Zafir dan Arissa berpandangan antara satu sama lain. Di hadapan mereka berdua ialah Naz dan Alin. Keadaan di meja makan sungguh kekok. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Wajah Alin bersahaja, berbeza dengan Naz. Wajah Naz penuh dengan persoalan.
Arissa berdehem. Serentak itu Alin dan Naz memandang ke arah Arissa. Naz memandang wajah Alin sekilas, sungguh dia merindui suara manja Alin, tingkah laku manja Alin, dan paling dia rindui ialah senyuman Alin.
Senyuman yang telah mencuri hatinya. Senyuman yang telah membahagiakan dia. Itulah senyuman terindah. Senyuman yang sangat indah bagi diri nya.
"Kau kata nak keluar makan berdua, kenapa ada orang lain ?" Soal Alin kepada Arissa.
Arissa memandang Zafir sekilas sebelum memandang wajah Alin dan Naz.
"Kau orang dah besar, tak kan hal kecil macam ni kau orang tak boleh selesaikan ?" Soal Arissa.
Alin senyap. Naz sunyi.
"Buat apa kau pilih untuk dengan dia, kalau dalam setiap hari kau berdua lalui ada terselit rasa curiga, kau tak percayakan dia. Buat apa kau pilih dia ?" Zafir menyampuk.
Alin tersentak. Dia tahu ayat itu Zafir sampaikan untuk diri nya.
"Dia yang buat aku hilang rasa percaya dekat dia." Jawab Alin.
Zafir bingung. Dia menyandarkan badan ke belakang. Wajah Alin dan Naz dipandang silih berganti. Zafir sudah kehilangan akal untuk memujuk. Mahu atau tidak, dia terpaksa gunakan cara lain. Cara yang menyedarkan mereka.
"Aku bawa korang berjumpa ni sebab aku nak selesaikan masalah korang. Aku tak nak lah saat aku dengan Arissa bersanding bahagia, ada muka yang sedih hanya disebabkan masalah yang boleh diselesaikan."
Sekali lagi, Alin terpukul dengan ayat serangan Zafir. Namun Alin lagak bersahaja. Jujur, dia juga merindui Naz. Tetapi... ego telah berdiri teguh dalam hati.
"Kau sayang dia Naz ?"
Naz tersentak. Dia memandang wajah Zafir sebelum memandang tepat wajah Alin. Lidahnya kelu, tapi dipaksa untuk bersuara.
"Kalau awak minta antara dua pilihan, saya tetap pilih awak, walaupun saya tahu awak mungkin tak akan pilih saya sebagai pilihan utama awak." Ujar Naz dengan nada perlahan.
Arissa dilanda perasaan sebak. Arissa dapat merasakan perasaan tulus yang berada di hati Naz. Dan Arissa tahu apa yang keluar dari mulut Naz itu adalah ikhlas, bukan sekadar ayat memujuk.
"Kau, Lin ? Kau sayang dia tak ?" Soal Zafir lagi.
Alin membalas pandangan Naz. Wajah Naz ditatap lama. Apabila matanya memandang tepat ke dalam anak mata Naz, sedikit demi sedikit egonya terhakis. Dia ingin menuturkan sesuatu, namun tersekat.
Soalan Zafir tidak dijawab. Lama mereka memandang antara satu sama lain. Pandangan mata mereka sungguh mendalam dan jauh. Naz bagai putus asa, tidak jawapan dari Alin.
Dia senyum nipis. Naz berpaling, namun tangan nya ditahan oleh Alin. Naz tersentak.
"Saya rindu awak. Sangat-sangat rindu. Saya minta maaf ?"
Zafir dan Arissa tersenyum. Sama juga dengan Naz.
"Awak tak ada salah, saya faham perasaan awak. Saya minta maaf sebab dah hancurkan kepercayaan awak terhadap saya. Tapi, saya nak awak percaya yang saya tetap cintakan awak, sayangkan awak."
Alin tersenyum dan menganggukkan kepala. Arissa juga turut tersenyum. Hatinya bahagia apabila hubungan Alin dan Naz sudah kembali semula.
Betul apa Zafir cakap, untuk apa kita pilih untuk bersama dia, jika di setiap hari yang kita lalui, penuh dengan rasa curiga dan langsung tiada rasa percaya. Untuk apa kita bersama jika hanya memilih untuk disakiti ?
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.