Zafir memandang wajah Naz lama sebelum pandangan matanya kembali memandang ke arah skrin laptop miliknya. Di fikiran nya kini penuh dengan pelbagai persoalan tentang Ashraf. Melihat kan keadaan Arissa yang masih belum pulih sepenuhnya menambahkan lagi kegurasan hatinya.
Naz memandang ke arah skrin laptop milik Zafir. Tayangan dari CCTV luar kedainya, diperhatikan lama olehnya.
"Kalau kau tengok si Ashraf ni Zaf, dari atas sampai bawah dah macam gelandangan." ujar Naz. Serentak itu Zafir memandang ke arah skrin laptop.
Zafir masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang Ashraf lakukan ke isterinya itu, sehinggakan dia yang sebelum ini tidak pernah kisah akan segala rakaman CCTV di luar kedai nya kini menjadi orang yang paling peduli akan segala nya.
"Aku pernah jumpa dia sebelum ni. Elok je, tapi aku tak tahu macam mana dia boleh jadi macam ni" balas Zafir.
"Arissa tak ada cakap apa-apa ke pasal Ashraf ni?" soal Naz.
Zafir tersentak. Dia teringat sesuatu. Seingatnya Arissa dan Alin ada borak pasal Ashraf. Emma!
Dengan lincah Zafir menaip sesuatu di laptop. Naz yang menyedari tindakan Zafir hanya memandang ke arah skrin laptop. Naz berkerut dahi apabila dia lihat Zafir sedang memeriksa semua maklumat peribadi model yang berkerja dengannya.
"Emma...? Kau nak buat apa dengan alamat rumah dia?" soal Naz.
Zafir mengambil sehelai kertas dan sebatang pen. Dengan pantas Zafir menyalin semula alamat tersebut di atas kertas, usai itu kertas dilipat kecil lalu di masukkan ke dalam poket seluar nya."Kau nak pergi rumah dia ke? Tapi kenapa?" soal Naz lagi.
Zafir mengendahkan. Kunci kereta diambil oleh nya.
"Kau nak ikut tak?" soal Zafir. Naz mengangguk kan kepala. Dengan segera mereka berdua dari studio tersebut dan masuk ke perut kereta.
Seat belt dipasang.
"Aku rasa Emma mesti ada jawapan untuk semua ni" ujar Zafir.
"Emma? Kenapa dengan dia?" soal Naz lagi.
"Nanti kau tahu lah."
____________
Emma berjalan menuju ke ruang dapur. Pinggan kotor diletakkan ke dalam sinki. Kaki nya kini melangkah ke ruang tamu. Dia duduk termenung di sofa.
Fikiran nya mula teringat akan Ashraf. Keadaan Ashraf tempoh hari sebenarnya agak memeranjatkan dirinya. Tanpa dia sangka, Ashraf bisa berubah persis gelandangan sekelip mata.
Tapi.. Salah kau Ashraf.. Kalau kau tak menagih cinta Arissa aku tak akan buang kau macam ni. Tapi kau cabar aku.. Ini lah padah nya.
Dia mula teringat saat dia merampas Ashraf dari Arissa dahulu. Dia akui, apa yang dia lakukan memang benar salah. Tapi bagi dirinya, merampas adalah satu cara untuk bahagia dengan cepat...
Ketukan dipintu mematikan lamunan nya. Dengan langkah yang malas, dia bangun dan menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas, pintu terbuka luas.
"Hi!" sapa Naz selamba. Emma hanya senyum nipis.
"I ganggu you ke?" soal Zafir pula. Emma hanya menggelengkan kepala.
Naz mengetap bibir. Dia curi-curi pandang ke arah dalam rumah Emma. Emma yang menyedari tindakan Naz, terus bersuara.
"You cari siapa Naz?" soal Emma.
"You tinggal sorang ke?" soal Naz. Emma mengangguk.
Zafir memandang ke arah Emma.
"I rasa macam tak molek nak masuk rumah anak dara. If you don't mind, i ada benda sikit nak cakap dengan you" ujar Zafir.
Emma mengangguk kan kepala. Serentak itu grill pintu dibuka olehnya.
"No, i tak nak bincang dekat sini. Kita pergi kafe or else?" cadang Zafir.
