Arissa duduk di birai katil. Pergelangan tangan yang masih berbalut dan terasa sakit, di pegang olehnya.
Air matanya drastik mengalir. Hatinya sudah memaafkan Zafir, tetapi entah mengapa dia mudah menangis apabila teringat akan kejadian yang berlaku di studio milik suaminya tempoh hari.
Jari runcing Arissa menyeka air matanya sendiri. Dia tersenyum nipis. Matanya memandang ke arah meja kecil yang berada di sebelahnya. Gambar nya bersama Zafir semasa di Melaka, dipandang olehnya.
Senyuman manis terukir di bibirnya. Jika ingin terlalu bersedih, maka tataplah kebahagiaan yang pernah terlakar, pasti hati dan jiwa akan bahagia seperti dahulu.
"Sayang...?"
Arissa memandang ke arah pemilik suara. Senyuman yang cukup manis dan ikhlas diberikan.
Zafir berjalan ke arah Arissa dan melabuhkan punggung nya sebelah Arissa. Matanya memandang ke arah pergelangan isterinya. Rasa serba salah mula menerjah dalam diri.
"Tangan sayang tu, sakit lagi ke?" soal Zafir serentak itu dia memegang pergelangan tangan isterinya.
Arissa tersenyum dan menggelengkan kepala.
"Tak sakit dah awak. Saya rasa, saya dah boleh pergi kerja esok." ujar Arissa.
"Sayang rehat aje kat rumah. Lagipun, abang rasa serba salah lagi dekat sayang. Hm.."
Arissa senyum. Kepalanya di lentokkan ke bahu suaminya. Tangan nya membelai tangan suaminya.
"Sayang okay, sayang sihat lagi ni bang. Abang janganlah ada rasa serba salah dengan sayang. Sayang tak suka."
Zafir diam. Sukar untuk dirinya untuk menganggap semua itu bukan salah dirinya.
"Kalau abah tahu, mesti abah akan benci abang kan?"
"Abang.. Janganlah cakap macam tu. Arissa sayang sangat dekat abang. Abang jangan rasa serba salah lagi tau!"
Zafir memandang wajah isterinya. Dibelai pipi gebu isterinya itu. Rambut Arissa disisir ke tepi. Bibirnya mendarat lembut di dahi Arissa.
Arissa memejamkan mata. Tenang dan damai. Itu perasaan dirinya kini. Mata mereka bertaut lama.
"Maafkan abang sebab abang gagal jadi suami terbaik untuk Arissa. Abang terlalu mudah percaya kata orang luar. Abang ragu-ragu dengan sayang. Tolong jangan bencikan abang ya sayang?"
Arissa tersenyum manis. Lantas, tubuh sasa suaminya itu di dakap penuh erat.
"Arissa terlalu cintakan abang, terlampau perlukan abang, teramat sayangkan abang. Hati Arissa tak mampu untuk membenci atau tinggalkan abang. Sebesar mana salah dan silap abang, Arissa akan tetap ikhlas maafkan abang."
Zafir tersenyum. Tubuh kecil isterinya dipeluk erat. Bagaikan tidak mahu lepas. Bibirnya berkali-kali mencium dahi isterinya. Rasa bahagia yang teramat sangat.
"Abang janji, abang akan jaga Arissa. Macam mana abang dah janji dengan abah. Abang akan tunaikan janji tu."
"Alolo... Baiknya suami Arissa ni."
"Suami Nur Arissa mestilah kena baik. Kan sayang?"
"Ya Zafir Hadi."
Drastik... Bibir mereka bertaut.
Lama.....
Hinggalah ianya terlerai...
"I love you Nur Arissa."
"I love you more Zafir Hadi."
_______
Alin dan Naz duduk berdua di kafe. Sudah hampir dua minggu, Zafir dan Arissa masih belum masuk kerja. Masih bercuti. Mereka berdua sudah mula dilanda kebosanan. Kek yang berada di atas piring, dikuis oleh Naz
"Awak! Tu makanan lah.. Tak baik tau buat main makanan."Alin mula membebel. Naz hanya membiarkan.
"Sayang, awak tak bosan ke Arissa tak masuk kerja lagi?" soal Naz.
Alin mengeluh. Haih.. Menipu tak bosan, memang bosan gila! Rasa macam duduk dalam gua rasanya.
"Mestilah bosan awak. Banyak kerja kat kafe tu, lagi dengan novel Arissa, saya kena cover semua nya. Haihh.."
"Samalah dengan saya. Model model tu, asyik tanya saya mana Zafir. Iyalah, diaorang dah biasa dengan Zafir. Jadi bila saya yang jadi photographer, ada je complain."
Alin dan Naz mengeluh lagi. Jus buahan yang dipesan oleh mereka tadi, disedut dengan perlahan oleh Naz. Alin mula teringat sesuatu.
"Awak, perempuan gila tu, dia ada datang studio lagi tak?" soal Alin mengejut.
Naz memandang aneh. Perempuan gila? Siapa ek? Sejak bila Zafir ada ambil perempuan gila shooting sekali ni?
"Perempuan gila mana pula awak cakap ni yangg?"
"Emma lah! Siapa lagi?"
"Oh..Emma? Hmm setahu saya kan yangg, Zafir dah batalkan kontrak dengan manager Emma."
"Like seriously? That's good! Padan muka dia. Suka-suka dia je kan fitnah kawan saya. Kalau sekarang ni dia lalu depan saya, memang saya tampar muka dia."
Naz tertawa kecil. Alahai Alin sayanggg.... Dah lah comel, manja, nak tampar orang konon. Nasiblah awak ni cantik.
"Awak ni kenapa? Ketawa sorang-sorang."
"Saya tengah pandang baby monster ni marah. Comel je awak kan bila marah?"
"Eleh! Baru tahu ke? Saya memang comel lah."
"Iya sayang, awak comel."
Alin tersenyum manis. Haishh mamat ni.. Aku ni sebenarnya acah nak garang tapi bila nampak dia senyum.. Alahai... Cair hati mak oiii....

ANDA SEDANG MEMBACA
CINTA LAST MINUTE
RomanceAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.