Syifa duduk di sebuah bangku yang terdapat ditaman tersebut. Mata Syifa memandang ke arah sekeliling. Hujung minggu begini, memang banyak ahli keluarga datang untuk bereakrasi. Syifa memandang ke arah langit biru. Bibirnya tersenyum. Indah..
Sedang asyik Syifa mendongak ke langit. Telinga nya menangkap perbualan dua orang budak kecil yang sedang bermain berhampiran dirinya.
Syifa memandang ke arah dua orang kanak-kanak tersebut.
"Ibu saya cakap, saya lawa tau!" ujar budak kecil perempuan yang sedang memegang sebatang gula-gula lolipop.
"Eleh.. Kalau cantik tapi hati tak cantik, itu makna nya awak tak cantik." jawab budak kecil lelaki itu pula.
Syifa tersentak.
"Eee.. Awak ni kan!! Saya tak nak kahwin dengan awak!!" budak kecil perempuan itu terus berlari meninggalkan kawan nya. Budak lelaki itu mengejar.
"Suraya!! Tunggu lah!! Awak dah janji nak kahwin dengan saya kan!!"
Mata Syifa masih memandang mereka berdua walaupun mereka sudah berada agak jauh darinya.
Dirinya mula teringat akan perbualan dia dan Zaimil tempoh hari.....
Dua hari sebelum....
"Kita bincang dekat luar." Syifa dan Zaimil berjalan ke arah laman. Zaimil duduk di hadapan Syifa. Kotak cincin, Syifa letak di atas meja.
"Kau tunggu lah sekejap. Aku nak hidangkan air"
Baru sahaja Syifa ingin melangkah pergi, tangan nya ditahan oleh Zaimil. Mereka bertentangan mata.
"Takperlu susah-susah. Aku datang sekejap je ni. Kau duduk lah."
Syifa menurut.
"Aku taknak cakap berkias. Kau pun mesti dah tahu kan kenapa aku datang jumpa kau ni." ujar Zaimil.
"Aku tahu. Tapi, aku still nak dengar dari mulut kau sendiri."
Zaimil menghela nafas panjang.
"Aku nak minta maaf sebab aku hantar mama untuk wakilkan aku. Aku tak berani. Tapi mama paksa aku ikut. Aku ikut, tapi aku duduk kat luar je."
"Kenapa duduk kat luar?" soal Syifa.
"Sebab aku tak sanggup nak dengar keputusan kau."
Syifa mendengus perlahan. Tubuhnya disandarkan ke belakang.
"Aku tak faham lah Mil. Serius aku tak faham. Kau dah perangkap aku, kau buat aku larikan diri. Kau buat aku dengan Zafir tak jadi kahwin lepastu ni kau boleh cakap kau nak aku jadi bini kau? Apa ni?!"
Zaimil memandang wajah Syifa. Tampak dengan jelas riak wajah Syifa yang sedang menahan rasa amarah.
"Aku...."
"Sebelum ni, kau beria sengaja nak sakitkan hati aku bila aku jumpa mama. Kau cakap macam-macam pasal aku depan mama. Lepastu sekarang ni? Bagi cincin? Apa ni?"
Zaimil menghela nafas panjang. Wajahnya diraup beberapa kali.
"Aku tahu, aku banyak buat salah dengan kau. Aku akui semua tu silap aku. Tapi Syifa, aku buat semua tu ada sebab."
"Sebab apa? Apa sebab nya? Apa alasan yang kau nak bagi kat aku? Kau sanggup biarkan Zafir dibenci dengan papa, kau sanggup biarkan Zafir bencikan diri kau. Apa ni Mil?"
"Sebab aku sayangkan kau Syifa. Aku sayangkan kau sejak kita kecil lagi. Aku sayangkan kau."
Syifa tersentak. Sejak kecil?
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.