Emma berdegil. Dia membuka grill pintu seluasnya. Pintu dibiarkan buka tidak bertutup. Emma berjalan menuju ke ruang tamu rumahnya. Naz dan Zafir masih berdiri di luar rumah.
Hati mereka berdua rasa tidak senang apabila masuk ke dalam rumah anak dara sebegini. Walaupun siang hari tetapi hati mereka tidak senang.
"Hello? I tak ada masa nak layan perangai innocent korang. Masuk lah." ujar Emma. Serentak itu Zafir dan Naz masuk ke dalam rumah Emma.
Mereka mengambil tempat di hadapan Emma. Mata Zafir dan Naz melilau memandang ke arah sekeliling rumah Emma.
"So, apa yang you nak bincang kan Zaf? Just straight to the point. I tak suka berkias." ujar Emma. Serentak itu fikiran Zafir mula kembali fokus begitu juga dengan Naz.
"It's about Ashraf." ujar Zafir. Melihat Emma yang tiada reaksi atau balasan menambahkan lagi persoalan di minda nya.
"You tahu tak apa your boyfriend dah buat dekat Arissa? Dia hampir bunuh Arissa." ujar Zafir lagi.
Emma hanya mencebik.
"Apa kena mengena dengan i? I tak ada kena mengena sikit pun dengan hal Ashraf." jawab Emma. Naz berkerut dahi.
"Bukan ke Ashraf tu your boyfriend. Before this, i selalu nampak dia yang hantar and pick up you after shoot." soal Naz pula. Zafir dan Naz menanti jawapan Emma.
Emma menyilangkan tangan di dada. Dia menyandarkan badan nya di sofa.
"No. He's not my boyfriend anymore. I dah buang dia. Tak ada function pun bela manusia macam dia tu. Tak sedar di untung." ujar Emma dengan bersahaja.
Zafir memandang ke arah Naz sebelum dia memandang ke arah Emma semula.
"By the way, Arissa okay ke? I mean.. Teruk ke Ashraf cederakan Arissa?" soal Emma
"Nothing serius, just ada kesan lebam dekat leher Arissa. Ashraf cekik Arissa. But, Emma. You know, Ashraf is totally lost! I tengok pakaian dia, rambut. Lost gila!" ujar Naz.
Zafir hanya diamkan diri.
"I tak rasa Ashraf akan stop."
"What do you mean Emma? You tahu plan Ashraf ke? Please.. Tell me..." rayu Zafir. Dia yang dari tadi hanya mendiamkan diri terus bersuara apabila dengar apa yang dikata kan oleh Emma.
Emma mencebik lagi.
"I kenal Ashraf. Dia memang obses gila dengan Arissa. Even after i rampas dia dari Arissa pun, dia still nak kan Arissa. As you know Zafir, Ashraf bekas tunang Arissa."
Naz terkedu. Mak aii.. Minah ni dia memang tak serba salah ke rampas tunang orang? Macam bangga je..
Zafir hanya mengangguk kan kepala.
"Before Arissa kahwin dengan you pun, dia selalu stalk Arissa. Dia ikut ke mana je Arissa pergi. The big reason dia selalu hantar I pergi shoot dekat studio you, sebab dia nak stalk Arissa."
Zafir tersentak. Dia mula merasakan keselamatan isterinya itu sudah mula terancam.
"But, i tak sangka yang Ashraf sanggup cederakan Arissa. What can i say is, you should be careful. He won't stop until he get what he want. Dia nak Arissa Zaf.."
Zafir mengetap bibir. Ya Allah.. Dugaan apa lagi yang Kau berikan padaku dan Arissa.. Kau lindungi lah isteri ku...
"You tak boleh halang dia ke Emma?" soal Naz.
Emma hanya menggelengkan kepala. Dia sudah tidak mahu terlibat dengan hal-hal berkaitan Ashraf lagi.
"I dah tak nak ambil tahu pasal dia. Even dia mati tepi jalan sekalipun, i memang dah tak nak ambil tahu. I rasa, dah cukup lama i tanggung dia. This time, i memang dah tak kisah."
Mendengar jawapan Emma menambahkan lagi kerisauan di hati Zafir.
"But Naz, you pun kena hati-hati. I takut Ashraf cederakan your girlfriend pula. Sebab, itulah Ashraf. I know him."
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomansaAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.