Part 4

4.3K 189 5
                                    

Naz dan Zafir duduk sambil menikmati maknanan yang dipesan olehnya tadi. Mata Zafir tidak berhenti memerhatikan segenap ruang cafe itu. Kornea matanya seperti sedang mencari satu figura yang dinantikan.

  Naz yang menyedari dengan tingkah laku Zafir terus sahaja dia menegur

"Kau cari siapa weh ?" Soal Naz. Zafir memandang wajah Naz

"Nur Arissa." Ringkas jawapan Zafir.

"Dia dekat atas. Ada kerja sikit."

Zafir dan Naz memandang ke arah pemilik suara. Tersenyum manis Naz apabila Alin yang menegur mereka berdua. Zafir bagaikan kecewa. Dia hanya tersenyum nipis.

  Tetapi, di dalam hati dia masih berharap.. Entah kenapa hati Zafir seperti tidak sabar ingin bertemu mata dengan Nur Arissa. Hatinya terlalu memuji sedangkan matanya tidak pernah lagi bertemu dan bersapa jiwa.

"Kenapa nak jumpa Nur Arissa ?" Soal Alin sambil menarik kerusi dihadapan Zafir dan duduk bersebelahan dengan Naz.

  Zafir hanya senyum kelat. Wajah Alin dan Naz dipandang silih berganti.

"Ahh..errr.. saja je nak jumpa, tak boleh ke ?" Jawab Zafir kembali dengan soalan.

  Alin tersenyum. Baru sahaja mulutnya ingin membuka bicara, bunyi derapan kasut tumit memijak anak tangga satu per satu mematikan niat Alin. Mereka bertiga memandang ke arah tangga. Figura yang sedang menuruni anak tangga itu diperhatikan lama Zafir kecuali Naz dan Alin.

  Ini ke Nur Arissa ? Kenapa.. kenapa wajah dia macam pernah aku pandang ? Dan kenapa.. kenapa hati aku macam pernah berharap dekat dia ?

"Alin, esok aku tak masuk office. Aku kena balik kampung." Ujar Arissa tanpa memandang wajah mereka bertiga. Tangan nya sibuk menyelongkar beg tangan nya.

  Terlalu leka memandang, sampaikan Zafir tidak perasan bahawa Nur Arissa sudah berada di hadapan nya.

"Bukan kau baru balik tadi siang ? Kenapa nak balik lagi ?" Soal Alin. Naz hanya sibuk dengan telefon, Zafir pula seperti menanti jawapan dari Nur Arissa dan menanti Nur Arissa memandang wajahnya.

  Akhirnya..

  Arissa memandang wajah Alin sebelum matanya terpaut dengan kornea mata Zafir. Hatinya seperti ada rasa asing.. kornea matanya seperti pernah lihat wajah itu, minda nya seperti kembali kepada 2 tahun lepas..

  Zafir memandang Arissa. Benar ! Aku tak salah orang ! Cepat Arissa !! Cepat ingat aku.

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

"Ayam ?!!" Suara Arissa berjaya membuatkan semua mata memandang ke arah meja mereka. Naz dan Alin tersentak. Bibir Zafir terukir senyum.

  Bagus Arissa ! Bagus...

"Korang.. kenal ke ?" Ujar Alin dan Naz serentak

"Tak."

"Ya."

  Jawapan mereka berdua berbeza. Arissa jawab 'ya' manakala berbeza dengan Zafir. Naz dan Alin semakin berkerut dahi.

  Haish.. perlu ke aku jumpa dengan kau lagi ? Dalam situasi macam ni ? Perlu ke ? Perlu sangat ke ? Arissa mencebik bibir. Jelingan padu diberi kepada Zafir. Zafir hanya senyum sinis.

"Hai Arissa." Sapa Zafir mesra.

  Arissa buat muka.

"Alin, esok aku nak kau call Kak Syam, kau tanya dia bila dia nak hantar buku yang aku order minggu lepas. Esok lepas balik dari jumpa mak aku, terus tutup cafe. Kita pergi belanja."

  Alin memandang ke arah Arissa, tetapi Arissa.. mata dia tidak memandang Alin, matanya tertumpu di bola mata Zafir. Zafir pula hanya bersahaja.

  Terus, Arissa melangkah keluar dari cafe. Alin dan Naz memandang antara satu sama lain. Bagai tersedar dari tidur, Zafir memandang sekeliling sebelum memandang wajah Alin dan Naz.

"Mana Arissa ?" Soal Zafir.

"Tu." Jari Alin tunding ke arah luar cafe. Arissa yang masih berdiri di luar cafe dipandang oleh Zafir. Terus, Zafir melulu keluar dan berjalan menuju ke arah Arissa.

"Tak sangka kita jumpa lagi."

  Arissa memandang ke arah pemilik suara. Ceh, kalau aku tak jumpa kau pun tak apalah, mamat last minute. Arissa menjeling. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangan miliknya.

"Apa kau nak ? Aku nak balik ni, aku nak tidur penat." Ujar Arissa.

"Apahal sombong sangat ?" Soal Zafir kembali.

  Arissa mengigit bawah bibir. Dulu, kau cakap aku beranak dalam kereta api, sekarang kau label aku sombong pula ? Apa lah masalah mamat ni sebenarnya..

"Aku tak ada masa nak bergaduh dengan kau. Sekarang, aku nak balik. Aku nak tidur."

"Kau ingat aku lagi tak ?" Soal Zafir

"Tak !" Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari bibir Arissa.

  Zafir tersenyum. Dia tahu, Arissa sedang menipu. Mata Arissa, mata Arissa tidak pandai menipu dan hati Zafir bagai faham dengan penipuan di mata Arissa.

"Langsung tak kenal ?" Soal Zafir lagi

"Tak ! Tak !! Dan tak !!!" Suara Arissa akhirnya naik dua oktaf.

  Zafir gelak.

"Gelak lah. Gila ! Aku langsung tak kenal kau dan sampai bila-bila pun aku taknak kenal kau. Faham ?!"

"Tak faham."

  Arissa mendengus geram. Di hatinya sudah habis di-sumpah seranah Zafir. Namun, akalnya cepat bertindak. Bagaikan ada sekumpulan-Arissa di dalam mindanya yang sedang berkerja keras membuka setiap satu almari kenangan.

  Dan, sekumpulan-Arissa tersebut menemui kenangan 2 tahun lepas. Akal nya bertindak untuk menyebut 'terima kasih', namun bibirnya degil tidak mahu menutur kata tersebut.

"Terima kasih."

  Arissa terkejut. Terbuntang luas matanya memandang Zafir yang masih tersenyum dan memandang dirinya.

"Untuk ?" Soal Arissa dengan nada selamba.

"2 tahun lepas."

CINTA LAST MINUTEWhere stories live. Discover now