pertemuan dua tahun lepas kita sebenarnya dalam diam menyedarkan kita sesuatu."
Arissa masih diam. Sekumpulan-Arissa yang berada di dalam mindanya seperti tidak mampu untuk berkerja. Seperti sedang tidur. Almari kenangan bagaikan tidak berkerja.
"Walaupun perkara yang menyedarkan kita tu, membuatkan hati kita terluka. Malam tu, aku berharap aku dapat jumpa kau lagi sedangkan waktu tu kau doa kau taknak jumpa aku lagi."
Arissa mengetap bibir. Serta merta sekumpulan-Arissa sedang sibuk diminda nya. Almari kenangan dibuka, luka dua tahun lepas dibaca oleh minda.
"Terima kasih sebab buat aku tertinggal bas. Kalau bukan sebab kau mungkin sekarang aku hidup dalam penipuan. Dan mungkin sekarang kebahagiaan aku palsu." Ujar Arissa.
Zafir tergelak kecil. Sejujurnya hatinya kini sedang menangis, tetapi ditahan. Luka terlalu mendalam. Arissa mengetap bibir. Dia tahu, gelak yang terkeluar di bibir Zafir itu tidak sama dengan keadaan hatinya.
Zafir tersenyum ke arah Arissa. Dipandang wajah manis gadis itu.
"Pertemuan kita bukan pertemuan kosong. Pertemuan kita pertemuan yang Allah rancang agar kita sama sama hidup dengan kebenaran bukan kepalsuan." Ujar Zafir.
Arissa mengangguk perlahan. Tetapi bagi Arissa.. dia tak mahu kenal Zafir sebagai Zafir-dua-tahun-lepas. Dia ingin mengenali Zafir tanpa teringat apa-apa kenangan pahit dua tahun lepas.
Arissa menghela nafas berat.
"Kita mula dari awal Zaf. Hai, aku Nur Arissa."
Zafir senyum.
"Hai, aku Zafir Hadi. Selamat berkenalan."
Arissa hanya senyum nipis.
"Mulai sekarang, kita sama seperti Alin dan Naz, kita baru berkenalan. Segala perkara yang pernah jadi antara kita, kita lupakan. Aku nak anggap kau kawan baru aku bukan penyebab luka aku."
Zafir tersentak. Aku penyebab luka dia ? Aku ? Maka ini bermakna dia tak pernah berharap untuk jumpa dengan aku lagi ? Ini makna nya apa yang dia harapkan dua tahun lepas tu benar-benar dia maksudkan ?
"Aku nak selesa dengan kau tanpa ada sikit rasa kecewa. Aku taknak setiap kali aku pandang kau, aku jadi menyampah dengan kau."
Jujur ! Terlalu jujur. Dan kejujuran itu menjerat hati aku. Zafir hanya mengangguk kan kepala dan senyum nipis.
"Kalau kau tak ada apa-apa lagi nak cakap, kau boleh balik studio rasanya. Sebab aku nak siapkan novel aku." Halau Arissa serentak itu dia berjalan ke arah pintu dan membuka pintu pejabatnya.
Zafir mengangguk. Punggung diangkat, kaki terus melangkah keluar. Sebaik sahaja kelibat Zafir hilang dari pandangan mata Arissa, dia terus duduk di sofa.
Badan disandarkan. Kepala yang pening dipicit sendiri.
"Semua sebab kau Ashraf ! Aku benci kau !" Marah Arissa sendiri.
_______
"Baby, bila you nak meminang i ?". Rengek Emma serentak itu tangan nya memeluk lengan Asharf.
Asharf hanya senyum. Rambut yang menutup sedikit wajah Emma, di sisir ke tepi.
"Sabarlah sayang. I banyak lagi benda nak settle. Lagipun sayang baru dapat offer modeling right ? Itukan impian sayang, ni dah dapat takkan terus nak lepaskan ?" Pujuk Asharf.
Emma tersenyum manis. Kepalanya dilentokkan ke bahu Asharf.
"I sayang you tau. I cuma nak you. Janji dengan I jangan ada perempuan lain. Boleh ?"
Serentak itu jari Emma ditunding ke arah hidung mancung Asharf. Ashraf mengambil tangan Emma dan dikucup lama.
"Boleh sayang. I janji I tak akan ada perempuan lain."
Emma terpujuk. Terus dipeluk tubuh Ashraf yang duduk disebelahnya itu. Namun pelukan nya cepat dileraikan apabila telinganya menangkap bunyi tombol pintu dipulas. Duduk dijarakkan sedikit.
"Okay Emma, kau dah boleh siap sekarang, harini Zaf tak masuk studio, so, Naz yang akan shoot. Kau dah make up ?" Soal Sally.
"Dah. Alex dah make up I tadi."
"Alex !! Last touch up !" Bergema suara Sally. Terus Sally keluar dari bilik tersebut dan meninggalkan Emma bersama Ashraf.
"Baby, I ada photoshoot kejap. You tunggu sekejap okay ?"
Jam DW yang tersarung kemas dipergelangan tangan dipandang.
"Lama ke sayang shoot ?" Soal Ashraf.
"Lama rasanya, sebab haritu cancel. Zaf kata hari ni shoot double rasanya."
Ashraf berdiri, begitu juga dengan Emma.
"I lepak dengan Akmal. Nanti sayang dah siap shoot, call me okay ? I will pick up you."
Emma hanya menganggukkan kepala. Asharf tersenyum. Pipi mulus Emma dikucup sebelum dia berlalu meninggalkan Emma. Emma hanya tersenyum riang.
"Tak sia-sia aku rampas kau dari Ris." Monolog Emma sendiri. Senyuman sinis terbit di bibirnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.