"Assalammualaikum..."
Suara garau itu memberi salam. Tuan Haji Ahmad menjawab salam tersebut. Lelaki itu menyalam tangan lelaki tua itu lalu duduk di ruang tamu. Tuan Haji Ahmad tersenyum nipis. Nampak jelas wajah Zafir yang tidak terurus. Baru seminggu ditinggalkan isteri, sudah begini jadinya.. Jadi benarlah kata-kata manusia yang sedang bercinta 'Aku tak bisa hidup tanpamu.'
"Zafir sihat?" tegur bapa mertuanya itu. Mata Zafir melilau mencari kelibat Arissa. Namun, Tuan Haji Ahmad membiarkan. Suami mana yang tidak rindu dan risaukan isterinya.
"Alhamdulilah bah, Zafir sihat." Zafir memandang wajah Tuan Haji Ahmad sekilas sebelum bola matanya melilau kembali mencari Arissa.
"Arissa masih tidur. Sejak akhir ni dia selalu tidur lewat malam. Bangun nya pula nanti, bila matahari dah tegak menaik."
Zafir memandang wajah bapa mentuanya. Perasaan serba salah mula timbul di dalam hatinya. Ini semua salah kau Zaf!
Tuan Haji Ahmad yang menyedari akan perubahan wajah Zafir, terus menegur...
"Jangan terus salahkan diri sendiri. Masalah atau ujian yang datang ni bukanlah satu beban yang patut kita ditunding jari. Selesaikan baik-baik. Jangan salahkan diri sendiri. Ingat, abah terima Zafir sebab abah yakin Zafir boleh bahagiakan anak abah."
Zafir termati kata. Kau tengok Zaf.. Abah sayang sangat dekat Arissa, dan engkau pula? Terus menerus buat Arissa terluka. Kau memang tak guna lah Zaf!
"Mungkin disebabkan mulut mak, kamu salahkan diri kamu, mak minta maaf ya? Mak bukan tak suka kamu cuma mungkin waktu tu mak sedih tengok keadaan Arissa."
Zafir dan Tuan Haji Ahmad memandang ke arah Puan Hajah Humairah yang sedang datang ke arah mereka bersama sedulang air kopi panas dan kuih-muih. Dulang diletakkan di atas meja. Gelas berganti tuan.
"Zaf pun tak ada salahkan mak. Zaf faham. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya balik rumah dengan keadaan menangis." ujar Zafir.
"Selesaikan baik-baik. Arissa tu memang keras kepala, degil tapi dalam hati dia masih ada kelembutan. Seminggu dia duduk kat sini, dia tak sudah menangis. Bila ditanya, katanya rindukan kamu."
Zafir tersenyum. Benar, dalam tegas dan garangnya Arissa, ada terselit sifat manja dan lemah lembutnya. Itulah sebab kenapa dari dulu Zafir meminati Arissa.
"Pergilah masuk bilik, jumpa Arissa. Abah pun nak ke kebun kejap lagi. Mak kamu ni belum buat sarapan lagi." ujar Tuan Haji Ahmad.
"Betul tu Zaf, pergi jumpa Arissa. Mak pun sekejap lagi nak buat sarapan. Tadi mak ke pasar. Balik rumah tengok ada tetamu. Tak sempat lah nak buat sarapan."
Zafir hanya menurut. Lagipun, memang itu sebab dia balik ke sini. Dia ingin berjumpa dengan Arissa. Tuan Haji Ahmad bangun dari duduknya diikuti oleh Zafir dan ibu mertuanya.
Haluan mereka berbeza. Zafir menuju ke bilik Arissa. Daun pintu ditolak perlahan, risau jika Arissa terjaga dari tidur lena nya.
Zafir menlangkah masuk ke dalam bilik. Dilihat nya tubuh Arissa yang sedang berselimut dan lena tidur itu. Dengan perlahan, Zafir naik ke atas katil. Wajah isterinya itu di tatap penuh rindu.
Ya Allah... Terima kasih kerana Kau mendengar doaku.. Terima kasih kerana kau menjaga permaisuri hatiku ini.. Aku bersyukur dapat menatap wajahnya lagi..
Rambut yang menutup mata Arissa, disisirkan ke tepi. Pipi Arissa yang mulus dielus penuh lembut. Bibir Arissa yang kecil itu dibelai penuh sayang.
"Sayang.. Abang datang ni.." bisik Zafir perlahan.
Arissa memberi tindak balas. Tubuhnya berpusing ke kanan. Benar-benar di posisi Zafir. Hatinya semakin rindu untuk mendakap tubuh isterinya itu. Zafir terus bermain dengan rambut Arissa.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
RomansaAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.