Part 10

3.7K 140 0
                                    

"Aku nak lemon tea."

  Jari Arissa laju menulis di atas sehelai kertas. Buku menu diambil kemudian berlalu dari situ. Selang beberapa minit, minuman yang dipesan sudah siap dibuat.

  Dengan penuh berhati-hati, Arissa membawa minuman itu ke meja yang diduduki oleh seorang lelaki yang amat dia kenali.

  Air diletakkan. Kakinya mula diatur melangkah, namun langkah nya mati.

"Eh tak jadi ! Cancel. Aku nak ice mocha."

  Arissa menahan geram. Kakinya terus melangkah ke kaunter dan meminta perkerja kedainya menyiapkan minuman yang dipesan tadi. Setelah siap, sekali lagi Arissa berjalan ke arah meja yang sama.

"Kau ni kenapa Ris ? Aku taknak air ni lah. Aku nak emm aku nak coffea."

  Arissa mendengus kasar. Kakinya melangkah lagi ke arah kaunter, namun pesanannya lain.

"Bagi saya air kosong."

"Ah ? Mamat tu minta air kosong je ke boss ?" Soal Amirul.

"Bagi jelah. Ha lagi satu ! Record !"

  Amirul berkerut dahi. Segelas ais kosong diberi. Amirul mengeluarkan telefon, button merah ditekan, maka mula lah sesi merakam..

  Arissa berjalan ke arah meja yang sama. Sampai sahaja dia meja tersebut, Arissa berdiri di belakang kerusi. Secara perlahan, air dicurah sehingga habis air tersebut.

"Nur Arissa !!"

  Arissa hanya senyum sinis. Amirul yang terkejut dengan tindakan berani boss nya itu hanya menggelengkan kepala. Nasib kau lah mat.. buat hal dengan boss aku kan ?

"Ya Zafir Hadi. Kenapa ?"

"Apa masalah kau ni ?" Soal Zafir

"Kau tu apa masalah ?! Sekejap nak air ni, air tu. Jangan nak semakkan aku dengan perangai last minute kau tu. Mulut satu je, tapi tak pandai order. Kau ingat aku nak layan perangai gila kau ?"

  Zafir memandang tepat ke arah anak mata Arissa.

"Gila ! Dasar perempuan gila !"

"Kau tu gila. Menyusahkan orang je tahunya."

"Aku customer, kau sepatutnya layan dengan baik."

"Bagi aku kau bukan customer. Sebab tu, aku layan kau tak baik."

  Alin yang menyedari perbalahan antara Zafir dan Arissa terus berlari anak ke arah mereka berdua.

"Relax gusy, benda kecil je ni." Ujar Alin

"Minah ni psycho doh !" Ujar Zafir Hadi dengan bengang.

  Arissa semakin panas hati.

"Kau tu yang psycho. Aku benci kau"

"Aku lagi benci kau !"

  Alin menepuk dahi. Kepala yang tidak gatal digaru dengan kuat. Serentak itu tudungnya senget-benget. Tiba-tiba, muncul idea nakal Alin.

"Orang tua-tua cakap, jangan membenci sangat takut nanti jatuh cinta." Ujar Alin dengan sengihan.

"Kau diam !!" Serentak suara Zafir dan Arissa bergabung. Alin telan air liur. Terasa kelat.

  Zafir dan Arissa menjeling.

"Kalau dekat dunia ni, tinggal kau seorang je perempuan yang wujud, aku tak akan pilih kau lah." Ujar Zafir dengan sinis.

  Arissa mengejek.

"Kau ingat aku nak sangat dengan kau ? Eee perasan je. Dah lah, aku ada banyak kerja nak dibuat daripada layan kau."

"Dah tu kau ingat aku tak ada kerja ke ? Kau ingat kerja aku ni menghadap muka kau je ?"

"Tak dengar !! Tak dengar !!"

  Arissa menutup kedua belah telinganya dan berlalu meninggalkan Zafir bersama Alin di situ. Zafir menjeling puas.

"Fir.. kau janganlah marah sangat dengan Ris, dia memang kaki bahan."

"Taklah. Aku tak marah cuma geram."

  Alin hanya senyum nipis.

______

"Weh !! Apa pasal kau basah kuyup ni ? Kat luar hujan ke ?"

  Terus Naz berlari ke arah pintu studio dan memandang ke arah luar. Haik ? Pelik.. dekat luar sikit punya panas, dia boleh basah ?

  Naz mendapatkan Zafir semula. Jaket yang terpasang dibadan, di buka dan diletakkan ke tepi. T-shirt putih dikibas olehnya sendiri.

"Arissa. Dia curah air kat aku."

"Laa ?" Naz tergelak besar. Zafir mendengus kasar. Jaket diambil dan dibalik tepat mengena muka Naz.

  Ketawa Naz mati.

"Kau buat apa sampai dia curah air kat kau ?" Soal Naz.

"Aku saja je gurau. Cancel last minit. Dia tak boleh buat gurau doh, menyampah sia aku." Zafir duduk di sofa.

  Naz menggelengkan kepala. Apa masalah lah pakcik sorang ni.

"Kau punya gurau tu, gurau menyusahkan orang." Ujar Naz. Zafir hanya diam.

"Lagi pun, dah dekat sebulan korang berperang kan ? Ah ! Padan lah muka kau, perang dah mula, tak boleh nak back off lah."

  Zafir menjeling. Benar, sudah hampir sebulan Arissa dan Zafir berperang. Dan semuanya bermula apabila dengan tak sengaja Zafir tertumpuhkan air di atas manuskrip novel Arissa.

  Tanpa pinta maaf, dan tanpa serba salah, Zafir hanya memandang dan langsung tidak bantu. Waktu itu, mereka terserempak di cafe.

"Alah, hal remeh takkan nak dibesarkan. Bukan nya aku rosakkan laptop dia." Ujar Zafir lagi.

"Kau ni kalau bercakap dengan kau, kau je lah yang menang. Memang patut Ris curah air dekat kau. Sorry bro, tapi kali ni aku team dengan Ris."

"Tak guna kau !"

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now