Suasana dimeja terasa kekok. Arissa mengunyah makanan perlahan. Wajah Datin Dr.Suhana dipandang sekilas sebelum memandang Zafir di sisi.
Ikutkan, terlalu banyak persoalan yang berada di minda, tetapi bagai tidak tahu bagaimana ingin lontarkan, soalan itu terduduk beku dalam minda.
"Arissa ada berapa adik-beradik ?"
Arissa memandang wajah Datin Dr.Suhana, kunyahan dipercepatkan.
"Ris anak tunggal."
"Mesti anak manja kan ?"
"Eh taklah. Tak manja sangat."
"Alah, jangan segan. Zafir ni walaupun anak sulung, perangai pun manja."
Arissa memandang Zafir. Kaget. Zafir anak sulung ? Ini bermakna Zafir ada adik-beradik lain ? Kenapa aku tak pernah tahu hal ni ? Oh Arissa ! Macam mana kau nak tahu, sedangkan Zafir tak sudah dengan alasan.
Zafir memandang ke arah Arissa sekilas lalu memandang mama nya, begitu juga dengan Arissa.
"Mana Dato ?" Soal Arissa.
"Dekat hospital."
Arissa kaget lagi. Riak wajah Arissa berubah. Hospital ? Sakit ? Sudahnya kenapa duduk makan dekat sini ? Apa ni ?!
Datin Dr. Suhana yang sedar akan perubahan wajah Arissa, terus terlepas ketawanya. Arissa semakin kalut.
"Ris fikir apa ? Dato dekat hospital sebab dia ada emergency case. Dia kena handle. Arissa jangan fikir Dato sakit pula."
Arissa tersengih. Aduh ! Segan nya... Dato dekat hospital ? Emm.. Kalau mama Zafir dapat gelaran Datin Dr. Suhana, ini bermakna papa Zafir dapat gelaran yang sama lah ?
Dato Dr..... Huish ! Kisah dongeng mana aku masuk ni ?
"Ayah Arissa kerja apa ?"
Arissa senyum. Betul lah, aku berada di dalam sebuah dongeng. Orang kaya pasti akan tanya soalan ni. Tak Arissa, semua orang akan tanya soalan yang sama.
"Abah ada syarikat. Satu di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang. Abah sekarang tinggal di Pulau Pinang dengan mak. Syarikat di KL, Pak Andak yang uruskan." Jawab Arissa
Datin Dr. Suhana tersenyum. Lembut sungguh budi bicara Arissa ni. Tidak pelik lah anak bujang aku terpikat.
"Kenapa Arissa tak uruskan syarikat di KL ?"
Arissa senyum.
"Mulanya memang abah minta Ris take over syarikat tu, tapi Arissa yang tak nak. Arissa beritahu abah yang Arissa ada impian dan cita-cita sendiri. Abah bantah bila Arissa ambil aliran penulisan."
Zafir tersentak. Dia memandang wajah mama nya. Kenapa cerita Arissa seperti sama dengan cerita aku ? Tapi kenapa abah layan Arissa tidak seperti papa layan aku ? Sedangkan kami berdua lalui perkara yang sama..
"Tapi, abah cakap dengan Ris, masa depan Ris bukan dekat tangan dia, tapi dalam tangan Arissa. Abah kata walaupun Arissa jatuh kerana cita-cita Arissa, abah akan tetap tolong. Sebab abah kata, Arissa hadiah Allah untuk dia."
Arissa tersenyum. Mindanya terkenang kembali kenangan manis bersama abahnya itu. Zafir memandang Arissa. Padanlah abah sayang benar dengan Arissa, Arissa umpama anugerah dalam hidup abah.
"Mesti abah Arissa sayang sangat dengan Arissa"
Arissa menganggukkan kepala. Betul, abah sayang sangat dengan aku. Dan aku sayang sangat dengan abah. Dia lah lelaki yang tak pernah buat aku menangis dan dia lah lelaki yang lindungi hati aku daripada terluka.
YOU ARE READING
CINTA LAST MINUTE
عاطفيةAndai cinta itu terlakar rapi tanpa sebarang cacat cela, pasti tiada hati yang terluka. Tetapi, di sebabkan kerana cinta itu hadir tanpa disedari maka tanpa mereka sedari juga hati mereka terluka. Ini kisah Zafir Hadi dan Nur Arissa.